Monday, February 3, 2025

Kisah AKU n Happy CNY 2025

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak berkongsi cerita cuti Raya Cina 2025 ni. Sebenarnya takdelah menyambut sangat, dah diorang cuti. Aku pun cuti lah. Haha
Hari Selasa tu aku dan family memulakan perjalanan ke Selatan kira-kira jam 7.20 petang. Saja nak test hipotesis aku. Orang cina ada reunion dinner, so most likely kurang sikit kereta, hence jalan tak jem.
Seperti yang dijangka, less than three hours kami dah sampai Melaka. Kami tak menyinggah makan malam pun since ipar cakap kedai makcik depan rumah tu bukak. Tu yang sampai je terus melayan Mi Bandung yang marvelous ni. Huhu
Hari Rabu duduk rumah je sambil tengok bebudak ni menolong cuci rumah. Maklumlah minggu depan ada majlis besar kat sini.
Khamis tu Fariq join sepupu-sepupu yang lain ke Tampin, rumah parents Zed. Satu hari jugak diorang kat sana. Iman tak join, bangun lambat punya pasal. Since adik manis ni sorang hari tu, moh le kita ke pasar malam Serkam Darat.
Aku datang sini memang cari lokching je lah. Beli 2-3 cucuk + teh ais, makan kat port tepi longkang. Huhu. Korang pergi lah cari apa yang patut.
Jumaat tu seperti yang dirancang, seawal jam 7.30 pagi lagi aku dan Zed ke Sungai Udang. Nak amik goodies untuk majlis minggu depan. 
Lepas tu kami ke Tengkera, member teringin nak makan Mee Bodo kat sini. Beratur bhai. Haha
Kat sini kena split tugas. Bro cari and lock meja, while aku pulak queue untuk Telur Sambal Timun. 
Member dah dapat meja pun aku still tak setel lagi. Nak bagitau punya ramai orang breakfast kat sini.

Dalam jam 9.30 baru lah kami dapat menikmati hidangan yang famous ni.
Ada pakcik ni join meja kitorang hari tu, kebetulan dia datang sorang je so kami okay je share meja. Orang hebat ni, dulu kerja kat Chicago, US under firma Cesar Pelli yang design Petronas Twin Towers tu. Banyak jugak benda kami sembang hari tu sambil cedok pengalaman dan skills orang lama ni..:-)
Sampai rumah dalam jam 11, terus sambung buat kerja. WFH hari tu. Sorry sikit mana ada ngelat, aku habis kerja jam 8.30 malam jugak..:-p
Sabtu pagi sambung buat kerja sikit since Isnin aku purposely on leave. Wife and siblings, berserta anak-anak buah semua pakat sambung packing goodies
Malam tu seperti biasa ngeteh dengan bro Zed depan masjid sambil menyembang tentang majlis minggu depan. Of course agak kami agak excited untuk menerima sorang lagi ipar. As planned around 11.30 malam, aku dan keluarga pulang ke Rawang dan selamat tiba jam 2.30 pagi. Saja gerak awal sikit takut jem hari Ahad.
Petang Ahad menyinggah Lotus restock barang rumah, sambil tu bawak the kids main playground
Dinner di Mohd Chan Bukit Sentosa. Sejak ada restoran Mi Tarik Xinjiang tu, dah lama jugak kami tak makan kat sini, banyak jugak menu baru yang ada. Huhu
So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Lunar kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua. Xin Nian Kuai Le!

P/S: Kalah pulak Newcastle semalam. Sobs

Wednesday, January 29, 2025

Kisah AKU n Majlis Aqiqah Iman Aiisha @ Sungai Buaya

Assalamualaikum,

Perggh lama tak update. Ada nak dekat sebulan jugak bersawang blog ni. Busy kat ofis, ada staf yang quit tapi tinggal banyak backlog. Binawe betul, tak sampai setahun dua kali kena camni. Pfft.

Before kita ke main entry, jom selak sikit cerita awal minggu lepas. Last week merupakan minggu terakhir wife berkhidmat di Rotiboy setelah hampir empat tahun kerja kat sini. Resigned for a better opportunity, pasni Ija akan start kerja dekat accounting firm di Damansara.

