Sunday, June 30, 2013

Kisah AKU n Demam Panas!!

Assalamualaikum semua, perkara yang aku paling takuti bila tengah exam sedang pun berlaku kat diri aku sekarang - demam panas. Haa, mungkin nampak tak jantan kan takut demam segala bagai. Tapi, jujur aku cakap demam merupakan ketakutan aku sebab seluruh sistem imunisasi dan defensive aku akan jadi tak bermaya, dan helpless.
Haa, tengok ni, tuam dahi pun wat sendiri..sebenarnya aku dah start rasa tak sihat lepas je exam Ethics khamis lepas, time tu dah rasa cam tak sedap badan. Mana taknya masuk DATC yang sejuk gila tu tak pakai sweater , jaket pun..

Semalam lagi lah, nak turun beli makanan pun tak larat - try tapi hampir tumbang jugak sebab pandangan mata yang berpinar-pinar..biasa lah, siapa pernah demam, korang faham kan. So, macam mana aku nak amik risk untuk bawak motor dalam keadaan macam tu.. Buatnya ptam time tengah bawak..haha
Lepas usaha mengeluarkan peluh pun cuma bagi little effect je..tadi before paper Policy Analysis aku decide untuk pergi ke Pusat Kesihatan UiTM. Dapat ubat satu-dua pun ok jugak lah
Best kan jadi student UiTM, asal sakit datang sini..free je treatment :-)
Lepas consult dengan doktor - katanya suhu 37.1 je, ye lah sebab dah dua hari aku amik effort nak keluarkan peluh.
Amik ubat - cam biasa lah, ada la ubat demam, tahan muntah, cirit (hii) dan jujubes.
Dalam pukul 12 aku rilek kat bilik SMF jap, paper ADS654 pukul 2 kan, sempat la study tapi tu la memang dizzy jugak sebab baru pas makan ubat.
"Holy Bible" aku. haa, macam-macam je. Kalau notes padat and berselirat aku panggil Tripitaka ataupun Rig Veda macam Wan punya..hii
Tak bermaya..huk. Pukul 1.10 petang aku bergerak ke DSB - dengan keadaan lesu tapi bersemangat sikit sebab jumpa kawan-kawan kan.
Pukul 5.15 petang, aku terus balik, singgah kedai depan rumah cari benda ni - doktor and mak nasihat supaya jangan makan makanan berminyak sebab perut pun tak sedap lagi, so aku beli lah 2 kotak soup ni..
Makan malam..huk,boleh lah buat lapik perut untuk makan ubat. So guys itulah cerita demam aku - datang time-time exam lah pulak kan, tapi takpelah sesungguhnya demam itu penghapus dosa.

Apapun, aku percaya sakit adalah peringatan untuk kita yang sering terlalai dan leka dengan nikmat kesihatan yang kita ada sehingga terlupa untuk bersyukur. Allah menguji hambaNya dan ini membuatkan kita akan merasa kerdil, lemah dan hina serta mengingatkan kita dengan dosa-dosa lampau sehinggalah kita kembali kepada Allah dan meminta keampunan dari Nya


“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575)
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)

Thursday, June 27, 2013

Kisah AKU n Final Examination Pt. 4

Assalamualaikum semua, peperiksaan akhir semester 4 telah pun membuka tirainya pada petang tadi pada pukul 2.15 petang dengan paper Ethics in Administration (ADS452). Unlike semester lepas, this edition rasanya aku lebih bersemangat sebab aku tak tau pun berapa banyak carry mark yang aku bawak dalam exam's hall. Jadual pun nampaknya ada gap walaupun sekejap-sekejap, but it's ok lah daripada takde langsung..

Erm, kepada sesiapa yang dah biasa dengan blog aku - macam biasalah aku akan bentangkan target untuk peperiksaan peringkat ijazah sarjana muda aku yang keempat didalam UiTM ni. Bukan degree keempat ok, peperiksaan ke-empat..haha . Dan tak seperti semester lepas, kali ni aku ingat kod subjek, nama lecturer, kelas dan semuanya yang penting..:-p

1) ADS 452 - Ethics In Administration - Since paper ni aku belajar di bawah "The Marvelous En. Mohiyuddin" yang terkenal dengan ketegasan nya dalam marking paper - aku expect at most A- dan at least B+

