Assalamualaikum,
Perghh, bukan main lama lagi tak update blog aku ni. Ada 2 minggu jugak rasanya, rekod baru ni..Busy bai sekarang, kerja siang malam - nak spend time buat benda lain pun tak free. Hujung minggu lah yang paling heaven aku rasa..huu. Okay lah, hari ni nak story pasal satu event yang aku join semalam bersama Trueventus Malaysia ni - It's the Annual X-Mas Party 2014!
Event ni organized by small committee member yang terdiri daripada 3 staff iaitu Min, Moses dan Sim Yee. Teringat pulak time organize modul-modul kat UiTM dulu, team 3-4 orang je tapi nak handle beratus-ratus student..:-)
Opulent Lounge, Nagaba KL merupakan the venue for this party. Korang jangan fikir lain eh pasal entri ni. Alhamdulillah, aku masih clean dan ingat agama aku..:-) Tujuan aku datang ni bukan nak celebrate perayaan diorang ni, tapi atas kapasiti seorang staff yang menghargai usaha Big Boss John dalam meraikan staff-staff nya sekali didalam annual party ni.
Tema pada malam semalam ialah Cuban Night. Yang paling simple ialah dengan dress yourself with a fedora, or hat dan juga membawa the infamous Cuban Cigar..huuBuffet memang the best semalam especially Rosemary Chicken, Beef Lasagna, Lamb Steak etc, memang marvelous habaq hang! :-p
P/S: Dari kiri - Haslan, Somad, Fareez, Hendra, Tom, Aizat.
Cheers Mate! Kami minum "Ladies Drink" je, huu. Coke and Sprite je yang mampu telan pun..:-)
Winning Team untuk game pertama - Team Orange.
Dah macam Innuendo pulak budak-budak ni..:-p
Lupa pulak nak introduce some of colleagues aku kat sini. Dari kiri - Freddy, Hendra, Asri, Syafiq dan Min.
Second game - serious shit dah rasa macam zaman-zaman malas aku kat UiTM dulu bila masuk part macam ni..haha
Suhana dan Nurul yang glowing macam bidadari..:-p
Nurul yang always happy dan kelakar gila..:-p
Bersama Herr Manager, person yang bertanggungjawab membawa aku masuk ke dalam company ni - Mr. Haslan.With Miles yang perangai gila-gila..lol. Erm btw, aku tak smoking eh - tu prop je nak kasi match dengan tema Cuban ni. Harap maklum.
Dalam pukul 11, the event was concluded. Memang mantap dan terbaik betul malam semalam, enjoy gila - aku yang tak pernah menari ni pun tiba-tiba masuk auto-mode ikut beat..lol. Balik je, kami terus ke Taman Melati, lepak kat D'Mamak Corner jap pekena Teh Tarik secawan dua. Nak dapatkan rasa Malaysia tu balik..kah3x..:-p
Dapat doorgift from Trueventus - best kan cawan ni? Nama aku kat sini Farid Gani @ Freddy Gunner..lol gila kan? Tapi bila pitch company dalam market Europe memang berkesan..hehe
P/S: Sayang pulak dengan company ni..huu. Tapi tu lah, bulan 3 tahun depan Big Boss Tariq from ORSB dah personally call aku untuk ready to report duty. Chill Freddy, enjoy lah masa-masa kau kat sini ye..:-)
No comments:
Post a Comment