Sunday, January 6, 2019

Kisah AKU n Album Kahwin - Farid & Ija Solemnization @ Serkam

Assalamualaikum,

Petang ni aku nak berkongsi satu lagi album majlis pernikahan aku dan isteri di Serkam. Sebenarnya dah lama dapat album ni tapi baru sekaranglah ada masa nak menaip pun. Majlis dikediaman keluarga belah perempuan di Serkam Pantai, Melaka ini telah selamat berlangsung pada 10 November 2018. Dalam entri ni, I would like to share some gambar awesome yang diambil oleh our photographer from Naza Photography yang meliputi hari bersejarah kami ini..:-)
Sekitar jam 10 pagi, rombongan keluarga lelaki yang bertandang tiba diketuai oleh pengantin lelaki sendiri. Haha. Seingat aku time ni mak cakap apasal aku jalan laju sangat. Pastu aku reply "Tak sabar dah ni mak". Tu yang semua dok pakat gelak. Huu
Senyum nak menghilangkan nervous dihati. Huhu
My stunning wife, as always. Tapi time ni belum jadi isteri lagi..:-)
Menyempurnakan akad nikah sekaligus menghalalkan hubungan yang telah dibina sejak setahun perkenalan kami.:-)
Bacaan taklik oleh pengantin lelaki sejurus selepas penyempurnaan akad nikah. Boleh tidur pulak brader pakai baju hitam tu. Huhu
Lafaz sakinah yang dibaca oleh ibu pengantin perempuan kepada anaknya yang telah selamat dinikahkan dengan pilihan hati.
Upacara penyerahan mas kahwin dan juga membatalkan wudhuk oleh pengantin baru. Huu
Quick photoshoot diatas pelamin before proceed ke upacara makan beradab..:-)
Upacara makan beradab. Along tak menyabar minum air dulu. Haha
Walaupun dah kahwin, still mak yang cedokkan lauk. Huu
Potong kuihnya, potong kuihnya, potong kuihnya sekarang jugaaa~. Haha. Lagu sinetron Indon..:-p
Pengantin pun nak layan FB jugak. Tapi hat gambar ni memang gelak natural since aku pun tak ingat bila photographer tu snap moment ni. Bukan fake punya tau..:-)
Indoor photoshoot dalam rumah pengantin perempuan before melayani puluhan tetamu terdiri daripada rakan-rakan wife yang nak bergambar bersama. On behalf of Ija, thank you datang ye kawan-kawan..:-)
Family potrait bersama keluarga mertua sebelum meninggalkan majlis sebentar untuk sesi outdoor photoshoot..:-)
Sekitar jam 3 petang, kami berdua diiringi photographer tiba di The Riviera @ Pulau Melaka. Sebuah waterfront yang dibangunkan bagi tujuan pelancongan dan komersial which forming a part of mega project Melaka Gateway.
Merenung masa depan kebahagiaan yang bakal dicipta sebagai suami isteri. Amin In Sha Allah.
Cik, minta maaf. Sini tak boleh duduk tau..:-p
Can't take my eyes on you, my dear..:-)
Pakai wedges pun still terserlah kecomelan wife aku ni..:-)
Banyak lagi gambar yang ada, tapi setakat sini jelah yang aku boleh share. Rasanya ada dalam 500+ jugak dalam softcopy DVD yang diorang bagi sebagai tambahan untuk photobook dan juga sebuah frame gambar yang dah selamat aku gantung dalam bilik tidur kami..:-)

That's the wrap untuk entri petang ni. Nak tidur sekejap, maklumlah masuk tahun baru ni aku pun dok ikut kerja half day Sabtu jugak. Hari Ahad je lah nak rehat all out pun. Aipp, jangan mengeluh. Tu kan tanggungjawab suami. Nak pahala tak? Huu 

P/S: Layan balik Battlestation Pacific. Memang terbaik!

No comments:

Post a Comment