Sunday, April 12, 2015

Kisah AKU n Malam 11 April

Assalamualaikum,

Nampaknya minggu kedua April menyaksikan aku berjaya hit the board lagi dengan satu deals from Indonesia. Alhamdulillah, semoga rentak ni dapat aku kekalkan dan improve lagi untuk minggu-minggu yang mendatang. Baiklah, tak nak buat intro panjang lebar cuma nak story tentang aktiviti malam minggu aku dengan kengkawan kat Sg Buaya ni (setiap minggu cerita pasal diorang ni, tak boring ke?)

Semalam aku dengan Afiq merayau-rayau kat Setapak, nak jumpa kawan lama dia kat Poli dulu. Dolah pulak takde sebab ada family matters kat Tapah. So, kami gerak dalam pukul 8.30 dari Rawang, sampai kira-kira pukul 10. First stop pergi amik Ijat kat Apartment Seri Cempaka, then terus ke Metro Mall.
Memang nice betul tempat karok ni, design cantik, audio superb and lagu pun up to date. Biasalah, area KL kot, lain lah Rawang tu..haha
Aku ni sebenarnya jarang karok dengan orang yang tak berapa nak kenal, but with Ijat ni, orangnya ramah, senang masuk kepala dan juga kelakar. So, takde reason kenapa aku nak tolak bila dia ajak karok sekali (which is my favourite hobby..lol)
Peace! Asalnya takde plan pun nak keluar semalam, dah tiba-tiba si Afiq tu ngajak sekali. Tu yang join jugak..-)
Say hello to Ijat guys! Budak Kuala Pilah ni, kawan Afiq time belajar kat Poli PD dulu, sekarang ni kerja as an Accountant kat KL ni..-)
Memang semalam hari peace sedunia ke apa?
Tah apa yang aku fikir tu? Bukan main termenung jauh lagi..-p 
Dalam pukul 11.30 kami gerak dari Metro Mall, singgah dinner kat Pudu and then melawat Uptown Danau Kota. First time datang sini, tapi nak compare segala uptown yang aku pernah pergi, Uptown Shah Alam jugak the best!

Dalam pukul 1, kami pun drop Ijat kat apartment dia and terus bergerak meninggalkan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment