Monday, December 30, 2024

Kisah AKU n Fitri's Wedding @ Teluk Intan Pt.1

Assalamualaikum,

Hujung minggu ni aku dan keluarga berkesempatan menghadiri majlis persandingan my cousin, Fitri pada tanggal 28 dan 29 Disember 2024 di Teluk Intan
Pukul 10 pagi lagi kami dah bergerak from Rawang ke Teluk Intan. Jalan clear je, cuma a bit sesak before Tol Sungkai.
Sampai around jam 11.45 camtu. Berkumpul dekat Masjid At-Taqwa, Padang Tembak dulu untuk menunggu ahli-ahli keluarga lain yang join rombongan pengantin
Sekitar jam 12.30 tengahari, kami dah sampai ke venue event yang terletak di NH Homestay Padang Tembak. 
Steady bro. Pm for more tips..:-p
Sesi menjamu selera. Dah nama pun join rombongan, of course lah dapat meja VIP ni. Huhu
Wife with the kiddos.
Ayah ada dekat meja makan beradab, maklumlah dia kan pakcik pengantin. Huhu
Wife bersama mak dan Along.
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan dulu sebelum bersurai. Tak balik terus pun, lepak sekejap dengan Cik Din since check-in kami jam 3 petang. Eh awat dok hotel pulak? Haa, sebab kami pergi dua majlis. Hat ni belah perempuan, yang belah lelaki esoknya pulak.
Dalam jam 2 petang tu barulah kami berangkat. Mak ayah dan Along ke Lotus Teluk Intan, nak cari McD untuk Mikail. Aku pulak terus menghala ke hotel but sempat menyinggah TF Value Mart dulu.
Beli stok siap-siap. Budak-budak ni mana boleh lapar. Haha
Aduh terlalu kawasan jerat ni pulak..:-p
Elok pulak benda ni kan pintu keluar. Pandai diorang plan. Hihi
Dalam jam 3 petang, baru lah dapat check-in. For this time, kami menginap di Grand Court Hotel.  Selain lokasi yang strategik dengan a few restaurants dan kurang jem, ada satu lagi reason why pilih hotel ni.. Hehe 
Dapat bilik riverview..:-)
Lepas Maghrib keluar bilik cari makan malam.
Kami sekeluarga had our dinner di NASA Tom Yam Teluk Intan . Seberang jalan je, tak payah bawak kereta pun. 
Sekali nak celebrate wedding anniversary mak ayah yang ke-35 tahun..:-)
Cross jalan je balik hotel. 
Since kami takde plan nak ke town center Teluk Intan, aku pun draw our last plan untuk malam tu. 
It's karok time!! Dekat hotel ni ada G-Box Karaoke yang bertempat di Level 6. Petang tu dah plan dengan bro-bro ni.
Eh siapa yang amik gambar ni? Bukan kitorang karok bertiga je ke?
Haa. Yang lain pun join jugak, cuma aku tak expect pulak diorang lama dalam ni. Ingatkan tahan setengah jam je..:-p
Time tuang air ni teringat zaman buat BD dulu entertain client/principal. Huhu
Diorang semua stay nak dekat sejam 45 minit jugak. Baki 15 minit tu aku spend dengan wife since semua nak balik bilik. Rugi lah tak habis, boleh dapat tiga full song lagi tu..:-)

Dalam jam 11.15, we concluded our karok session. Lepak bilik ayah jap sambung menyembang before return to our rooms. 

Okay ada satu lagi entry. Stay tuned!

Thursday, December 26, 2024

Kisah AKU n Ceramah Perdana DUKE @ Masjid Jamek ar-Rahman

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku dan keluarga berkesempatan balik kampung di Melaka. Lama jugak tak balik, rasanya last awal November hari tu, time cuti Deepavali.

Before we start our main entry, Fariq ada Career's Day minggu lepas. Last year dah pakai uniform bomba, tahun ni jadi footballer je lah Fariq. Senang sikit nak cari prop. Haha
Fariq bergambar bersama rakan-rakan di Little Caliph Bandar Sungai Buaya. Macam-macam kerjaya ada tu..:-p
Jumaat tu wife cuti since minggu tu dia exam. Tapi kami gerak jam 6 petang jugak since aku ada meeting petang tu. Amik budak-budak and terus bergerak menuju ke Selatan tanah air.
Singgah makan malam di Lay-by Nilai before restarting our journey. Nak tahu jam berapa sampai Melaka? Pukul 12 malam bhai!!
Sabtu aku ingat nak keluar ke Merlimau, nak refuel minyak siap-siap sekali bebudak ni nak ikut pulak. Memang confirm kena pau lah cerita dia. Haha
Petang tu tengok anak-anak main dengan sepupu diorang. Dah boleh jalan dah anak buah aku yang paling latest ni..:-p
Malam hari Sabtu kami sekeluarga ke Masjid ar-Rahman, ada ceramah Perdana yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) 
Kali ni diorang boleh masuk dalam since semua boleh solat.
Tengok apa tu?
Tu diaa DUKE. Wife snap gambar from atas..:-)
Asalnya aku kat dalam dengan Zed, tetiba perut memulas pulak. Tu yang dok luar je sampailah habis majlis sekitar jam 10 malam.
Ketiduran semuanya. Penat sangat main petang tu.
Sempat melawat gerai-gerai F&B yang disediakan..:-)
Pagi Ahad plan nak piknik di Pantai Siring, tapi hujan lebat membasahi bumi Melaka. Sudahnya duduk rumah je.
Sekitar jam 11.30 malam (since ada tol free) , kami memulakan perjalanan pulang ke Rawang dan sampai kira-kira jam 2 pagi. Okay lah tu, dua jam setengah je drive. Last aku balik hari tu 4 jam jugak kena sidai.
Ni ada cerita selingan sikit. Selasa hari tu aku dan ayah sempat menyinggah ke Pusat Pemuliaan Al-Quran yang terletak di Bukit Sentosa, betul-betul di lot kedai dekat area Masjid Saidina Ali tu. Buat apa datang sini?
As a part of TNG Sustainability KPI, staf kena join mandatory training berserta do some volunteering works be it from recycling, donation, charity etc untuk dapatkan at least rating T3. Yang training tu memang aku dah buat earlier, cuma kerja sukarela ni je tak sempat buat since busy sangat. So after appraisal dengan bos last week, dia encourage aku settlekan jugak untuk dapatkan T3.  
Tu yang aku collect buku-buku agama yang dah lama kat rumah, sekali campur dengan adik punya and bawak kesini untuk tujuan pelupusan. Dapat nak dekat 7KG jugak.
Sambil tu dapat belajar prosedur pelupusan Al-Quran yang ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia dimana teks/bahan Al-Quran yang rosak, koyak dan tidak boleh lagi dibaca hendaklah dilupuskan dengan cara membakar ditempat yang terkawal. Bukan setakat buku/naskah sahaja, apa-apa barang yang ada ayat Al-Quran such as frame gambar, kaset, cenderamata pun kenalah dilupuskan as per above.
Dekat sini diorang akan handle end-end dari sorting, pelupusan (ada relau bagi tujuan pembakaran) dan abu dari prosedur tu akan dikumpulkan untuk dibuang ke tengah laut di berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor.

Untuk sesiapa yang berminat, boleh contact Tn Hj Mohd Rahib ditalian 019-286 6622 atau walk-in ke alamat berikut: No 52, Jalan Seroja 5d/3, Taman Seroja, 48300 Rawang, Selangor. 

P/S: Jap lagi Newcastle lawan Villa kat SJP for Boxing Day action!