Fuhh, letihnya lah. Dah tidur semalaman pun terasa lagi penat driving ni. Okay lah, untuk you guys punya information. Aku baru sahaja menamatkan sebuah short solo trip di Kedah bagi menyambut tahun 2017 ni. Yelah, tahun lepas celebrate new year dekat Krabi, kelass betul! Sekarang ni dapat touch border pun dah cukup.
Aku memulakan perjalanan dari Bandar Sungai Buaya sekitar jam 8.30 pagi. Cuaca hujan sepanjang perjalanan yang sedikit sebanyak menambah keselesaan untuk aku yang drive sorang ni.
Singgah R&R Sungai Perak for a lunch. Lepak sini setengah jam, bagi lah si Myvi ni rest sekejap. Perjalanan disambung semula, cuaca pun still redup dan sejuk. Tapi since dah breakfast, memang menjadi-jadi jugak mengantuknya. Huu.
Plan aku is to cover Kedah dari Utara then turun ke Selatan. Destinasi pertama aku ialah Changlun. Sebuah border town yang terletak disempadan Malaysia-Thailand, dekat dah dengan Tanah Siam seberang tu. Tapi tu la terlupa pulak bawak buku merah. Untuk short trip aku kali ni tempat penginapan ialah di Changlun Inn, RM50 satu malam.
Memang sempoi motel ni. Dah macam bilik hostel time belajar kat UiTM pun ada. Huu. Lepas check-in, aku power nap for a while. After realized takde benda sangat nak buat kat Changlun, aku decided to visit Alor Setar, the state capital of Kedah. Elok jugak kalau celebrate new year dekat sini.
Had my early dinner at Sushi King. Sedap jugak Bento Mixed ni. Orang datang kedai Jepun makan sushi, aku makan Bento. Tak lalu beb lidah nak makan benda-benda raw ni. Haha
Cantik decoration Christmas kat mall ni. Kreatif! Minta baiya security snapkan gambar. Rugi lah sampai sini takde gambar dengan dekorasi yang kreatif from Aman Central ni.
Star Wars Time! Berbaloi tengok cerita ni. Memang best. 5 Star!
Habis je movie, I paid a visit to the famous Menara Alor Setar. Tapi tak naik pun sebab dah closing. Dapat bergambar pun jadi lah. Sian adik-adik yang main skate kat situ kena amik gambar aku. Huu
Around 11PM I left the mall and go to Stadium Alor Setar. Ada sambutan ambang tahun baru kat situ. Nak cari parking pun sampai setengah jam. Gila punya sesak.
Pukul 1 pagi jugak aku drive balik ke Changlun. Time ni baru nak menyesal, jalan bukan main gelap. Redha je lah kalau ada benda tumpang. Haha
Esoknya around 2PM aku check out from Changlun Inn, on the way nak balik tu aku singgah Jitra. Receptionist tu yang suggest melawat Tasik Darulaman kat sana. Oleh sebab hujan, aku stop sekejap lunch dekat Jitra Mall. Pastu merayau lah kat mall ni. Terjumpa pulak..
Tempat ni! Haa, elok lah tengah hujan lagi. Dapat lah tapau karok sejam.
Haa ni lah dia Tasik yang orang dok gembar-gemburkan kat media sosial. Katanya best sebab banyak aktiviti tasik, tapi bila aku datang krik-krik je.
Bergambar kenangan sekejap. Huu
Drive balik ke Sungai Buaya sekitar jam 6 petang. Singgah Shell isi minyak + TnGo plus rembat 4 tin Nescafe. Kebetulan ada promotion.
Selamat sampai sekitar jam 10 malam. Non-stop beb aku drive semalam. Yelah, nak singgah R&R penuh dengan mat-mat motor je. Maklumlah baru balik celebrate New Year kat Thailand lah katakan. Haha
Afiq: Oi mana? Nak lepak tak?
Aku: On bro, tapi kau pick-up aku. Lemau beb baru sampai dari Kedah.
Afiq: Orait, no problem
Sambung melepak dengan Afiq dekat Hijjaz sampai pukul 2 pagi. Tak reti penat ke hang ni bro?
Tu lah, baru sekarang terasa penatnya. Macam nak sambung tidur balik..:-p
No comments:
Post a Comment