2) ADS 654 - Policy Analysis - killer paper untuk semester ni yang melibatkan pembacaan yang tekun dan fokus..So far, carry mark aku tak tau but midterm aku score 90/100 dalam paper ni..haha (gelak bangga) . Tapi tu lah, carry mark kalau tinggi pun belum tentu kita dapat bagus. So, I want to play it safe - target at most A-, at least B+

3) ADM 501 - Organizational Behavior - satu-satunya paper yang aku ada basic yang tinggi iaitu dalam paper Management (ADS460) dan Human Resource Management (ADM 551), but hanya yag first je aku score A+ manakala yang second tu dapat C+. But, have faith Farid. Insyallah, kita akan cuba dapatkan at most B+, at least B

4) CSC 208 - Information Management - paper ni banyak betul gapnya sampai 5 hari. But, sebenarnya paper ni lah aku paling tak perform, dalam lab maybe lah nampak outstanding, but time midterm dengan quiz memang hampeh gila. Semuanya sebab datang lambat..:-p . But rasanya kalau at most B+, and at least B- boleh kot..:-)

5) ADS 560 - ASEAN, tak mungkin lah nak target tinggi sebab belajar under "The Marvelous En. Mohiyuddin". Paper ni jugaklah yang banyak menyusahkan aku..haha. Insyallah rasanya target at most A-, and at least B+

6) BJP451 - Third Language - Nihongo II , err, hari tu test dapat 30/100 je..dapat lulus dah lah, serious tak perform sem ni. Berharap kat movie, dengan quiz and oral test je.

7) BEL 422 - Report Writing, test just dapat 23/30, so far Madam kata presentation group aku paling mantap..haa, but harapnya report pun ok lah..Target : at most B+, at least B-

Peperiksaan keempat nampaknya, berharap pointer akan meningkat dan menjadi lebih baik dalam range 3.10 - 3.20 . Insyallah, semester depan aku akan lebih gigih since ni last semester aku bergelar SMF..:-)

Monday, June 24, 2013

Kisah AKU n Jerebu Oh Jerebu

Assalamualaikum semua, diharap semua berada didalam keadaan sihat belaka hendaknya. Ok lah, hari ni saja nak update pasal keadaan jerebu kat Shah Alam - so far, kiraan API pukul 7 pagi mencatatkan bacaan 157 which is unhealthy zone. Pic-pic kat bawah ni diambil sekitar pukul 9 pagi semalam dimana ketika itu catatan masih berada dalam range 125-130 indeks API.
Pukul 9 pagi - depan tu Kristal Height. Rasa dah macam kat London pulak, berkabus..haa
Aku tak tidur semalam, buat my last assignment untuk semester ni iaitu ASEAN. Pukul 9 pagi tu aku terus ke fakulti, and submit assignment kat bilik En. Mohiyuddin. Since aku pun tengah bapak ngantuk time tu, singgah tidur kat bilik SMF jap..huu, ada aircond. Cuba tengok gambar ni, biasanya jelas je nampak Stadium UiTM.
 Ni rasanya kira ok lagi lah kot, cuma Kondo Kristal belakang tu cam dah kabur as compared to gambar bawahnya yang diambil ketika catatan API masih elok.
Sekitar pukul 7 petang..budak-budak pun tak main bola pun as usual yang selalu aku tengok petang-petang dari atas ni. Sama lah cam aku, punah harapan nak main bowls time study week ni.
Haa, ni pulak dalam pukul 11.00 pagi waktu Shah Alam. Semakin teruk kan..ala, cepat-cepat bla h aku dah nak exam ni, tak nak la sebab jerebu ni final exam tangguh macam ada cadangan beberapa orang student UiTM. Bukan apa, big boss cakap 15/7, 2 hari lepas exam tu boleh punch card dah untuk attachment..huu, kalau tangguh tak boleh, susah la.

Apa-apapun sebagai seorang student ASEAN, aku melihat masalah jerebu ni sebagai satu lagi masalah yang berkaitan dengan one of the main principle dalam The ASEAN Way, iaitu Non-Interference Principles. Didalam NIP ni, a member states should not interfere in domestic and internal issue of the other member states. Jerebu 1997 sudah pun menunjukkan kepincangan ni but luckily negara-negara ASEAN ketika itu secara collective nya masuk campur dalam masalah domestik Indonesia iaitu isu pembakaran sampah, hutan, crops etc. So, kita berharap benda yang sama dapat dicapai lagi - please Indonesia, for the sake of the ASEAN Community.

