Monday, January 14, 2019

Kisah AKU n Sepetang @ Taman FRIM Kepong

Assalamualaikum,

Malam ni aku terasa nak share aktiviti hujung minggu yang aku spend dengan my dearest wife ni. Maklumlah dah Sabtu dia kerja, automatically kitorang pun ada kat luar rumah. Ada lah merayau sikit lepas aku pickup Ija. A very quick and green activity, nak tau? Silalah scroll kebawah lagi..:-)
Minggu lepas Internal Audit bermula, bersyukur jugak tak clash dengan site visit dan ORT. Dapatlah aku fokus untuk melaksanakan proses penting ISO ni. At least ada masa sikit untuk buat corrective action nanti before SIRIM datang bulan Mac nanti.
Jumaat lepas merupakan minggu kedua aku join rakan-rakan Quatriz berbadminton. Memang elok sangat pun, takde kepishangan aku kat ofis every Friday night. At least adalah aktiviti mengeluarkan peluh sikit kan. Sekarang ni aku dah jadi muka regular kat sini, aku pulak yang over dok ajak orang main. Huhu
Arief dan Nik pun join jugak. Bukan diorang je, habis aku heret si Azhar, Hazim dengan si Afiq tu sekali. Malam tu nak dekat 12 orang jugak yang main. Sudahnya booked dua court, senang cite..:-p
Memang puas hati betul! Dah lama aku tak main straight empat set. Permainan pun nampak dah okay, dah ada rythm sikit. Mungkin sebab faktor main every week kot. Dulu, main tiga bulan sekali. In Sha Allah, kalau takde aral memang aku join..:-)
Yang diorang ni lepak minum kat sini, aku pulak chose to balik since ada benda lain lagi nak buat. Nasib baik Afiq bawak kereta kesini, so aku balik ke Puncak Jalil dengan dia together with Azhar dan Hazim
After dua bulan setengah tak bersua muka, kami bertiga melepaskan rindu dengan melepak dari pukul 12 sampai nak ke 3 pagi kat Al-Barkath Jalil Link. Of course, memang banyak benda yang kami sembangkan malam tu. Terasa macam orang bujang pulak. Huhu
Since Afiq pun kena bertugas dekat FC Awan Besar esoknya, dia pun join aku tidur kat office. Kebetulan memang standby controller ni, adalah buat aktiviti zaman belajar sikit. Hihi
Sabtu - Pick up budak ni around jam 1 petang. Macam biasalah cari port lunch before balik Rawang. Kebetulan family kawan office Ija ada buat soft-launch kafe baru diorang dekat Kepong. Wife pulak dok mengajak sepanjang perjalanan tu, aku pun turutkan je lah. Memang banyak makanan - Laksa Utara, Lempeng, Roti Jala, Mini Sandwich, Sausage Roll dan macam-macam lagi lah. Bukan main syok bini aku ni dok try semua..:-P
Yang bestnya, kafe tu terletak didalam compound Taman Botani Kepong @ FRIM. Nak menambahkan lagi suasana hutan, it's strategically located dikawasan berhampiran Sungai Kroh Waterfall.
Lepas puas makan, kami berdua kekawasan air terjun. Just a walking distance from kafe, less than 100m je. 
Selfie sikit cik abang. Aku tu muka mengantuk sebenarnya, huu. Dah melepak sampai pukul 3 pagi, tu belum campur menyembang dengan Afiq lagi kat office. Sudahnya nak pukul 4 baru dua-dua ketiduran. Haha
Celup kaki je. Walaupun ada seluar pendek dalam kereta, tapi sebab mengantuk punya pasal. Next time lah kalau nak berkubang kat sini pun..:-)
Cik isteri bergambar bersama air terjun yang comel ni. Kat atas ada cascade lagi sebenarnya, tapi cukuplah hat sini je. Karang elok datang kering, balik habis pakat lenjun pulak..:-p
Snap gambar satu buat kenangan. Aku duduk Utara KL ni nak dekat 20 tahun dah, tapi tak pernah masuk lagi Taman FRIM ni. Haha, sedih..:-p
Sekitar jam 4 petang, kami berdua bergerak meninggalkan kawasan hutan yang hijau ni. Alang-alang dah kat Kepong, memang aku balik lalu jalan dalam je. Sejak kahwin ni, dah lama aku tak lalu Rawang Bypass tu. Kenangan masa balik kerja time bujang. Hihi

Itu je kot cerita malam ni. Okaylah nak tidur, esok ada meeting dengan KKR. Dah tu awal pagi pulak, confirm 6 pagi aku nak kena cabut dari rumah ni. Nak pergi satu hal, parking pun masalah negara jugak kat situ..:-p

P/S: Semalam Newcastle kalah dengan Chelsea. Takde luck nak draw, elok 90 minit perform. Sekali si Chelshit tu boleh goal last minute. Tapi kalau perform macam ni every week, In Sha Allah boleh survive EPL tahun ni. Howay The Lads!

No comments:

Post a Comment