Tuesday, July 17, 2012

Kisah AKU n Summary BAS Pt. 2

Salam semua, nice day nampaknya hari ni. Redup je Bdr Sg. Buaya, tapi aku kat dalam rumah ni serius tak tau nak buat apa. Bukan apa, rumah buat major renovation and aku dok kat rumah sebelah sekarang (rumah jiran tapi dia dah pindah). Rindunya nak tengok Astro..huu. Nak keluar, kawan takde. Kereta pun macam nak tak nak je hidup. Sekejap ok sekejap tak. Kereta lagi satu tu memang tak berani lah aku nak bawak kalau tak dapat greenlight from ayah. So, daripada mengeluh nasib hari ni, adalah lagi bagus kalau aku update blog. Seperti semester-semester sebelum ni, aku akan ceritakan ringkasan perjalanan semester dua aku bergelar pelajar BAS (Bachelor of Administrative Science). Enjoy!!

Kita ikut kronologi eh..

a) March 2012
1. Check in rumah sewa, memulakan hidup sebagai mahasiswa UiTM bergelar student NR.
2. First time bawak CT100 kat area Shah Alam..huu, best2x
3. Ditabalkan tanpa kerelaan sebagai CR untuk BA2C, approximate member seramai 1-50 orang (mengikut subjek, sebab sistem di UiTM yang membolehkan student main pilih je kelas mana diorang nak masuk)
4. Kelab Badminton extend it membership. Ada beberapa orang shuttler baru join. Formation of mixed doubles, women singles dan juga several reformation kat men's double.

b) April 2012
1. Masuk selection untuk Tunas SMF FSPPP untuk EXCO Penempatan & NR. Ada 55 orang yang mohon, dan at the end organisasi ni cuma perlukan 14 student je.
2. Made a good relationship with several lecturer, huu. Masa ni memang aku fully applied Dato Irmo punya nasihat - cable, link etc. Sangat berguna.
3. Program Aman Kampus, saya mahasiswa yang sayang  dan sentiasa support Tok Jib!!
4. Teambuilding FSPPP and VCSP 1.0 G.L.E.E - one of the best teambuilding yang aku join sepanjang aku hidup kat muka bumi ni.
5. Melayakkan diri dalam shortlist 30 orang TSMF. Ada satu je lagi halangan untuk masuk SMF - the best 14.

c) May 2012
1. First time urus Modul untuk student FSPPP, salah satu kerja sebagai SMF adalah unutk menguruskan modul. Guess what, SMF FSPPP merupakan salah satu SMF terbaik di UiTM Shah Alam, maybe kerana SMF fakulti ini urus modul sendiri, compare dengan fakulti lain yang diuruskan oleh management.
2. Join Ijtimak bersama Mujahid dan juga Madrasah Al-Mustaqimah di Seri Petaling. 3 hari yang bermakna dan mengubah hidup aku. Tanggungjawab untuk kelas agak berkurang sikit - komitmen dilonggarkan. Sebab before aku pergi Ijtimak ni, aku memang kecewa dengan diorang. So, urusan kelas bukanlah sepenuhnya diabaikan tapi usaha aku tak sekeras sebelum tu.
3. Alhamdulillah, berjaya memasuki senarai 14 orang yang terpilih menjadi Tunas SMF. Insyallah, semester depan naik ganti senior.

4. First CDO bersama Tok Yong's Family.

d) June 2012
1. Bulan Presentation. Ada satu minggu tu, maybe minggu kedua - aku ada 3 presentation. Sedangkan waktu tu sibuk dengan CA, TSMF and Forum lagi..huu
2. First time menguruskan program di peringkat Universiti sebagai Pengarah Program untuk Pertandingan Forum Pemikiran Pemimpin Negara - bukan saja jadi PP tapi jadi Panelist jugak. Menambahkan lagi kegembiraan waktu tu - group Forum aku dapat nombor 2..huu
3. 2nd CDO bersama Tok Yong's Family

e) July 2012
1. Bulan peperiksaan. Macam biasa ada target but, semuanya biasa-biasa je. Tak harap banyak sebab semester ni aku admit banyak tak fokus sebab terlampau excited dengan benda lain. Wish me luck okay!!
2. Bye-bye FSPPP, jumpa lagi bulan 9 nanti
3. Balik rumah, huu.

Ouh, terlupa pulak. The best lecturer untuk semester ni - Prof Madya Haji Zulkifli B. Abidin.  Walaupun Prof tak ingat nama betul saya tapi saya tetap ingat nama Prof. Thank you Prof kerana telah banyak menurunkan ilmu pengurusan kat saya, Insyallah saya akan cuba gunakan dalam hidup. Kenapa aku pilih Prof ni? Sebab beliau tahu macam mana nak motivate student-studentnya, walaupun ada yang mengkritik caranya mengajar tapi bagi aku it's the best among other. Prof juga lecturer yang bagi recognition kat CR, dari asasi aku tak pernah tengok lecturer yang recognize tulang belakang kelas..huu. Katanya title CR tu patut kena tukar kepada "manager", supaya each CR sedar tugas diorang ni bukannya suka-suka but ianya seperti praktikal kearah menjadi manager yang bagus kelak. Kami selalu diskus tentang masalah kelas, fikir camne cara nak improve tapi macam yang Prof cakap - semuanya bergantung kepada kehendak student itu - kalau nak belajar, maka senanglah kita nak bimbing. Akupun berpendapat macam tu - cuma skop aku berkaitan komitmen. Sekali lagi, Thank You Prof Zul!!

In conclusion, semester dua sangat seronok. Banyak benda baru aku belajar and aku harap semester yang seterusnya aku akan dapat pengalaman yang lebih luas, bnyak dan tentunya, menarik..Untuk title CR, buat kali keberapanya aku cakap - aku dah tak nak!!

2 comments: