Monday, October 6, 2014

Kisah AKU n Matrikulasi Gopeng

Assalamualaikum,

Hari ni aku berpeluang menghantar adik aku pulang ke Gopeng. Jumaat lepas dia balik sekejap sampailah Isnin tadi untuk cuti Raya Aidil Adha. Perjalanan dari Rawang ke Gopeng, mengambil masa 1 jam setengah, itu pun kalau jalan tak sesak. Ni lah first time aku dapat drive nak hantar adik aku ni.
Kami bertolak pada pukul 7.20 pagi, dan tiba di RTC Gopeng kira-kira pukul 8.50 pagi. Asalnya hari ni aku co-driver je, tapi tiba-tiba ayah minta aku yang drive pergi balik..:-)
Breakfast dulu kat sini. RTC Gopeng ni dibuka dengan kemudahan yang pelbagai. Ada banyak pejabat agensi-agensi kerajaan, MYDIN Mall, Agro Bazaar yang diletakkan dibawah satu bumbung, dikenali sebagai AgroMall Gopeng.
 Belanja selfie sikit..huhu
Sampai jugak kat Matrik Gopeng ni. Selalu dengar, tapi tak pernah datang. Sekali tengok, dah macam SBPI Rawang pulak and of course, bila tengok gambar ni lagi lah ingat macam adik aku ni still lagi belajar kat SBPI tu, dengan ada sentri nya kat pintu masuk..pfftt
Sebelah Matrik ni ada satu lagi pusat pengajian. iGop namanya, call sign for SBPI Gopeng. Sebelah-sebelah je, siapa yang dulu study kat iGop ni, pastu matrik sambung kat KMPk ni memang boring gila lah..haha
Ni lah meja adik aku. Rajin betul kalau tengok meja..haha. Aku dulu atas meja, ada lah buku 3-4 bijik - yang penuhnya dengan laptop, headphone, controller..lol
Dulu time dia ni study kat SBPI, aku tak pernah masuk pun dorm dia. So far kat sini, memang lebih kurang dengan IPTA lain, standard hostel room. Takde apa yang special pun, room placement still old school as compared to Kampus Seremban III yang ala-ala moden kontemporari gitu..:-)
Sementara tunggu adik aku ni mengemas, aku take a walk sikit area situ. Kecik je kolej ni rupanya, nampak agak padat - tak tahu lah bila kolej ni full house dengan residen.
Aman je kat sini. Oh lupa pulak nak inform, adik aku ni duduk kat Kolej Seri Ipoh and kat KMPk ni dia amik jurusan Sains Fizik.
Tengok tu budak pandai buat notes. Kalau aku memang dalam mimpi je lah..huu, rasa-rasa dalam mimpi pun takde nya aku nak buat notes kaler-kaler ni..haha
Dalam pukul 10.40 pagi aku bergerak meninggalkan Gopeng, dan menuju ke Rawang. Jalan ada sesak sikit dekat Sungkai, and aku tiba kira-kira dalam pukul 12.30. Isi minyak sebab esok nak ke Shah Alam pulak, nak amik transkrip degree

Erm, tu je lah cerita hari ni. Masih berharap yang aku akan menamatkan zaman pengangguran aku dalam bulan 10 ni. Wish me luck tau!

