Sunday, January 6, 2019

Kisah AKU n Album Kahwin - Farid & Ija Solemnization @ Serkam

Assalamualaikum,

Petang ni aku nak berkongsi satu lagi album majlis pernikahan aku dan isteri di Serkam. Sebenarnya dah lama dapat album ni tapi baru sekaranglah ada masa nak menaip pun. Majlis dikediaman keluarga belah perempuan di Serkam Pantai, Melaka ini telah selamat berlangsung pada 10 November 2018. Dalam entri ni, I would like to share some gambar awesome yang diambil oleh our photographer from Naza Photography yang meliputi hari bersejarah kami ini..:-)
Sekitar jam 10 pagi, rombongan keluarga lelaki yang bertandang tiba diketuai oleh pengantin lelaki sendiri. Haha. Seingat aku time ni mak cakap apasal aku jalan laju sangat. Pastu aku reply "Tak sabar dah ni mak". Tu yang semua dok pakat gelak. Huu
Senyum nak menghilangkan nervous dihati. Huhu
My stunning wife, as always. Tapi time ni belum jadi isteri lagi..:-)
Menyempurnakan akad nikah sekaligus menghalalkan hubungan yang telah dibina sejak setahun perkenalan kami.:-)
Bacaan taklik oleh pengantin lelaki sejurus selepas penyempurnaan akad nikah. Boleh tidur pulak brader pakai baju hitam tu. Huhu
Lafaz sakinah yang dibaca oleh ibu pengantin perempuan kepada anaknya yang telah selamat dinikahkan dengan pilihan hati.
Upacara penyerahan mas kahwin dan juga membatalkan wudhuk oleh pengantin baru. Huu
Quick photoshoot diatas pelamin before proceed ke upacara makan beradab..:-)
Upacara makan beradab. Along tak menyabar minum air dulu. Haha
Walaupun dah kahwin, still mak yang cedokkan lauk. Huu
Potong kuihnya, potong kuihnya, potong kuihnya sekarang jugaaa~. Haha. Lagu sinetron Indon..:-p
Pengantin pun nak layan FB jugak. Tapi hat gambar ni memang gelak natural since aku pun tak ingat bila photographer tu snap moment ni. Bukan fake punya tau..:-)
Indoor photoshoot dalam rumah pengantin perempuan before melayani puluhan tetamu terdiri daripada rakan-rakan wife yang nak bergambar bersama. On behalf of Ija, thank you datang ye kawan-kawan..:-)
Family potrait bersama keluarga mertua sebelum meninggalkan majlis sebentar untuk sesi outdoor photoshoot..:-)
Sekitar jam 3 petang, kami berdua diiringi photographer tiba di The Riviera @ Pulau Melaka. Sebuah waterfront yang dibangunkan bagi tujuan pelancongan dan komersial which forming a part of mega project Melaka Gateway.
Merenung masa depan kebahagiaan yang bakal dicipta sebagai suami isteri. Amin In Sha Allah.
Cik, minta maaf. Sini tak boleh duduk tau..:-p
Can't take my eyes on you, my dear..:-)
Pakai wedges pun still terserlah kecomelan wife aku ni..:-)
Banyak lagi gambar yang ada, tapi setakat sini jelah yang aku boleh share. Rasanya ada dalam 500+ jugak dalam softcopy DVD yang diorang bagi sebagai tambahan untuk photobook dan juga sebuah frame gambar yang dah selamat aku gantung dalam bilik tidur kami..:-)

That's the wrap untuk entri petang ni. Nak tidur sekejap, maklumlah masuk tahun baru ni aku pun dok ikut kerja half day Sabtu jugak. Hari Ahad je lah nak rehat all out pun. Aipp, jangan mengeluh. Tu kan tanggungjawab suami. Nak pahala tak? Huu 

P/S: Layan balik Battlestation Pacific. Memang terbaik!

Tuesday, January 1, 2019

Kisah AKU n 2019 Resolution

Assalamualaikum 2019,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2019. Tahun 2018 seperti yang dijangka telah memberi banyak cerita suka dan duka kepada aku. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Mei 2019 ni genap tahun kesembilan aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah nak dekat 10 tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat. 

Kerjaya: Ogos 2019 bakal menjadi tahun ketiga aku di Quatriz dan MTD GroupTahun lepas kerjaya aku kat sini bercampur baur. Sedih sebab been denied promotion dan increment, happy pulak sebab dapat explore duty baru at my new department. Diharap tahun ni aku dapat lah a deserved recognition dan reward yang setimpal dengan usaha yang aku curahkan kepada syarikat.