Saturday, June 22, 2013

Kisah AKU n Exam's Preparations IV

Assalamualaikum semua, nampaknya student-student degree UiTM dalam mood final exam sekarang ni. Budak sebelah rumah aku yang suka melalak malam-malam pun dah senyap..haa, tadi parents aku datang - macam biasalah untuk bagi semangat kat anak lelaki mereka yang nak masuk exam hall dalam beberapa hari lagi. For korang punya information, this is my fourth major examination sepanjang bergelar student AM228 ni..:-)
Ayah aku bagi drive pulak..huu, bawak je la kat area dekat Mydin tu - lunch jap, then singgah Mydin beli barang-barang preparation untuk exam, plus stok-stok makanan time exam nanti plus bulan puasa..Mengikut perkiraan, aku dijangka sempat puasa kat sini dalam 3 hari sebab paper aku habis 13/7/2013. Yang tak bestnya, puasa sorang-sorang je, sebab Afiq habis paper awal.
Stok penting - maggi, air kotak, ice cream soda..huu, nyum-nyum. And of course yang paling penting untuk stay up malam-malam - 3 in 1..:-)
Haa, ini pun vital jugak - lagi-lagi time tengah jerebu kan.
Ni je la beli untuk exam, since pen yang SNU bagi pun tak pakai lagi.

Ok lah guys, malam ni aku nak kena settlekan assignment ASEAN aku yang kena redo..huk. Kena siapkan jugak malam ni, sebab esok nak kena bergerak untuk study OB+Ethics. Untuk reference korang, aku tunjukkan lah examination's timetable aku:
Haa itu lah jadual aku..err, aku tengah tengok movie 12 Angry Men ...seriously a brilliant and genius movie yang pernah aku tengok. Korang try lah tengok, serious korang tak kan menyesal..caya lah..:-)

Wednesday, June 19, 2013

Kisah AKU n Sesi Interview Calon TUNAS SMF

Assalamualaikum kawan-kawan, hari ni telah berlangsungnya Sesi Temuduga Calon TUNAS SMF. Seperti yang korang tahu, borang-borang permohonan telahpun dibuka pada awal bulan dan ditutup pada 10 Jun yang lepas. Rata-rata yang memohon adalah terdiri daripada golongan mahasiswi, alahai manalah siswa-siwa fakulti ni..:-p
Sesi temuduga dibuka seawal pukul 8.30 pagi hinggalah ke pukul 6, dimana kami seramai 17 orang SMF dibahagikan mengikut masa bertugas - iaitu 3-4 SMF dalam setiap 2 jam. Aku bertugas pada pukul 2 hinggalah 4, sepatutnya lah tapi extend jugak sampai pukul 6.
Waktu ni aku tak bertugas lagi, jadi observer je sebab belum pukul 2 petang..hii. Amik la 1-2 picture untuk dokumentasi.
Haa, baru nak beraksi ni - eceyh, sebenarnya tak lah banyak soalan aku tanya tadi - banyak evaluate je..Boleh katakan calon-calon ni memang hebat-hebat belaka. But, kami memegang kata-kata seorang mantan SMF - "Tak semestinya calon yang outstanding dalam interview, yang pandai berkata-kata tu bagus bekerja - sometimes, yang pendiam tu lah yang bagus bekerja"
Haa, memang aku setuju sangat. Kadang-kadang yang pandai bercakap ni, bising je lebih..buat kerjanya tak, taunya nak mengarah je..jangan marah eh, aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Sesi petang ni tak lah ramai sangat - maybe sebab ramai dah buat time pagi atau lunch hour. EXCO NR takde siapa pun yang nak..haa, nampak sangat portfolio aku ni tak popular. :-p
Ada diantara kami yang sanggup tinggal lunch demi menjalankan prosedur interview yang menjadi lambang ketelusan SMF dalam pemilihan. Si Mia ni baru nak makan katanya lah..haa
Ok, next..:-)
Macam biasa, ada 3 penemuduga berserta seorang observer.
3 lawan 1..haa, kalau aku dulu 3 lawan 4 - huu, teringat pulak waktu kena interview dulu. Ada lah dalam kira-kira setahun lepas, time Part 2. Sekarang ni aku pulak interview orang, haa..yang ni memang macam roda..:-)
So itu jelah cerita petang ni. Best of luck untuk calon-calon, insyallah kita bakal berjumpa lagi di teambuilding korang..

