Monday, November 30, 2015

Kisah AKU n Double Celebration!

Assalamualaikum,

Tak boleh nak tidur pulak mata ni. Mungkin dah sedap tidur lepas Maghrib tadi kot. Buat pulak pekena kopi sambil layan Ong Bak 2. Acano nak tidur tu, haha. Okay lah, malam ni aku nak story sikit pasal my birthday celebration semalam. Takde celebrate mana pun, just makan and some gathering je..:-)
Malam Sabtu celebrate dengan my blood brother. Diorang kata nak belanja karok + dinner. Since kereta Dolah pun tak siap lagi from bengkel and Afiq pulak kerja half day hari tu, aku volunteer tu pick up diorang. Sampai kat Sri Rampai dalam pukul 9.30 PM, Dolah kata ada port karok baik kat sana..:-)
Cheers! Tu teh bunga okayy, korang jangan ingat aku menonggang pulak..haha
Habis karok dalam pukul 11.30 PM, merayau-rayau di KL sekejap before had our late dinner kat Kampung Baru. Kat mana lagi nak makan masakan Melayu kat Kuala Lumpur ni kalau bukan kat sini..:-)
Dinner sambil bersembang mengenai our vacation plan ke Thailand, In sya Allah. Gerak from KL dalam pukul 1.30 PM and sampai rumah exactly setengah jam. Boleh tahan laju jugak aku drive semalam, maybe sebab passengers dah sedap tertidur kot..huhu
And then, petang Ahad pulak celebrate dengan my family kat Bukit Beruntung. Outfit of the day - aku panggil ni baju Treblemaker..huu. Kalau korang tengok Pitch Perfect fahamlah..:-p 
Driver lagi..:-) Bila dah ada kereta ni memang selalu aku provide servis pengangkutan domestik..lol
Mak ayah baru balik from kenduri kahwin anak Uncle Dalian, umur sebaya aku dah selamat jadi bini orang..huu.
Along pulak baru selesai kursus kahwin kat KKB and guess siapa yang datang tadi?
 
Tadaa!! Introducing my bakal abang ipar. Syazwan namanya, rakyat Johor a.k.a JDT..huu
I'm 23 now, walaupun orang yang tak kenal aku selalu buat wild guess yang tersasar. Ada ke muka camni dah ada anak dua orang? Stone ke apa? haha
Souvenir untuk bakal besan. Rugi pulak tak pergi kursus kahwin hari tu, Along cakap ramai je yang datang dengan kawan. Nak ajak blood brother karang kena bahan pulak..huhu
Hujan lebat tadi. Dia punya sejuk tak payah nak cakap. Menggigil aku dalam kereta tadi, dah lah nak terkencing..:-p

Okay lah, dah pukul 1 pagi ni. Kena paksa tidur jugak, karang terlajak tidur baru tau menggelabah.

Saturday, November 28, 2015

Kisah AKU n Happy Birthday 2015

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Sang Pencipta untuk terus hidup diatas muka bumi ini. 23 tahun hidup ni penuh dengan episod suka dan duka, rebahku disusuli dengan bangkitku tanda pantang menyerah sebelum masanya. Syukur aku panjatkan kepadaNya kerana mengurniakan aku segala kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi kehidupan persis roda ini. Okay, jom straight to the story!
Nak dijadikan cerita, Khamis lepas tanggal 26 November 2015 shortly after 5.30 PM. Aku dah bersiap packing nak ke NU Sentral when suddenly my colleague swarming my desk. 
Surprise! Happy Birthday, Fred! Rupa-rupanya diorang ni nak wish my birthday rupanya. Terharu betul aku dengan budak-budak ni. Tak pernah pun expect yang aku akan celebrate kat office ni..huu. Bukan our team je, yang dari team lain and production department pun datang jugak. Thanks for the wish guys!
Susah-susah je belikan kek untuk birthday aku ni, walau pun half..huu. Somehow it shows that our team have a strong comradeship and of course in my opinion, it's truly no harm of being kind to people. They will appreciate you in a way you can't expect..:-)
With our new boss, Abdul. Congratulation for your promotion bro..:-)
After that, aku terus ke NU Sentral. It's time to have my own way to celebrate my ageing life..haha. Ingat nak layan Mocking Jay II, tapi lewat sangat habis karang tertinggal KTM pulak. So, since memang dah plan nak melayan movie. So, tengok cerita shit pun jadilah..:-p
 Tak penuh pun hall. Aku rasa 4 row at the back je yang occupied..haha
The Hallow a.k.a cerita shit habis dalam pukul 8.30 PM. Terasa lapar pulak. So, I treat myself with some good food from Swiss Oven kat NU Sentral. Bukan selalu makan kat tempat-tempat macam ni..:-) Sempat naik train pukul 10 PM and sampai rumah around 11.30 PM. Esoknya kerja lagi..hehe

So, 23? What have you achieved, Fred? Alhamdulillah, bachelor's degree ada, kerja ada eventhough I'm still looking for a better opportunity and something that suit my passion and then kereta pun ada (tapi ongoing payment lagi..huu). Kahwin? Tak payah sembang pasal ni dulu okay? Calon pun takde ada hati nak naik pelamin, haha. Anyway, a self congratulation for my 23rd birthday and thank you very much for those yang wish. May Allah bless you guys too. Amin.

