Saturday, December 27, 2014

Kisah AKU n Career Overview - Corporate Sales

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak update berkenaan dengan career overview sebagai seorang Corporate Sales professional. Aku sure, some of korang yang tersinggah kat entri ni have little or no knowledge about CS ni kan? Jujurnya waktu mula-mula aku menerima job offer dalam SC ni pun aku tak berapa jelas tentang apa sebenarnya kerjaya disebalik CS ni. Of course, nama CS ni sahaja dah gempak - tu yang membuatkan aku accept the offer..lol

Kerjaya CS ni merupakan gabungan diantara strategic analysis, marketing dan sales dimana professional-professional yang terjerumus dalam kerjaya ni perlu utilize strategic analysis didalam market research mereka. From there, a strategic marketing techniques bermula dengan finding a quality leads, akan membawa kepada quality negotiation dan juga quality sales. Sesuai dengan namanya, the role of these professional ialah to develop the business - tak kira lah to maintain the existing clients or expand the line through penetration of new market.

Apa yang diorang ni buat time office hour eh?
  1. Market Research - Identifying new business opportunities through analytic research on every potential aspect seperti market segment, competition, pricing, market strategies dan sebagainya.
  2. Cold Calling - Prospecting potential clients through cold call memang merupakan satu proses yang sangat mencabar. But, itu yang membuatkan CS professional seorang yang kental, dan hati kering..lolzy :-p
  3. Negotiating - A successful introduction on cold call akan membawa kepada negotiation dimana CS professional is the one yang akan seal the deal for firma itu. 

Ni yang paling asas lah, ada je lagi sebenarnya but it depends on the size of the organization. Untuk firma yang lagi besar, diorang ada Strategic Planning or Corporate Development units sebagai addition dalam BD Department - role yang lagi sophisticated dan juga memerlukan strong knowledge didalam business strategic management compare to yang tiga kat atas ni. :-)

Basically untuk aku sendiri, tiga benda tu je yang aku buat pun. Tapi,
Office hour aku saja dipenuhi dengan coldcalling dan negotiating. 150 calls a day! Jarang lah aku gunakan office hour untuk update database and cari fresh leads.
Ni lah dia satu lagi workstation aku kat rumah. Ni lah tempat aku buat market research, update database dan juga hone cold call skills aku..haha. Damn, I hate cold call! Siapa yang buat kerja-kerja ni pun mesti setuju kan dengan aku..:-)

So, itu lah career overview seorang CS professional. Untuk siapa-siapa yang nak terjun dalam bidang ni, you all mesti ada strong research dan juga communication skills, and of course, hati mesti kering, sebab untuk memulakan kerjaya dalam bidang ni, cold calling is a must dan korang mesti kena hadap even you hate it to death. But, come to think about this positively, cold call jika diterima dengan baik boleh membina perwatakan berani dan juga ketahanan mental yang kuat untuk kareer kita dimasa akan datang..hehe

2 comments:

  1. Farid, i tak pernah miss baca your entries since asasi law lagi. And i pilih BAS pun sbb u. Admire ur personality and attitude but dont get me wrong. U sort of my idol la not more than that, bukan stalker tau. Keep inspiring okay. I takda confident nak job hunting lepas final ni. Idky. Maybe english skill i kurang kot. Would u share how to improve english especially speaking? Really need ur advice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ye sebab sudi baca blog i ni. Tak expect pun ada yang follow sejak dari zaman foundation lagi, apatah lagi as inspirasi..huu

      Okay, berbalik dengan pertanyaan u pasal communication tu. Tak dinafikan kalau u ada terbaca entri-entri awal i dari asasi dulu pun memang benda yang i paling takut ialah komunikasi, lagi-lagi dalam english. Even sekarang pun bila nak buat coldcalling tu especially negara-negara luar, memang i ada rasa nervous. Walaupun skrip ada depan mata.

      Best ways nak improve english ni simple je - baca newspaper (hari-hari), bila baca tu kalau boleh ikut sekali wording yang ada. Baca dari muka depan sampailah belakang, jangan pilih-pilih section. Lagi banyak u baca, lagi banyak word, vocab etc. yang u akan dapat.

      But, yang paling i suka ialah bercakap dengan diri sendiri. Cari topik apa-apa, berdialog lah dengan diri sendiri. kajian ada sebut yang orang bercakap dengan diri sendiri ni biasa IQ tinggi, bukan sakit mental pulak..huu. Sekarang pun i still praktis benda ni - lagi-lagi dengan skrip untuk cold call i tu.

      Tu lah 2 benda yang i selalu praktis hari-hari in order to improve communication skill ni. Antara cara lain tengok movie, tapi ni i tak selalu buat pun, sebab takde masa nak melayan filem-filem ni. But tu lah, macam i dah mention tadi - spend masa each day baca newspaper and berdialog depan cermin, In Sya Allah, your communication skill boleh improve.

      Be confident ye, student FSPPP semua strong belaka..:-) Tapi jangan overconfident - not good for your career nanti.

      Delete