Monday, June 17, 2013

Kisah AKU n Bakal Berakhir?

Assalamualaikum semua, tengok tajuk lain macam je kan..haa, ok lah. Takde benda pun, nak bagi saspen korang je. :-p So, apa benda je yang nak habisnya En. Farid? Mesti ada objektif punya nak tulis entri ni, kan3x?
First of all, rasa rilek sangat malam ni sampai sempat nak update blog. Maklumlah, kebanyakan assessment semua dah siap:

  1. Movie Nihongo II - SIAP
  2. Past Year January 2013 OB - SIAP
  3. The ASEAN Way - SIAP
  4. Laporan Syarahan KSN - SIAP
  5. Movie Review OB (12 Angry Men) - SIAP. 

Pendek kata semua siaplah..haa, cuma tinggal presentation BELje tinggal untuk hari Jumaat ni. Yang ASEAN tu rasanya takde masalah kot kalau Sir Mohiyuddin panggil nak present, plus Ethics pun rasanya ok, bersiap sedia untuk present.

Ok lah, jom kita ke topik utama - seperti yang aku dah mentioned ni adalah semester terakhir aku bergelar SMF. Itu jelah ceritanya, haa..takde lah - sebenarnya camni, ramai jugak colleagues SMF yang tanya apa justification aku untuk resign sebab boleh katakan ada 8 orang out of 17 yang still akan menyambung khidmat. Baiklah, meh la aku bagi sebab-sebab nya:
Tengok gambar kat atas, ini lah zaman paleolitik aku waktu mula-mula masuk degree dimana aku rasakan hidup sangat perfect dikelilingi kawan-kawan yang happening..huu, ramai student kata seronok jadi NR, aku pulak yang dari semester 2 duduk kat luar ni tertanya-tanya apa je la yang seronok sangat. Rupa-rupanya baru aku sedar apa yang membezakan aku dengan diorang - diorang student NR, aku EXCO NR..haa, so aku berharap dengan resign nya aku pasni bolehlah nak menghabiskan saki baki 2 semester dengan girang..hii. Bangun pagi je boleh pekena teh panas dengan roti bakar, sambil online..hii, as compare tu bangun pagi bergegas ke fakulti untuk jaga modul..huk Hari minggu pulak balik rumah ke, hang out dengan kawan ke etc.
Secondly, aku nak beri peluang kat muka-muka baru. Yelah, cuba bayangkan kalau semua SMF stay, ok katalah 10 orang, so vacant position ada 7 je, itupun belum campur calon MPP yang kalah lagi - so, persaingan terhad diantara calon-calon TUNAS SMF yang bakal kami ambil pada minggu ini. Jadi, aku dengan rela hatinya menyerahkan kerusi aku kepada yang layak.
Thirdly, aku berharap sangat nak spend time untuk main boling padang dengan tenang dan fokus. Kata Pn. Haslah, semester depan beliau akan selalu ke Bayuemas, so beliau ada ajak aku. Semester ni pun ada sebenarnya, tiap-tiap hari Khamis, gerak pukul 5 and balik pukul 9 - tapi apakan daya meeting mingguan pulak hari Khamis. So, aku tak mampu nak bahagikan masa.
Fourthly, nak jugak merasa jadi peserta setelah sekian lama jadi organizer..hii, dapatlah evaluate kerja-kerja bekas colleagues time SMF dulu..
Fifthly, atas sebab akademik. Tak dinafikan sejak aku menyertai SMF, pelajaran agak terganggu. Tapi aku tak salahkan SMF, maybe sebab aku tak reti nak manage masa. So, aku berharap 2 semester yang tinggal ini, aku nak gunakan dengan sebaik mungkin untuk menaikkan balik pointer aku yang kini berada di aras 3.25.
Finally, atas personal reason. Ini tak boleh ceritalah, takut membuka pekung didada lah pulak.