Aset: Repeating azam tahun lepas yang failed disebabkan external issue yang tak settle-settle, tahun ni aku akan try lagi untuk secure unit rumah yang aku duduk sekarang. As for now, owner tu bagi stay dulu sementara nak menunggu geran settle. Hopefully cepatlah sikit prosesnya. Dah lama aku dok tunggu ni. Huu

Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan juga suami yang awesome untuk family yang baru sahaja aku bina bersama Ija..:-)

Haa, itulah azam aku untuk tahun 2019 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab baru yang akanku tanggung dalam mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Monday, December 31, 2018

Kisah AKU n Memories 2018

Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2018 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2018 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2018 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2018 aku. 

January
Menghadiri Kursus Pra Perkahwinan bersama cik tunang di Bandar Tasik Selatan..:-)

February
Nothing

March
Nothing

April

Unplanned trip di Port Dickson with Brotherhood UiTM Shah Alam. Aku ingat lagi malam tu asal nak lepak dekat rumah diorang je, last-last malam tu jugak gerak pergi PD. Tido dalam kereta yang tak menahan tu. Huhu 

May
Mengundi buat kali pertama. Tak tahulah betul ke tak keputusan aku memilih PH ni. Tengok dan hadap je lah. Apa boleh buat dah pangkah. Haha

June
Nothing

July
Nothing

August

1 Ogos 2018 marked my 2 years of service with MTD Group. 

September
Heavily involved with the launching of the first batch of RFID Fitment Center, terutamanya our flagship di KESAS R&R Awan Besar.
Mini Reunion budak-budak Sains Pentadbiran Batch 2011 di Polperro Steakhouse @ Shah Alam.

October
1 October 2018 - transferred from Business Development Department to Fitment Center Operation (FCO) Division. One of the most important highlight dalam career aku after hampir dua tahun setengah dalam bidang Business, finally aku diberi peluang exploring other function didalam syarikat. Yang lagi manisnya, best friend aku si Afiq ni pun berjaya diserapkan dalam FCO jugak as Area Supervisor.
Quick retreat di Melaka bersama Brotherhood UiTM Shah Alam. Best lepak kat dalam kapsul hotel tu. Kami banyak food hunting je selama dua hari kat sini..:-)
Seminggu lepas bercuti di Melaka, aku ke Krabi pulak bersama Brotherhood Sungai Buaya. This is our second trip ke Krabi together, cuma kali ni we decided to drive all the way from Sungai Buaya to Krabi. A very fantastic three days trip..err, bachelor trip with the boys before aku jadi laki orang. Huhu
Jaga booth disamping dapat jumpa Menteri di The 10th Malaysian Road Conference & Exhibition @ Sunway Pyramid Convention Center.

November
Masuk rumah sendiri. Huu
10 November 2018 - bernikah dengan gadis pilihanku, Ija dalam suasana majlis yang simple yet memorable di Serkam Pantai..:-)
17 November 2018 - Majlis resepsi di Dewan Udaimatunnur Bukit Beruntung, Rawang. 
Honeymoon di Cherating. Tak banyak sangat aktiviti laut dapat buat since musim tengkujuh kat Pantai Timur time tu. Tapi okaylah, asalkan dapat spend time dengan cik isteri ni..:-)

Happy 26th Birthday, Mr. McBride! Syok eh tahun ni celebrate dengan wife. Dapat makan Mee Tarik, dapat tengok Bohemian Rhapsody, dapat Portable Karok Mic, and yang paling penting dapat melenjan cik isteri. Haha. Cb sungguh..:-p
December
 23 Disember 2018 - my bestfriend Joe pun menamatkan zaman bujang dia. Aku dan tiga orang rakan lagi ke Pengkalan Hulu, Perak bagi sama-sama meraikan hari bersejarah kawan kami ni. Huu. Alright, now kita komen sikit my 2018 resolution. Acane tu, okay ke idok?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2018 merupakan tahun kelapan aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post (including this entry) sama dengan tahun lepas - 92. Okay apa, takde pengurangan pun.
  2. KerjayaAzamnya nak entitled to promotion dan increment. Sadly, the Group denied my promotion dan yearly increment untuk tahun ni. Tak tau lah nak cakap apa, sedangkan aku fulfilled all my KPIs. Cuma yang berubah dari segi skop kerja, I'm no longer doing BD kat sini and taking new responsibility dalam FCO.
  3. AsetStill got some problem since isu tanah dekat Sungai Buaya ni belum settle. 
  4. FamilyNo quick vacation untuk tahun ni. Boleh faham kot since tahun ni aku dalam mode mengumpul duit. Maklumlah nak kahwin dah kot..:-P
  5. Pasangan: Alhamdulillah, November lepas aku telah selamat disatukan dengan Cik K. Terima kasih pada semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis kami baik di Serkam ataupun di Rawang. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
            Dari 5 azam yang aku set, dua je yang achieved. Aku nak simpulkan yang azam tahun 2018 aku ni tak berapa nak dicapai sangat. Apa boleh buat, dah makan gaji. Hadap je lah. Orang bayar gaji on time pun dah kira bersyukur. Haha. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2018 ni and of course I'm expecting 2019 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.