P/S: Malam ni nak sambung celebrate dengan my blood brother, esok pulak dengan family.

Monday, November 16, 2015

Kisah AKU n Bye CT 100!

Assalamualaikum,

Pagi tadi aku ke Nilai, hantar my little brother ni ke USIM. Cuti sudah habis bro, haha. Nak dijadikan cerita, si Faris ni nak bawak motor kat sana tapi takut nak bagitau ayah, so dia mintak tolong aku untuk bincang. After some tense negotiation, akhirnya ayah benarkan and today kami ship motor dia ke sana dengan bantuan van Abg Pian from ORSB.
Riding my CT100 for the last time kat Sungai Buaya ni sebelum berangkat ke Nilai. Macam mana nak lepak kat Medan nanti, motor dah takde. Takkan nak lepak situ pun nak drive kereta..:-p
Abg Pian ni staff kat ORSB, tempat aku praktikal dulu. Time nak ship motor aku kat Shah Alam dia lah yang tolong. La ni pun dia jugak. Besar jasa Abg Pian ni kat family aku..:-)
Muka mengantuk lagi tu walaupun gerak pukul 9.30 pagi..:-p
Bila jadi escort ni boring gila beb, sebab make sure kita tak lost contact dengan diorang. Dah macam main game GTA pulak, bezanya kalau lost track nanti van tu meletup..haha
Singgah brunch kat R&R Nilai. Bila dah sampai Nesmilan ni, kena try daging salai. Fuhh..tip top beb, lagi-lagi bila makan dengan tumis kentang bilis ni. Nyum-nyum!
Kecik je body budak dalam gambar ni. Macam student universiti je, betul tak?
Paneh bonar Nilai ni, berkicap siot..:-p
Okay bro, hang jaga motor aku ni baik-baik. Bawak elok-elok, nampak simpang make sure tengok sekeliling dulu. tak payah speeding (motor ni tak laju pun..haha) and lagi satu, jangan pandai-pandai nak tanggal sticker UiTM aku tu..:-p
Around 12, kami bergerak from Nilai ke KL. Amik along dan mak kat Quality Hotel and pulang menuju ke Sungai Buaya.

Okay, rasa dah boleh tidur dah ni. Esok gonna be one different day kat office under Abdul's leadership. Don't worry bro, I promise to support you and the Team. 

Sunday, November 15, 2015

Kisah AKU n Food Truck Fest @ Independence Square

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak share aktiviti seharian aku semalam. 
Seawal pukul 7.30 pagi dah keluar rumah, hantar kakak aku ke Quality Hotel Jalan Raja Laut. Dia ada company event kat sana. Dapat tidur hotel pulak tu, untung lah. Aku join company event pun sekali je, tu pun half day pastu sambung kerja balik..haha
Mak dengan adik join dia sekali. Dapat lah tidur kat hotel tu satu malam. Aku dengan ayah ke Setiawangsa, nak survey something and dojng some mapping kat sana..:-)
Okay, mission accomplished. Location acquired! 
After mapping, aku stop by kat office Dolah. Dia and Afiq kena kerja semalam. Since takde benda nak buat sangat kat rumah, aku pun lepak situ while ayah drive balik ke Sungai Buaya.
Nasib baik tak amik pure account dulu. Struggle aku tengok brader ni semalam. Ko buat apa semalam kat office Dolah ni, Fred? Tidur. From pukul 12 sampai lah pukul 2..haha. Around 2.30, Afiq datang and we had our lunch bertiga dekat area situ.
After lunch, masing-masing sambung buat kerja. Aku pulak buat market research from 4 to 7, dapat lah 15 pages leads..:-)
6PM - Afiq datang office. Survey destination best nak bercuti next year..;-p
Lepas Isyak kami merayau-rayau sekitar KL. Lalu kat Dataran Merdeka nampak macam ada event kat situ. Cari parking then berjalan ke sana..:-)
Rupa-rupanya memang ada event, tapi aku pun tak tau nama event ni.
Ada auto show rupanya. Banyak kereta custom-made kat sini. Ada yang pelik, skrin LCD pun ada kat tayar. Belum cerita woofer dengan speaker lagi, dah macam PA sistem dewan pun ada..haha
Dolah suka lah pergi tempat-tempat ada kereta macam ni. Aku bab-bab kereta ni tak minat sangat, asal dapat drive jalan-jalan dah cukup okay..:-)
Tapi okay lah, banyak jugak kereta yang power kat sini semalam.
Ada Food Truck yang provide F&B services for visitors. Bagus konsep food truck ni, jimat space and senang. Habis event, kemas sikit, start engine then terus chow..huhu.
Battle of The Band pun ada semalam, tapi kitorang tengok 2 bands je. Mana taknya, dah lapar gila nak cari nasi.
Singgah dinner kat Kampung Baru. Aku tak tau kenapa sekarang ni suka sangat makan otak-otak. Asal ada depan mata, terus mengunyah benda ni. Bayar belakang cerita..huu
Masuk simpang Sungai Buaya, kereta Dolah terbabas. Langgar tiang letrik TNB and just a couple of inchs nak masuk longkang belakang tu. Yang peliknya dia drive takde laju mana pun, since aku dengan Afiq follow belakang. Kami tunggu family dia and towing truck dalam setengah jam before heading home.