Sunday, October 5, 2014

Kisah AKU n Aidil Adha 2014

Assalamualaikum, disini aku dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2014 ini kepada muslimin dan muslimat. Semoga raya qurban tahun ini diisi dengan aktiviti bermanfaat dan juga setiap pengorbanan yang kita lakukan, baik kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain itu disertai dengan rasa tawadhuk dan juga tulus dari hati kita. In Sya Allah. Baiklah, entri hari ni macam biasa lah, nak jugak share sambutan Aidil Adha family aku tahun ni.
Asalnya plan nak balik kampung raya ni, tapi kakak aku kerja pulak esok. So, ayah terpaksa lah cancel perancangan tu.
So, pagi raya tadi kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidil Adha kat Surau Mawarsari ni. Baru je siap tahun ni, tak sila aku Ramadhan baru-baru ni. Ramai jugak jemaah tadi sampai penuh saf dari depan sampai belakang, aku ingatkan yang datang 2-3 saf je.
Mengajar bro ni bawak motor. Haish, aku dulu Form 4 dah rempit motor C70 ayah tu..:-)
Haha, rambut cam cibai. Ni lah dinamakan the perfect "chicken butt" hair style. Gaya rambut ni aku pakai sejak kecik kot, tak pernah tukar-tukar..huu
 Serba putih semuanya..:-)
Aku je sesat hijau..haha. Nak buat mcam mana, jubah ni je yang mantap sikit dengan badan aku..:-p
Tahun ni mak masak simple je, sebab mulanya tak expect nak raya kat rumah pun. Ada Briyani, berserta lauk rendang daging, ayam masak kicap, dan juga kari kentang. Ada jugak beli lemang dua batang semalam..:-)
Si anti-sosial ni tak habis-habis dengan Clash of Clan nya. Aku main jugak dulu, ada lah dalam dua minggu. Pastu henset pulak hilang..sobs
Kakak aku tu beat aku dulu dari segi employment. Dia sekarang ni berkerja sebagai Administration Executive kat Bangsar. Adik dia ni menganggur lagi..huk
Semenjak duduk rumah ni, semakin berisi dah body aku ni. Tapi yang peliknya, berat maintain 55 kg. Maybe Rushfit main peranan kot..huu 
Ayah aku join sembelih lembu dan kambing tadi, aku takde lah pulak nak join since si Faris tu mintak tolong repair laptop dia. Tahun ni pulak, takde sedara mara yang datang rumah, since diorang pun balik kampung. So, kami raya satu family je lah.
Okay lah, menutup entri Aidil Adha 2014 ni, sekali lagi aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan diredhai Allah dan untuk kita yang masih belum berkesempatan ni, semoga hiudp kita sentiasa diberkat dan juga diberi peluang untuk menyambut seruan Haji pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.

