Friday, December 30, 2016

Kisah AKU n Memories 2016

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share entri wajib penutup tahun bagi blog ni. Seperti kebiasannya, sebuah entri berkenaan kenangan dan juga highlight akan ku tulis to conclude aktiviti blog ni dan untuk meneruskan tradisi, jom kita tengok sikit entri penutup untuk tahun 2016 aku. Bring it on!

January 
Menamatkan percutian bersama Brotherhood Sungai Buaya ke Hadyai, Phuket dan Krabi. Our first ever oversea trip and of course, more to come selagi bujang ni. Huhu

February 
Menghadiri kursus PAC di Sungai Petani untuk pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatk (PTD)
Kakak aku selamat ditunangkan bersama Syazwan.

Mac
Ditamatkan perkhidmatan bersama CapSource.

April
Nothing

May
Disastrous month - Despite my great effort where I managed to made it through interview stage, I failed to enter the government service dengan result Pegawai Tadbir Diplomatik dan juga Pegawai Penyelidik SEARCCT yang mengecewakan.

June
Menyambung karier semula di Malpro Industries setelah hampir 2 bulan menganggur.

July

Nothing

August
Resigned from MISB and started a new career as a Business Development Analyst di AlloyMtd.

September 

Nothing

October
Mengikuti first company trip di Langkawi. Best!

November
24 year old Farid. Happy Birthday!

December
My only sister selamat dinikahkan bersama tunangnya, Syazwan. Majlis persandingan yang julung kali diadakan bagi keluarga kecil kami berlangsung dengan jayanya di Bukit Beruntung Golf Club, Rawang.
Alright, now we are going to tengok sikit komen tentang my azam 2016. Tercapai ke tidak?
  1. Blog: Alhamdulillah, aku masih disini menaip untuk blog ini.
  2. Kerjaya: Azamnya nak pegang junior managerial position. But seperti yang aku mentioned sebelum ni, I had a pretty rough roller coaster career life. Retrenched at Capsource, terribly underpaid at MISB dan alhamdulillah di AlloyMtd, akhirnya aku dapat what I deserve. Sesuai dengan my status as degree holder dan juga several years of working experience..:-)
  3. Aset: Niat hati nak simpan RM10k, but my income stagnant for almost 4 months after being retrenched. It did really disrupt my plan. However, I fought back tapi tak cukup lah nak kumpul that amount.
  4. Family: Setakat ni takde isu gaduh-gaduh pun dengan family. Rasanya bulan 3 aku ada bawak diorang for a quick retreat at Nilai. Can ah? Boleh lah. Huhu
  5. Certificate: Yup, untuk tahun 2016. I enrolled for ISO Internal Auditor professional certificate and nailed it.
  6. Pasangan: Haha. Ni paling kesian. Plan nak bertunang lah konon. Huu. 

Bak kata 9Gag, tahun 2016 ni memang asshole. Sama jugaklah macam aku. Out of 6 resolutions, hanya tiga je yang berjaya dicapai.What I can summarize, my 2016 resolution was not that good. Mungkin ada uncontrolled situations dan element of surprise menyumbang kepada faktor itu. Overall, thank you very much untuk semua memori 2016 dan aku mengharapkan 2017 akan menjadi tahun yang baik untuk aku. Amin In sha Allah.

Monday, December 26, 2016

Kisah AKU n New Shoes 2.0!