Tu lah first time aku tengok car accident depan mata, and melibatkan kawan baik sendiri pulak tu. Glad he's okay, and of course, driving skills dia helps to minimize kan impact pelanggaran tu. Kalau aku, tak tahu lah. So, the best yang aku boleh buat - drive safe and sound..:-)

Okay lah, ada satu entri lagi nak update ni. Senang-senang baca lah.

Kisah AKU n Au Revoir Brian!

Assalamualaikum,

Jumaat lepas we had a small farewell party for one of our senior staff kat Trueventus ni. With heavy heart, our beloved manager Mr. Haslan Dato Rosedin or Brian Hardin or Rudi and many others name, tendered his resignation due to health problem. Rasanya aku ada mentioned last week yang he suffered knee injury time main bola and this injury, required an imminent operation and of course, take quite some time to heal. 
Asalnya members from Team Hardin je yang join with exception of Kailash yang still bercuti for Deepavali. Tiba-tiba ramai lagi yang datang pulak. We had our small party kat tempat biasa di Teh Tarik Place, NU Sentral. Kalau you guys nak tau, every Friday after work kami satu team akan lepak kat sini dulu before balik rumah. So, this place ada some aesthetic value for us.
Team member from other team pun ada jugak datang. Indra, Zul, Hakim, Sam, Rani and Poven from Ken & Co. pun join jugak hari tu. 
Thank you very much for your guidance and time, Abg Lan. Terima kasih sebab ambil saya untuk join your team setahun lepas. Of course, I'll never forget all of our memories no matter good or hard time. Above all, I would like to say, it's an honor to have you as my only manager.

Good luck for your retirement, and god bless for your knee operation. Nanti ada masa kami datang melawat. Till then, take care.

Tuesday, November 10, 2015

Kisah AKU n Diwali's Eve

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan beragama Hindu especially for my colleague - Lash, Karuna, Poven, David, Samrita, Rani, Lavy and Kavitha. Okay, entri hari ni simple je - what I did last night with my brotherhood kat KL ni..:-)
After work, around 6 aku bergerak from my office at Plaza Sentral ke Setiawangsa. There, we planned to meet kat Jelatek Business Park. Sampai je aku terus ke Ali Maju while waiting for them, kat sini ramai betul college student..:-p
Afiq kerja area Wangsamaju, Dolah pulak Setiawangsa. Aku pulak sesat jauh sampai ke KL Sentral. Nak cari kerja area-area sini jugak lah..:-)
Singgah rehat kat office Dolah dulu. Gila tak rehat, dah 8 jam kerja takkan nak terus lepak kot.
Kadang-kadang rindu nak ada workstation camni. Time jadi Admin dulu lebih kurang camni lah desk aku. Cop company, dokumen tender, petty files etc.. Ahh, good old time..:-)
Sempat power nap setengah jam. Bro ni tak sihat sangat semalam, baru ingat nak belanja karok kat Wangsa Walk..:-)
 Bergambar dulu, bukan senang nak tengok diorang pakai baju camni, huu. 
Thanks Dolah, kasi tumpang ofis. Baru ada energy sikit nak merayau..hehe
Strolling Star Hill, KL Sin City. Pak Arab dah habis conquer area ni.
Singgah makan kat Tom Yam 3000, Kampung Baru. Haa, sini kawasan 100% Melayu. Tapi nampak bohsia Melayu bersepah jugak kat area ni. Memalukan betul. Kalau area BB, Pudu tu takpe lah bangsa lain. Aku takde lah amik port sangat. Ni bila tengok, orang Melayu kita jadi camni, rasa malu jugak lah..:-(
Nampak benor muka sakit bro ni.
Around 2 AM kami pulang menuju ke Sungai Buaya, masing-masing mata dah rabak.

Macam aku cakap, simple entri yang tangkap muat. Semata-mata nak tambah post dalam blog ni..haha.