Thursday, October 2, 2014

Kisah AKU n His-Story

Assalamualaikum,

Malam semalam aku sempat menonton satu segmen kat National Geographic Channel iaitu Apocalypse - The Rise of Hitler. Actually dah lama tak tengok cerita macam ni, sebab kat History Channel dah berlambak segmen yang takde or minimal relation dengan sejarah. Cerita macam Pawn Star, The Pickers, King of Restoration  tu memang ada kait sikit, but seriously Ancient Aliens, Mountain Men, Appalachian Outlaws? What the hell dengan segmen-segmen ni, macam takde function je - tak pun salah masuk channel kot? Ada aku tertengok haritu cerita Ancient Aliens tu, ada ke lalat sekarang ni yang dok terbang kat area rumah kita ni dikatanya cucu Alien..haha, gila betul orang Amerika ni..lol
Bila tengok dokumentari pasal Hitler tu semalam, teringat pulak zaman sekolah dulu ketaksuban aku dalam mempelajari the art of history ni. Waktu Form 1, Sir Aru kata aku "The Son of Herodotus" sebab ilmu sejarah aku yang tinggi jugaklah time tu. Bayangkanlah, waktu aku Darjah 4 dah senyap-senyap amik buku Sejarah SPM Acu Nani kat kampung..huhu. Aku sangat tertarik dengan sejarah, even sampai sekarang pun. Form 5 pulak selalu challenge Cikgu Kamal dalam kelas, haha..memang pelajar tak berguna lah aku ni. Dengan cikgu pun buat macam tu. I remember how Punithen, my classmate yang asalnya minat kimia but later sambung law kat BAC sekarang, atas influence aku yang encourage dia untuk berdebat dalam politik, sejarah..huu. Yang gambar atas ni pulak - ialah koleksi "buku" yang aku buat pada tahun 2009 and dalam entri hari ni, aku akan dedahkan isi-isinya. 
Ini yang second aku keluarkan..huu - History of World War 2 & Napoleonic War. Dalam 4 buku yang ada, aku paling sayang yang ni lah. Buku ni diinspirasikan from World War 2 Lost Film from History Channel.
Dalam buku ni ada military quote yang dikumpul sejak era the Great Roman Empire sampailah Perang Dunia Kedua. Quotes dalam ni semuanya datang from either military tactician, leader dan juga commander yang terkenal dalam sejarah ketenteraan dunia ni.
And of course, dalam buku ni aku meletakkan fakta-fakta yang simple dan mudah difahami oleh aku sendiri..haha, since sejarah ni kalau kita nak korek - memang dalam isinya. Betul tak? Fakta-fakta kesemuanya dalam bentuk point untuk menyenangkan mata as compared to esei.
Sebagai student Geografi, we're being expected by Cikgu untuk menghafal peta dunia. Seingat aku, Cikgu Rokiah ajar kami untuk start hafal peta Malaysia dulu, pastu Asia Tenggara , benua-benua lain dan kemudiannya - the whole. Kesannya, sekarang ni aku mampu untuk sketch peta dunia tanpa any reference, just what like I did dalam kelas Global Affairs kat UiTM dulu..hehe
Haa, ni pulak my third - Battle of Balaclava - The Charge of The Light & Heavy Brigades and The Thin Red Line". Inspirasi untuk buat buku ni datangnya lepas aku menonton segmen berkaitan dengan the disastrous charge of The Light Brigade kat History Channel.
Bukak je buku ni, ada the famous poem by Alfred Tennyson berkaitan dengan pertempuran ni iaitu The Charge of The Light Brigade. I used to memorize this poem yang menjadi "battlecry" aku time SPM dulu..huu.
Ada simplified map yang aku buat tentang pergerakan tentera pada battle tu. Actually, this battle sangat interesting, the tactic, movement, and even the commander. Kalau korang yang perempuan ni nak tau, kardigan yang korang selalu pakai tu sebenarnya dipakai oleh seorang komander British yang bernama Earl of  Cardigan yang memakai standard army jacket tapi ada bukaan kat depan and diikat dengan tali. :-)
And macam biasa lah, fakta ringkas dalam bentuk point.. Compared dengan buku yang first, yang second ni nipis sikit sebab dalam ni cuma cerita pasal satu battle je, yang first tu dua perang besar sekali.
Ni pulak yang keempat - The Strategies & Tactics - Battleplan Manual. Dalam buku ni as usual ada nota ringkas, ada penerangan tentang tactics yang digunakan komander tentera such as Double Envelopment, Frogleap, Blitzkrieg, Hammer & Sickle dan banyak lagi.Ada jugak grafik tentang bagaimana taktik tu dilaksanakan. Yang ni pun nipis jugak sebab dah nak SPM time tu..haha, bayangkan budak-budak lain semua struggle study fizik, kimia semua..aku boleh spend time belajar sejarah lagi..tu yang habis teruk semua subjek sains stream aku..lol. Buku ni diinspirasikan from segmen The Battleplan from History Channel.
And finally, ini lah titik permulaan yang bagi aku inspirasi untuk buat buku-buku yang aku dah mentioned kat atas tadi. "Heroes Of The Pacific - U.S.S Enterprise" ialah the buku first yang aku keluarkan pada tahun 2008, shortly after habis final exam Form 4. Idea datangnya nak buat mini-novel ni bermula ketika aku sedang menonton Battle 360 - U.S.S Enterprise, sebuah segmen 10 episod yang dikeluarkan History Channel berkisar tentang the U.S Navy last aircraft carrier ketika bermulanya Perang Dunia Kedua di Pasifik.
Asalnya ia sebuah dokumentari dengan grafik 360 darjah yang detail, ditambah dengan input oleh veteran-veteran yang berkhidmat dengan kapal tu dan juga some of military and history experts. Aku menggunakan input-input ni lah untuk menceritakan perjalanan seorang navy pilot yang akhirnya menjadi war hero ketika perang tu dan nama hero tu tak nak kalah beb, Lt. Cdr. Fred McBride...hahaha. Kat atas ni chapter-chapter yang ada, 10 semuanya menggunakan input yang reliable, tapi penceritaannya diolah dengan style aku sendiri.

So kawan-kawan, itu lah dia. 4 koleksi my hand-made books and I'm very proud of it. A pieces of my history yang aku akan proudly cerita kat anak cucu aku nanti. Dalam hidup ni kita mesti ada passion, satu benda yang kita enjoy dan kita tak rasa rugi pun and for me - History is my passion and it always will be.