Assalamualaikum,

Eh, ada pun? Ingatkan tak update blog. Maaf lah ye, aku betul-betul penat minggu lepas. Ni even cuti 3 hari pun bukannya dapat rehat sangat. Banyak spend masa depan laptop je buat kerja yang menimbun tu.
Dah nak masuk 6 bulan kerja baru nak dapat lanyard. Sengal punya Admin, semua gara-gara tak confirm aku based kat mana je..:-p
Eh, foodtruck ni. Hang nak buat business ke bro? Huhu, taklah. Minggu ni berkesempatan visit truck fabricator untuk our Mobile Fitment Center. Tak sabar beb nak tengok hasil idea aku ni...:-)
Since ayah pun dah amik cuti sampai tahun depan. Memang aku stay kat office HQ ni sampai 8 malam. Kerja dah macam robot. Buat pending work, maklumlah BD sorang je sekarang since Syahrul left the company. But it's okay, I still in one piece, right?
Pagi tadi aku ke TESCO nak cari kasut baru. Dulu pun cari kat sini jugak..:-p
Kesian tengok kasut lama aku ni, dah tak serupa kasut. Mana taknya, setahun setengah beb gua pakai dia. Berehatlah kawan, besar jasa hang kat aku. Dengan hang lah aku pergi kerja cari rezeki. Kulit-kulit hang yang tercabut tu lah saksi turun naik karier aku. Dari kena terminated kat Capsource, pastu buat marketing sana sini time di Malpro. Sampailah ke AlloyMtd, dapat kerja pejabat yang selesa sekarang. Sobs
Introducing my new kasut. Pattern lebih kurang je. Murah je, tak sampai seratus pun. Design simple, and yang paling penting bermuncung tajam. My favourite. Kot lah nak beli kasut jadi hantaran. Make sure leather shoe bermuncung tajam. Hehe
Lepas beli kasut, singgah pam minyak. Then tapau lunch dekat KFC. Lama dah tak makan fast food ni. Tapi yang peliknya, tak makan fast food pun badan naik jugak..:-p

Itu lah cerita menambah entri aku petang ni. Bukan apa, memang ingat malas nak update. Tapi takut jadi habit pulak. So, instead of biar blog ni terbiar, jadi aku grab je lah cite yang ada. Haha.

P/S: Tak sabarnya nak tunggu hujung minggu ni..:-)

Sunday, December 18, 2016

Kisah AKU n Along's Wedding @ Ayer Hitam

Assalamualaikum,

Penat betul rasanya. Minggu lepas penat menguruskan majlis kami, laa ni penat drive atas jalan je. Seperti yang aku dah mentioned dalam entri lepas, minggu ni merupakan majlis bertandang untuk keluarga kami di Johor dan suka aku nak share sikit story mengenai majlis ini.
Petang Jumaat tu aku attend meeting dekat LLM. Habis dalam pukul 5 petang then terus memecut ke Nilai to pick up adik.
Sampai Ayer Hitam sekitar jam 8.30 malam. Kami menginap di Ayer Hitam Inn berdekatan highway PLUS.
Memang letih beb hari tu..:-p
We had our quick breakfast since kami pun dijadualkan tiba di majlis sekitar jam 2 petang.
Untuk majlis ini, keluarga kami disertai Opah, family Acu Nani dan Acik Fendi, dan juga keluarga family sepupu ayah, En. Mokhtar.
Family bos ayah, Tn. Saidin from PETRONAS pun ada join jugak.
Konvoi 5 bijik kereta. Semua kaler hitam, myvi gua je rare kaler blue..:-)
Mengiringi mempelai ke pelamin. Ermm, tapi aku kan family photographer. Mana lah sempat nak masuk barisan..hii
Tak banyak cakap terus makan je.
Pengantin pun nak bergambar jugak.
Upacara memotong kek.
Aku bersama En Mokhtar sekeluarga..:-)
Belum apa-apa dah kena tinggal. Haha
Pasangan mempelai bersama nenda.
Bersama keluarga pengantin lelaki. Aku baru perasan adik beradik abang ipar aku ni semua batang. Haha
Haa, tang ni balance sikit..:-p
Yang ni memang fevret aku kalau pergi majlis kahwin. Mesti nak berselfie dengan raja dan ratu sehari...:-)
Bergambar bersama bapa pengantin perempuan yang segak berbaju batik.
Dok tengok sesi photoshoot diorang..Haha. Mesti tak tenang punya nak pose..:-p
Okay lah Along. Sampai sini je lah kami hantar kau. Selamat berhoneymoon kat Cameron Highland, tengah sejuk sekarang kat atas tu. Cantik sangat dah..:-p
Kami meninggalkan majlis dalam pukul 5.30 petang. Malam teman Adik tengok match Chelsea kat mamak bawah hotel. Lepas tu terus sambung buat kerja pejabat sikit sampai pukul 3 pagi. Tengok tak betapa berdedikasinya aku ni. Hehe
Pagi tadi kami meninggalkan bumi JDT sekitar jam 9.30 pagi dan arrived at Nilai around 11.15. Singgah brunch, hantar Adik dan terus memecut ke Rawang.

