Assalamualaikum,
Hari ni satu lagi my achievement dah safely unlocked. Walaupun dah confirm graduated bulan 8 tahun hari tu, tapi sebagai seorang mahasiswa, tak lengkap rasanya kalau tak sambut convocation bagi officially menamatkan pengajian dengan bergaya..hehe and for me that's my C-Day!
Disinilah dewan yang menyaksikan seorang pelajar berkaca mata dari Rawang ni menerima skrol ijazahnya. Aku dan rakan-rakan seperjuangan from FSPPP ialah Sidang 14 bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81 ni.
Bergambar bersama mak ayah sebelum berkumpul bagi perarakan masuk graduan-graduan.
Nak jugak amik gambar sorang-sorang..huuPukul 7.30, Sidang 14 dibuka oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar. Tak sangka beb dapat skrol ijazah from VC UiTM sendiri..:-)
Sedikit gambar didalam DATC, credit to Yasin. Kamera henset aku cibai sikit, ada hati nak snap banyak-banyak. Spoil betul lah, asal ada event penting je mesti kamera macam shit. Selalu tau..huu. Nasib baik lah ada Cybershot tu, kalau tak...haha
Bergambar sekali lagi bersama mak ayah tersayang. Aku dapat rasa kegembiraan mereka tatkala melihat aku menyambut mereka diluar dengan skrol ijazah ditangan. Pelukan dan titis mata ikhlas dari mak, dan senyuman puas ayah aku.
Terima kasih kepada ayah, En. Gani Daud yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi menyekolahkanku dari kecil sehinggalah aku berjaya mengenggam segulung ijazah ini. Bagi ayah, pendidikan merupakan salah satu elemen penting didalam kehidupan - knowledge is power.
Dan sudah tentu buat ibuku, Pn Sulina Abu Bakar, yang membesarkan aku dari kecil, mengajar aku erti kehidupan. Terima kasih mak,,:-)
Ni semua untuk mak ayah. Nak pakaikan diorang jubah aku, tapi tak nak pulak..:-(
Ramai betul tetamu dan para graduan tadi. Teringat pulak time zaman-zaman belajar dulu..:-p
Sesi bergambar bersama-sama rakan seperjuangan, but still rasa terkilan sebab tak dapat snap picture dengan bestfriend aku sepanjang belajar kat UiTM ni, Joe and Pok Jad..:-(
Satu lagi gambar mak ayah aku, before aku nak pulangkan balik jubah konvo ni.,:-)
Aku tak selalu amik gambar dengan perempuan even time study dulu pun, but si Zaza ni nak sangat amik gambar dengan aku - so, for the sake of our friendship dari semester satu sampailah la ni. Biarkan ia jadi a pieces of our memory ye..:-)
Tudiaa skrol aku..huhu. Second Class Upper pun jadi lah, yang penting sepanjang aku belajar kat UiTM ni semuanya balance - akademik okay, sukan okay, organisasi okay. At least aku takde korbankan salah satu to achieve the other one. Of course lah rasa terkilan sebab tak dapat First Class, but it's okay - benda dah lepas..:-p
Balik Rawang dalam pukul 3 petang, singgah makan jap kat Traffic Light Restaurant. Khamis ni kakak aku pulak yang konvo, tahniah in advance ye Along - sori tak dapat nak datang, tak boleh amik cuti lagi. Nanti si John tu marah aku lagi..:-(
Eh apa lagi ni? dikesempatan ni aku nak mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat didalam menjadikan perjuangan aku dalam mengejar segulung ijazah ni sampai kepenghujungnya:- Keluarga: Tanpa family yang menjadi tulang belakang aku baik dari segi moral, kewangan etc, mana mungkin aku boleh mencapai apa yang aku idamkan selama ni.
- Pensyarah: Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan sepanjang 3+1 tahun saya menuntut di UiTM ni. Akan saya gunakan ilmu yang dicedok ni untuk agama, bangsa dan negara,
- Cikgu: Guru yang mengajar sejak tadika, sekolah rendah dan kemudiannya sekolah menengah semuanya memainkan peranan penting dalam perjuangan aku. Tanpa mereka yang mengajar dari asas, jangan mimpi lah aku nak ke menara gading.
- Kawan: Kawan, ada yang bagus ada yang macam lahanat. Tapi nama pun kawan, walau buruk macam mana perangai - tapi mereka lah yang ada disisi bila family jauh dimata.
- EX - Bukan EX5, tapi bekas kekasih. Terima kasih jugak ye Mida, kalau tak cakap nanti tak kenang budi pulak..haha. Thanks sebab teman aku selama 4 semester, eventhough at the middle time kita break tu aku tengah bergelut dengan projek paper, research proposal, SAF etc. Walaupun berat nak cakap, tapi aku terpaksa mengaku yang sepanjang kita bersama, kau lah antara sumber inspirasi aku dalam perjuangan mengenggam ijazah ni. Dah-dah, kalau kau baca jangan emo pulak..haha, semoga bahagia la ye dengan FA kau tu, Cheers!
So, itu lah dia cerita konvokesyen aku ni. Maybe akan ada version nombor dua bila gambar-gambar from UiTM dan juga Photo Center sampai nanti okay. Till then, take care. Tahniah kepada graduan-graduan yang sedang atau dah berkonvo. Yang belum tu sabar-sabar dulu ye, masa korang akan tiba jugak nanti. I pray for your success!
Haha. Aku Ambil gmbr tuh untk kenangan Aku. Kau gi Ltak kat blog. Segaaannnnnn. Hahahh. Nnty hntr kat fb, gmbr Yg Ada Aishah Yasin and all tuh. Thanks! -Zaza ^^
ReplyDelete