Saturday, November 15, 2014

Kisah AKU n BadmintonED!

Assalamualaikum,

Petang tadi aku sempat meluangkan masa dengan bersukan. Dah lama beb tak bersukan ni, even Rushfit pun dah asyik tak sempat je nak buat. Maklumlah sekarang ni kan dah berkerjaya, huu. So, hari minggu je lah nak beriadah, sambil mengeluarkan peluh dan lemak berlebihan kat dalam badan ni..haha
Aktiviti aku petang ni ialah berbadminton. Main kat Golf Club je, murah sikit and tak ramai orang compare dengan yang kat Rawang tu, Antara rakan-rakan seperjuangan yang join tadi ialah bestie-bestie aku, Afiq and Dolah.
Adik aku si Faris tu pun ada jugak. 
Uncle Akram (baju biru-putih), jiran aku pun ada jugak join menambahkan forum..:-)
And of course, aku sendiri dan juga my dad. Cukuplah jugak ada 3 regu tadi. :-)
Kami book court dalam 2 jam, main berganti-ganti regu. Takde lah penat sangat walaupun dah hampir 5 bulan tak main badminton ni. Last main rasanya time semester 6 tu dengan Joe and the gang.
Nak kata pancit, tak lah sangat. Tapi ada lah rasa berat sikit. Ni semua lemak terkumpul punya pasal..haha
Puas gila main tadi. Lenjan jugak 3 full game double and satu single lawan Uncle Akram. Memang A+ lah walaupun dah lama tak menyentuh reket Carbonex aku tu..:-)

Dalam 7.30 petang kami pun dissolve. Maghrib jap kat surau Golf Club tu and terus menikmati secawan teh tarik kat Salam Sentosa. Memang terbaik pekena air panas hujan-hujan ni..huu

P/S: Minggu depan tak tau apa plan, apa-apapun esok gua nak training buat pitch..lolz

No comments:

Post a Comment