Saturday, April 25, 2015

Kisah AKU n A Day at Festival City

Assalamualaikum,

Malam ni nak story sikit aktiviti aku tadi. Malas nak sentuh laptop nak buat database, research dan sebagainya. Dah naik muak aku dengan kerja-kerja ni, tolonglah bagi aku kerja berkait sikit dengan management..please!!! haha - daring benor confession kau ni Fred.
Aku jumpa my boss dekat Setapak for a further discussion mengenai satu event kami. Seawal pukul 9.30 pagi aku dah bergerak dari Rawang ke Setapak. Lepas je discussion, aku merayau-rayau sekitar area ni. Terperasan lah sebuah mall yang dinamakan Festival City ni. Tanpa membuang masa, aku pun masuk sekejap. Nak jugak tengok dalam ni ada apa.

Macam-macam ada rupanya. Karok ada, panggung wayang ada, boling pun ada. Pendek kata semua adalah. Alang-alang dah sampai aku pun layan Avengers: Age of Ultron, memang A+ betul movie ni, lagi-lagi part battle yang last time nak defend tower tu. Korang yang belum tengok, nanti ada masa pergilah tengok cerita ni. Highly recommended untuk penggemar cerita sains fiksyen.
Habis je melayan movie, singgah berkarok sejam. Nyanyi lagu ketuhanan je tadi. Haha
Tapau Papa John untuk Along dulu before meninggalkan Festival City. 
Jalan sesak kat MRR2, aku sampai Rawang dah nak dekat pukul 6.30 tadi. Singgah topup minyak and Touch N Go and then terus ke Sungai Buaya. Sampai rumah baik punya terlelap..:-p

P/S: Lemau gile, malam ni nak sambung lepak dengan bros

No comments:

Post a Comment