Wednesday, December 31, 2014

Kisah AKU n Memories 2014

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2014 yang sememangnya merupakan tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia, dengan Insiden Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370, Tragedi MH17, banjir luar biasa dan juga yang terbaru, terhempasnya pesawat Air Asia QZ8501. Baiklah, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan bangganya nak share some of highlight 2014 dalam hidup aku, dan juga komen-komen berkenaan Azam 2014. Jom tengok!

January 2014:
Berpraktikal di OROGENIC Group Berhad di Bukit Jelutong selama dua bulan sebagai Contract Management Intern. Berpeluang menerokai selok-belok pengurusan kontrak dan tender dibawah pengawasan En. Hizaruddin.

February 2014
Officially certified as Six Sigma Practitioner.

March 2014:
Sekali lagi menjadi SR untuk FSPPP didalam Ekspo Selangkah Ke UiTM

April 2014
Masih berkhidmat mencurahkan bakti kepada FSPPP dan UiTM dengan perlantikan sebagai EXCO didalam Persatuan Ehwal Asia Tenggara UiTM

May 2014
Meraih Emas bagi Mens Fourth dalam SUKOL 2014, mewakili Team Non Resident
Head - Publicity & Multimedia didalam Dialog Hubungan Malaysia - Singapura yang disampaikan oleh Duta Besar Singapura ke Malaysia, H.E Ong Keng Yong.

June 2014
Malam Pra-Graduan - PROVOGUE Night!!
VIVA Day - presentation Research Paper.

July 2014
Menamatkan pengajian didalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Alhamdulillah

September 2014
Graduatian Trip Perhentian bersama awek-awek time Foundation..haha

November 2014
Memulakan kerjaya sebagai BD Professional di Trueventus SB.

December 2014
C-Day! Officially bergelar degree holder. Syukur kepada Allah.

Okay, jom kita selak sikit azam tahun 2013, ada tak yang belum tercapai lagi tu?

  1. CGPA - Peningkatan drastik dicapai pada semester terakhir. Jauh dengan apa yang diharapkan. Terima kasih Semester Enam!
  2. SUKOL 2014 - Dapat join jugak Team NR dan memenangi pingat Emas dalam kejohanan kali ini!
  3. Blogging - Insya Allah, selagi hayat dikandung badan - blog ni akan terus hidup bagi memberi inspirasi kepada the uninspired..:-)
  4. Pasangan - Tak nampak tanda-tanda pun yang aku bersedia untuk any serious relationship..lol
  5. Boling Padang - Tahun yang excellent untuk aku dalam game ni. Tapi lepas ni rasanya dah boleh kot lap bowls aku tu. Dah jarang main..huk
  6. Graduation - Alhamdulillah, berjaya jugak grad on time. Tahniah juga kepada kawan-kawan Batch 2011 yang bergraduat sekali.
  7. Kerja - Walaupun tak dapat bekerja dalam bahagian Kualiti dan juga Hartanah seperti yang diharapkan, but still employed tahun ni pun merupakan antara satu achievement yang boleh dibanggakan. 
  8. Quality Certificate - Berjaya memegang dua sijil didalam bidang pengurusan kualiti dengan Yellow Belt of Six Sigma dan juga Yellow Belt of Lean Six Sigma pada bulan Februari. 
Erm, resolution 2014 memang terbaik. 95% tercapai, dan yang lagi tak sangka - semuanya tercapai dengan excellent sekali, melebihi apa yang dijangka. Tahniah Farid!

2014 sememangnya antara tahun terbaik yang pernah aku rasa. Walaupun Malaysia bersedih, tapi individually, 2014 jarang buat aku berduka, malah apa yang ditarget, semuanya mengena (kecuali satu tu je, which is not important pun). Terima kasih 2014 atas kenangan yang hebat.

No comments:

Post a Comment