So, itulah dia justification aku. Diharap jika ada taulan SMF yang terbaca, faham dan menghormati keputusan aku. Oraitlah, aku nak online fb jap..bubye

Friday, June 14, 2013

Kisah AKU n Syarahan Tahunan Ketua Setiausaha Negara Malaysia

Assalamualaikum kawan-kawan, hari ni telah berlangsungnya sebuah program yang berprestige tinggi organized by FSPPP, tempat dimana aku menuntut ilmu. Program tahunan ini yang diberi nama Syarahan Tahunan Ketua Setiausaha Negara Malaysia telah dihadiri oleh sejumlah besar VVIP yang aku pun dah mention dalam my previous entry. Sebagai seorang pemimpin pelajar FSPPP, aku berasa bangga sangat sebab fakulti kami mampu menganjurkan program yang gilang-gemilang ni..:-)
Aku sampai tadi dalam pukul 7.15 pagi - since student pun dijangka tiba dalam pukul 8.30 pagi. Waktu aku sampai, ada lah beberapa staff and amazingly aku lah student first yang sampai tadi, diikuti Abbas dan juga beberapa rakan from CASS.
Macam biasalah, event fakulti kami pun turut serta jugak dalam menjayakannya sebagai urusetia pelajar. SMF secara totalnya menguruskan protokol majlis. 
Aku asalnya in charge kat area lobby untuk memastikan flow student lancar, tiba-tiba ketua Biro Protokol, Pn. Hamizah menukarkan task aku untuk menjadi Liaison Officer untuk Encik Mohamed Ali B. Othman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Best jugak approach dengan orang-orang besar ni..hii
Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh VC UiTM, diikuti ucaptama oleh Dekan FSPPP. Waktu ni aku masuk la dalam jap, saja nak tengok student-student..:-)
Start je syarahan, aku pun keluar, tengok dari tv yang ada kat lobby tu.. Pic ni pulak student-student yang lambat..haish korang ni, cuba la tepati masa sikit. Aku pukul 7.15 dah tercongok kat situ, korang ni pukul 9.30 baru sampai..:-(
Since majority urusetia pelajar dan staff pun tak breakfast, kami pun berpeluang untuk makan makanan yang disediakan untuk VVIP..hii, biasanya inilah privilege yang kami sepatutnya dapat tapi biasa di condemn oleh student-student lain..
Waktu sesi penyerahan Suara Hati Mahasiswa dan QA Session, aku masuk jap - nak jugak dengar apa yang diorang tanya kat KSN tu..and rata-rata semuanya soalan bertaraf student universiti..suara hati pun semuanya matang - tahniah student FSPPP!!
Dalam pukul 11 pagi, program pun ditamatkan, VVIP menjamu selera diruangan makan - sementara student pulak maaf ye takde lunch, jangan salahkan urusetia pelajar pulak, sebab kami assist je kali ni - takde kaitan pun dengan bajet etc.
Bersama saudara Asyraf Hadi from CASS. Hari ni aku tak la pulak berkepit dengan si Joe and Pok Jad tu..maybe sebab task pun lain-lain - diorang bawah Biro Pengangkutan, aku pulak under Protokol.
Nak jugak lah gambar walaupun dengan orang lain..bukannya strangers pun si Acap ni, memang dah kenal lama sejak teambuilding kat Bentong lagi..:-)
So, privilige kami dapat jugak makan lunch yang disediakan untuk VVIP, tapi tadi aku tak makan pun sebab tak cukup pinggan..huk
Banyak lebih jugak breakfast tadi, so kami pun decide untuk sedekah kat Pusat Islam, hari ni kan hari Jumaat.
Saya pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian, course code - AM228 
Beberapa VVIP yang menunggu untuk pulang..huu, biasa lah nama pun VVIP mesti lah ada driver sendiri kan..hehe, untunglah..
Mendengar ucap tahniah from Dekan FSPPP, Prof Dr Zaliha Hj Hussin kepada semua jawatankuasa termasuklah urusetia staf dan pelajar.
Apa lagi jom lah blah..petang ni ada test CSC pulak..baru je tau tadi..
In conclusion, programKSN adalah penutup bagi program SMF pada semester ini. Dan untuk aku jugak, ianya suppose to be program terakhir yang aku join sebagai SMF sebab aku sudah pun bersedia untuk melepaskan jawatan aku kepada muka-muka baru. Technically, aku still lagi memegang jawatan ni sehinggalah keputusan PRK (dalam bulan 9 - awal sem depan) diumukan dengan MPP baru mengambil alih dan SMF dirombak. Ok lah, untuk cerita tu aku buat separate entri lah - tunggu je nanti. Till then, take care semua.