Monday, January 6, 2025

Kisah AKU n Grand Ihtifal Little Caliph 2025

Assalamualaikum,

Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join hari konvokesyen or the Grand Ihtifal Little Caliph of Class 2024. 
Seawal jam 8.15am aku dan family dah gerak since dalam tentatif majlis start jam 8.30 pagi. Less than 5 minute pun berjalan from our hotel ke venue majlis yang bertempat di M-Theatre, Mahsa Avenue. 
Muka budak baru bangun tidur. Tu lah siapa suruh tidur lambat semalam, abah takpe sebab dah biasa. Ni pukul 12 malam segar lagi dengan si Iman tu. Haha
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Kami yang parents ni pun dapat masuk kedalam main hall jugak. Teringat zaman kuliah kat UiTM dulu, memang suka dok port tepi camni. Senang nak keluar masuk..:-p
Ada tiga branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Wangsa Maju, LC Reef Rawang dan LC Bandar Sungai Buaya, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING. 
Selfie dulu sementara menunggu event start.
Persembahan pembukaan oleh kesemua murid. 
Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Bendahari KOBIMBING, ibu-bapa disajikan dengan persembahan murid-murid, dimulakan dengan bacaan surah-surah oleh pelajar Pra-Tahfiz bagi Khatam Al-Quran.
Disusuli dengan persembahan berasingan dari murid-murid Playschool, 5 dan 6 tahun from each LC. Ada persembahan tarian, teater muzikal, qasidah dan juga koir..:-)
Fokus apa tu? 
Tengok ni haa, si Fariq dan rakan-rakan from kelas 5 tahun LC Bandar Sungai Buaya membuat persembahan nyanyian lagu "Kami Sembah Allah"
Majlis bersambung dengan sesi penyerahan skrol tamat belajar kepada pelajar kelas 6 tahun, dan juga pelajar-pelajar 5 tahun yang dapat sijil, termasuklah Fariq yang earned his Sijil Siri Cepat Baca. Tahniah!
Boleh tidur pulak si Iman ni. Huu
Dalam jam 11.15 pagi, persembahan penutup oleh semua pelajar yang mendendangkan lagu "Takkan Terganti" yang dipopularkan oleh Kangen Band. Huhu
Sesi bergambar pelajar-pelajar bersama tenaga pengajar yang telah banyak mencurahkan bakti untuk mendidik anak-anak ni untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Ingat nak amik gambar kat photobooth tapi bapak ramai yang beratur. Takpelah next time je. Sempat beli jambangan bunga ni untuk Fariq for his successful two years with Little Caliph. Ada setahun lagi nak habis belajar.
Syabas dan tahniah diucapkan. Nanti balik kita beli jam BoboiBoy tu.
Credit to my wife yang banyak tunjuk ajar anak sulung kami ni..:-)
Selfie satu family untuk kenangan bersama. Iman ni boleh tengok tempat lain pulak.
Event concluded sekitar jam 11.30 pagi. Memang ramai manusia berpusu-pusu keluar meninggalkan Mahsa Avenue time tu sampai aku tengok dekat exit parking tu jem lah. Belum kira yang open parking opposite tu jugak.
Tak terus balik pun, kami return to our hotel room. Memang aku purposely request late check-out since malas nak mengelabah pagi tu kemas barang segala bagai. Plus, dapat power nap dulu before balik ke Rawang.
2pm, ready to check-out.
Yang bestnya, hotel bermurah hati bagi extension without extra charge dengan syarat keluar before 2.15pm. Cuma kena bayar RM10 untuk gelas yang Iman pecahkan. Huhu

So tu je lah cerita tentang pengalaman kedua menghadiri Grand Ihtifal untuk anak sulung kami ni. Yang lagi manis kali ni dapat anugerah pulak tu. Semoga sukses selalu Fariq.

No comments:

Post a Comment