So, minggu lepas memang aku gunakan masa untuk have one last makan-makan dekat port yang aku selalu lepak kat sini such as Kafe MM (ni port lepak petang pekena lokching), then port lunch - Restoran Minang Raya dan juga Restoran Aboh Ayam Kampung. Cam siot je, bukan jauh pun Rawang tu boleh je menyinggah nanti. Haha
Kat Little Caliph pun ada farewell party untuk pelajar 6 tahun yang akan memulakan sesi sekolah rendah mereka. Tema Pyjamas Party. Huhu
Dah start cuti sekolah, memang dok taska free and easy je lah budak-budak ni.
Okay now let's go to our main entry. Sabtu lepas, aku dan family sempat memenuhi jemputan jiran kami untuk majlis aqiqah anak perempuan dia, Iman Aiisha..:-)
Eh ada jugak Tn Gani kita. Confirm lah ada, nama pun duduk satu taman.
Ni lah tuan rumah, En. Aliff. Baru je pindah sini kira-kira setahun yang lepas. Welcome to the neighborhood! Tu dia terkejut macam mana En Farid baru umur 32 dah menetap kat sini 20 tahun. Haha
Budak ni pun nama dia Iman jugak. Haha. Kemain nak pakai dress princess dia..:-p
Yang sorang ni moody pulak, mana taknya tengah sedap main PS tetiba kena tutup. Sabar lah brader, habis nanti sambung lah balik. Huhu
Since rumah Aliff ni depan rumah parents aku. So, mak ayah pun berbesar hati bukak front yard rumah untuk tetamu yang nak menjamu selera sambil bersila..:-)
Solat Zohor di Surau an-Nur Taman Mawarsari before sambung ngeteh dengan jiran-jiran. Dalam jam 3 petang jugak kami bersurai hari tu, saja nak meramaikan majlis.
Ni pulak cerita hari Ahad. Wife ajak ke Bukit Sentosa, berhajat nak belanja aku dan anak-anak shopping + dinner after dapat duit ex-gratia from bos Rotiboy. Aku pun on je lah. Jimat sikit duit ada orang nak belanja. Haha. After shopping, we had early-dinner dekat our favourite restaurant, Melor @ Bukit Sentosa. 
Malam tu kami ke Bukit Sentosa balik gara-gara baju salah saiz. Tu yang gigih nak replace malam tu jugak. Sempat menyinggah ZUS, kali ni aku pulak belanja since ada unused voucher time birthday aku last year.

Haa, tu je lah cerita penutup Januari. Sorry lah tak banyak update, memang super busy nak cover people's shit. Dah buat taik sedap tinggal camtu je. Takpelah cakap banyak pun tak guna, benda dah lepas. As usual, move on je.

P/S: Apa nak buat CNY ni?

Monday, January 6, 2025

Kisah AKU n Grand Ihtifal Little Caliph 2024

Assalamualaikum,

Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join hari konvokesyen or the Grand Ihtifal Little Caliph 2024
Seawal jam 8.15am aku dan family dah gerak since dalam tentatif majlis start jam 8.30 pagi. Less than 5 minute pun berjalan from our hotel ke venue majlis yang bertempat di M-Theatre, Mahsa Avenue. 
Muka budak baru bangun tidur. Tu lah siapa suruh tidur lambat semalam, abah takpe sebab dah biasa. Ni pukul 12 malam segar lagi dengan si Iman tu. Haha
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Kami yang parents ni pun dapat masuk kedalam main hall jugak. Teringat zaman kuliah kat UiTM dulu, memang suka dok port tepi camni. Senang nak keluar masuk..:-p
Ada tiga branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Wangsa Maju, LC Reef Rawang dan LC Bandar Sungai Buaya, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING. 
Selfie dulu sementara menunggu event start.
Persembahan pembukaan oleh kesemua murid. 
Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Bendahari KOBIMBING, ibu-bapa disajikan dengan persembahan murid-murid, dimulakan dengan bacaan surah-surah oleh pelajar Pra-Tahfiz bagi Khatam Al-Quran.
Disusuli dengan persembahan berasingan dari murid-murid Playschool, 5 dan 6 tahun from each LC. Ada persembahan tarian, teater muzikal, qasidah dan juga koir..:-)
Fokus apa tu? 
Tengok ni haa, si Fariq dan rakan-rakan from kelas 5 tahun LC Bandar Sungai Buaya membuat persembahan nyanyian lagu "Kami Sembah Allah"
Majlis bersambung dengan sesi penyerahan skrol tamat belajar kepada pelajar kelas 6 tahun, dan juga pelajar-pelajar 5 tahun yang dapat sijil, termasuklah Fariq yang earned his Sijil Siri Cepat Baca. Tahniah!
Boleh tidur pulak si Iman ni. Huu
Dalam jam 11.15 pagi, persembahan penutup oleh semua pelajar yang mendendangkan lagu "Takkan Terganti" yang dipopularkan oleh Kangen Band. Huhu
Sesi bergambar pelajar-pelajar bersama tenaga pengajar yang telah banyak mencurahkan bakti untuk mendidik anak-anak ni untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Ingat nak amik gambar kat photobooth tapi bapak ramai yang beratur. Takpelah next time je. Sempat beli jambangan bunga ni untuk Fariq for his successful two years with Little Caliph. Ada setahun lagi nak habis belajar.
Syabas dan tahniah diucapkan. Nanti balik kita beli jam BoboiBoy tu.
Credit to my wife yang banyak tunjuk ajar anak sulung kami ni..:-)
Selfie satu family untuk kenangan bersama. Iman ni boleh tengok tempat lain pulak.
Event concluded sekitar jam 11.30 pagi. Memang ramai manusia berpusu-pusu keluar meninggalkan Mahsa Avenue time tu sampai aku tengok dekat exit parking tu jem lah. Belum kira yang open parking opposite tu jugak.
Tak terus balik pun, kami return to our hotel room. Memang aku purposely request late check-out since malas nak mengelabah pagi tu kemas barang segala bagai. Plus, dapat power nap dulu before balik ke Rawang.
2pm, ready to check-out.
Yang bestnya, hotel bermurah hati bagi extension without extra charge dengan syarat keluar before 2.15pm. Cuma kena bayar RM10 untuk gelas yang Iman pecahkan. Huhu

So tu je lah cerita tentang pengalaman kedua menghadiri Grand Ihtifal untuk anak sulung kami ni. Yang lagi manis kali ni dapat anugerah pulak tu. Semoga sukses selalu Fariq.