Saturday, January 19, 2019

Kisah AKU n Biztrip @ Singapore

Assalamualaikum,

Boring pulak petang ni, aku ada je kat rumah. Tapi wife tak ikut balik since dia kerja Isnin depan. Aku pulak cuti hari Thaipusam tu, so katanya nak stay dekat Bukit Jalil je. Merasa lah jugak jadi bujang dua tiga hari ni. Huhu. Okay, petang ni nak story sikit pengalaman aku mengiringi Executive Director kami ke Singapura untuk business trip bersama our partner, Mitsubishi Heavy Industries pada Khamis lepas. Nama projek dirahsiakan, since this is P&C matter. Dah signed OSA form, karang tak memasal kena jail pulak..:-p
Seawal jam 3 pagi aku dah bergerak ke TPM dari Rawang, our plan is to drive untuk ke Singapore. For this trip, aku ditemani our FC Manager, Izuwan yang sudi offer untuk memandu. Katanya time ke Johor bulan depan untuk soft launch FC, turn aku pulak drive. Huu. Kami sampai Tuas Checkpoint sekitar jam 8.30 pagi, crossed the border around 9. From there, we make our way to MHI Regional HQ di Beach Road. Pn Zihan pulak amik flight awal pagi dari KLIA, plannya jumpa kat sana je.
Merasa jugak tengok ERP MLFF (Multi-Lane Free Flow) gantry yang real punya, Quatriz ada buat prototype development untuk gantry macam ni dekat dalam compound TPM. Thanks to our long term strategic partnership dengan MHI, to date kami merupakan the only Malaysian company yang ada kepakaran dalam sistem MLFF ni..:-)
MHI Regional HQ di The Gateway Tower, Beach Road. Just for you guys punya information, takde gambar boleh diambil as soon as you guys entering inside. As mentioned before, this project is highly confidential. 
Commercial meeting started at 10am, dismissed sekitar jam 12.30 for lunch break. 2.30pm - kami terus dibawa ke R&D Center di Tuas untuk technical and product briefing. Macam tadi, kat sini pun tak boleh snap gambar. In fact, even gambar produk tu pun kami tak boleh ambil apa-apa dokumentasi.
Sekitar jam 4.30 petang, kami dibawa pula ke Testing Site, just a walking distance from R&D Center untuk demonstration and simulation sistem yang sedang dibangunkan. Memang canggih betul, jealous aku tengok. Memang berbeza benorlah dengan sistem kat Malaysia ni. Haha
With the end of live demonstration from MHI at Tuas, our business trip concluded. Kami hantar Pn Zihan ke hotel penginapannya, Village Hotel Albert Court yang terletak di Albert Street. A very beautiful place, sesuai dengan harga satu malamnya yang bernilai tidak kurang dari 150SGD. Huh, nak dekat RM500 bhai! Aku dengan Izuwan pulak memang tak bercadang nak bermalam kat Singapura since esok paginya kami ada site visit dekat JB. 
After Maghrib, kami ada quick meeting dekat lobi hotel. Nak dekat jam 9 malam jugak habis discuss. Biasalah, banyak benda nak kena take note after business trip ni. Takut terlupa, tu yang terus jumpa. Huhu
Malam tu kami keluar cari port makan je. Nak melawat tempat menarik pun semua dah takde energy after seharian meeting. Ni tengah dok tunggu cab. Karang drive mau sesat pulak dalam ni. Dah lah kat sini traffic light tricky sikit..:-p
Masjid Sultan di Arab Street, Kampung Gelam ini dibina oleh Sultan Hussein Shah pada tahun 1824 shortly selepas mendapat pampasan ekoran penyerahan Singapura kepada British tahun 1819.
Orang kata bila datang Singapore kena try makan kat Restoran Zam-Zam ni. Apa yang best kat sini?
