Monday, September 9, 2013

Kisah AKU n C3 vs S3 Mini

Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu lepas aku dah pun tukar henset Nokia C3 aku tu ke Samsung Galaxy S3 Mini..Tapi, ada rasa sedikit kekesalan jugaklah, rindu pun ada nak guna C3 tu balik, tapi apakan daya, henset tu pun aku dah bagi ayah yang guna.

S3 Mini ni memang jauh lagi superior daripada my old C3 tu. Erm, by the way aku beli S3 ni kat Rawang, berharga hanya RM 420 sekali dengan aksesori (harga kilang). Aku sedia maklum yang ianya klon version but its support 3G connection. Plus, dealer tu pun dah terangkan kat aku awal-awal tentang spesifikasi henset tu yang ada kekurangan

Katanya, yang clone version reduced the original specification almost half. For example, original S3 Mini internal memory ada 4G, but reduced to 2G. Kamera 5MP jadi hanya 2.5 MP for rear camera, and hanya VGA quality for front camera. But, RAM dan juga yang-yang lain takde reduced.

Application Android memang running smoothly dengan henset ni which is amazing. GPS Navigator berfungsi dengan baik, social platform such as WeChat, Whatsapp, LINE, Opera Mini, Blogger dan lain-lain juga nicely working.

Game pun OK walaupun aku ni bukan kaki mobile games sangat. Quality video and audio player pun ditahap yang baik. BUT!! ada satu defect yang ketara sangat aku dapat kesan kat henset ni.

Yang paling aku menyesal tahap gaban ialah kualiti kamera yang jauh lagi teruk daripada kamera C3 lama aku tu. Well, korang pun tau yang aku ni suka sangat amik gambar, lagi-lagi dengan status aku seorang blogger yang memerlukan gambar-gambar yang baik untuk dipertontonkan. Kamera 2.5MP memang sangat teruk, even C3 yang 2 MP tu pun boleh buat jauh lagi bagus.

Tu yang aku tengah fikir balik ni. Nak terus guna or tukar. Nak tukar rasa macam sekejap sangat pakai, nak terus guna pulak rasa macam nanti kot la guna pakai macam nak tak nak. Bukan apa, defectnya yang aku paling geram kat kamera je, yang lain semua okay. Tapi camera defect tu la yang jadi punca sekarang ni.

Tolong aku!! Aku rasa dah buat greatest mistake in my life. Hanya sebab kamera..huk

p/s: Kalau tambah RM 300, dah dapat yang original version hari tu. But, elaun Onyx dapat RM 1000 aku dah guna untuk bayar sewa rumah, and yuran semester 5.

2 comments:

  1. kalau compare dengan galaxy ace, mungkin lebih berbaloi kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, rasa macam nak swap je yang lain..haha

      Delete