So kawan-kawan, itu lah cerita majlis bertandang yang telah selamat dijayakan di rumah keluarga pengantin lelaki di Ayer Hitam, Johor. Sekali lagi ingin aku ucapkan selamat pengantin baru buat Along dan Syazwan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. In Sha Allah.

Sunday, December 11, 2016

Kisah AKU n Along's Wedding @ BBGC

Assalamualaikum,

Fuuhh..letih betul sehari dua ni. Seperti yang korang sedia maklum, my only sister dah pun selamat menjadi isteri orang. Tahniah diucapkan kepada Along dan Syazwan.
Petang ni suka aku nak share sedikit cerita mengenai majlis persandingan mereka yang telahpun berlangsung dengan jayanya semalam.
Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah berada di venue majlis yang terletak di Bukit Beruntung Golf Club.
Kami sekeluarga dibantu saudara mara sebelah ibu, berserta jiran tetangga membuat persiapan terakhir untuk majlis ini.
Sedikit gambar dekorasi dewan majlis.
Bergambar kenangan sebelum memulakan majlis.
Jam 11.30 pagi, tetamu mula memenuhi ruang dewan.
Diluar dewan ada coffee corner, ice cream kiosk dan juga..
Photo booth untuk tetamu yang hadir.
Bersama DJ majlis, En. Shahril. Kami bertanggungjawab mengawal selia teknikal dan multimedia semalam..:-)
1PM - Perarakan masuk raja sehari ke dalam dewan. 
Bacaan Doa dan Qunut Nazilah oleh Adinda Muhd Faris.
Disusuli dengan ucapan penghargaan oleh Adinda Muhd Farid..:-p
Kedua mempelai bersedia untuk makan beradab.
Alahai sweetnya Opah dan Acik Fendi ni..:-)
Upacara memotong kek. Acah-acah romantik pulak kakak dengan abang ipar aku ni..Haha
Dewan majlis yang tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang hadir.
Ni kawan-kawan Along time STPM dulu.
Adik bersama rakan-rakan USIM yang sanggup naik motor all the way from Nilai to Rawang bagi meraikan majlis persandingan ini. Kawan aku? Haremm. :-p
Ayah bersama orang kuat Petronas. Well, the SVP of G&G himself sudi meluangkan masa menghadiri hari persandingan kakak aku ni.
Mak bersama jiran-jiran yang paling banyak membantu keluarga kami didalam menjayakan majlis ini..:-)
Raja sehari bersama keluarga pengantin lelaki.
Keluarga pengantin perempuan pun nak jugak bergambar.
Bersama adinda-adinda lelaki pengantin perempuan.
Kita selfie dulu!
Yang ni pulak kawan-kawan sekolah Along dari sekolah rendah. Kadang-kadang terfikir jugak, camna lah aku nanti. Kawan tak ramai, silap-silap krik krik je nanti atas pelamin..Haha
Tapi takpe yang penting dua orang brader ni datang pun dah cukup. Afiq cakap dia siap spare uniform Domino dalam kereta sebab semalam shift petang. Dolah pulak lari jap from UNISEL since dia pun tengah study week. Thanks guys, terharu beb. That's why gua cakap lu orang ni the best yang aku ada!
Majlis bersurai sekitar jam 4.30. Haa, time ni lah ada diantara kami yang baru nak menjamah lauk. Tetamu ramai betul semalam. Aku memang tak fikir apa dah, terbayang katil kat rumah je.
Mewakili keluarga pengantin perempuan, terima kasih saya ucapkan keatas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis persandingan kekanda saya. Terima kasih juga kepada saudara mara sebelah ibu, jiran tetangga terutamanya kepada family Saudara Rizal dan Akram dan juga Brotherhood SB yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
Bro ni nak sangat drive. Haa bagus lah, kaki abang kau ni skru dah longgar. Elok pun ada lesen.
Malam bergurau senda dengan sepupu sekejap then tertidur sampailah pukul 10 pagi tadi..:-p

Menutup entri petang ini, sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Along dan Syazwan. Semoga penyatuan ini diberkatiNya serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Haa, hampir terlupa. Cepat sikit bagi aku anak buah. Haha

P/S: Aku pun dah buat kira-kira jugak..:-p