Dibuka sejak tahun 1908 dengan mengekalkan resepi dan seni bina asal, this is the place of the famous Murtabak Singapore. Untuk malam tu kami order Murtabak Ayam, Murtabak Daging dan satu pinggan Briyani Kambing for our dinner. Total damage 20SGD! Tak dinafikan, negara ni memang quite pricey compare to our beloved Malaysia. Huhu
Selfie seround dengan bos. Seronok betul bila dah shift department ni, banyak berjalan je. Haha
Selfie berlatarbelakangkan The Gateway Tower. Muka tak boleh blah..:-p
The Gateway Tower from Arab Street.
Sekitar jam 11.30 malam, aku dan Izuwan tiba di Woodland Checkpoint untuk keluar dari Singapura menuju ke Johor Bahru. Ingatkan time-time gini tak banyaklah kereta, boleh tahan pack jugak.
12.30am - We reached JB dan decided untuk bermalam di New York Hotel, memang best bilik ni. Dah lah luas, fasiliti pun lengkap..:-)
Farid dan cermin besar memang tak dapat dipisahkan. Ni snap senyap-senyap sementara si Izuwan tu mandi..:-p
Breakfast seawal jam 9 pagi, provided by the Hotel. Kami check out dalam pukul 12, misi seterusnya ialah buat site recce dekat JB ni as a result of the meeting dengan MHI a day before.
Tengok jam pun dah nak masuk Zohor, kami berdua singgah untuk solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee. Kat sini;ah aku sesat time ORT nak open Fitment Center Johor dulu. Haha
Tinjauan bermula sekitar jam 2.30 petang. Kami meluangkan masa melawat beberapa kedai aksesori kereta bagi tujuan projek ini. Memang susah sikit nak approach, sebab Rambo je datang takde buat appointment apa. Yang menyulitkan lagi bila kita takde pun physical product tu. Sudahnya buat simple illustration, Izuwan plan nanti nak buat dummy model je, senang sikit. Huu
Alang-alang ada kat Johor, kami melawat existing FC site kami dekat Desa Tebrau. Business quite slow awal tahun 2019 ni. Bukan kat Johor je, kat Lembah Klang lagi dropping drastically. Hopefully can regain balik momentum macam last year. Amin In Sha Allah.
Sekitar jam 4.30 petang, kami keluar dari Skudai menuju pulang ke Kuala Lumpur. Singgah makan dekat R&R Machap dan sampai office tepat jam 8 malam due to heavy traffic di Sungai Besi. Since wife pun kata dia stay sini, aku plan nak balik je malam tu. Tapi tu lah, walaupun lemau after long journey, dilema jugak sebab ada weekly badminton game dengan colleague..:-p
Sudahnya, terus call Sepon mintak tumpang nak ke port biasa. Nasib baiklah dia tak gerak lagi. Kalau tak berkicap jugak nak drive ke Puchong Utama tu.
Nampak betul muka lemau tu, tapi demi lemak yang wajib dibakar ni aku relakan je. Haha. Asalnya Helmi booked satu jam, tapi nampak aku datang, siap bawak Azhar dengan Afiq. Tu yang menambah lagi sejam. Huhu
Habis badminton dalam pukul 12, post mortem sekejap sekali dengan collect fees. Lepas tu terus sambung melepak dengan brader dua orang ni dekat Al-Madina Esplanade sampai jam 3.30 pagi. Si Dolah ni kata every week dia boleh datang sini. Haa, eloklah tu..:-)
Tidur kat office, pukul 8 pagi kitorang cabut balik ke Rawang. Kebetulan Afiq tak kerja hari ni. Singgah pekena Nasi Lemak sambil melepak kat R&R Sungai Buloh. Dah lama tak makan beb! Rasanya ada nak dekat dua bulan jugak.

That's the wrap untuk entri petang ni. My first oversea business trip with Quatriz after nak dekat tiga tahun berkhidmat. Hopefully more to come lah ye. Huhu.

P/S: Hari ni Newcastle lawan Cardiff. Come on guys, tolonglah menang. Tak nak lah relegate lagi. Sedih. Sobs

No comments:

Post a Comment