Assalamualaikum,
Hujung minggu ni aku dan keluarga berkesempatan menghadiri majlis persandingan my cousin, Fitri pada tanggal 28 dan 29 Disember 2024 di Teluk IntanPukul 10 pagi lagi kami dah bergerak from Rawang ke Teluk Intan. Jalan clear je, cuma a bit sesak before Tol Sungkai.
Sampai around jam 11.45 camtu. Berkumpul dekat Masjid At-Taqwa, Padang Tembak dulu untuk menunggu ahli-ahli keluarga lain yang join rombongan pengantin
Sekitar jam 12.30 tengahari, kami dah sampai ke venue event yang terletak di NH Homestay Padang Tembak.
Steady bro. Pm for more tips..:-p
Sesi menjamu selera. Dah nama pun join rombongan, of course lah dapat meja VIP ni. Huhu
Wife with the kiddos.
Ayah ada dekat meja makan beradab, maklumlah dia kan pakcik pengantin. Huhu
Wife bersama mak dan Along.
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan dulu sebelum bersurai. Tak balik terus pun, lepak sekejap dengan Cik Din since check-in kami jam 3 petang. Eh awat dok hotel pulak? Haa, sebab kami pergi dua majlis. Hat ni belah perempuan, yang belah lelaki esoknya pulak.
Dalam jam 2 petang tu barulah kami berangkat. Mak ayah dan Along ke Lotus Teluk Intan, nak cari McD untuk Mikail. Aku pulak terus menghala ke hotel but sempat menyinggah TF Value Mart dulu.
Beli stok siap-siap. Budak-budak ni mana boleh lapar. Haha
Aduh terlalu kawasan jerat ni pulak..:-p
Elok pulak benda ni kan pintu keluar. Pandai diorang plan. Hihi
Dalam jam 3 petang, baru lah dapat check-in. For this time, kami menginap di Grand Court Hotel. Selain lokasi yang strategik dengan a few restaurants dan kurang jem, ada satu lagi reason why pilih hotel ni.. Hehe
Dapat bilik riverview..:-)
Lepas Maghrib keluar bilik cari makan malam.
Kami sekeluarga had our dinner di NASA Tom Yam Teluk Intan . Seberang jalan je, tak payah bawak kereta pun.
Sekali nak celebrate wedding anniversary mak ayah yang ke-35 tahun..:-)
Cross jalan je balik hotel.
Since kami takde plan nak ke town center Teluk Intan, aku pun draw our last plan untuk malam tu.
It's karok time!! Dekat hotel ni ada G-Box Karaoke yang bertempat di Level 6. Petang tu dah plan dengan bro-bro ni.
Eh siapa yang amik gambar ni? Bukan kitorang karok bertiga je ke?
Haa. Yang lain pun join jugak, cuma aku tak expect pulak diorang lama dalam ni. Ingatkan tahan setengah jam je..:-p
Time tuang air ni teringat zaman buat BD dulu entertain client/principal. Huhu
Diorang semua stay nak dekat sejam 45 minit jugak. Baki 15 minit tu aku spend dengan wife since semua nak balik bilik. Rugi lah tak habis, boleh dapat tiga full song lagi tu..:-)
Dalam jam 11.15, we concluded our karok session. Lepak bilik ayah jap sambung menyembang before return to our rooms.
Okay ada satu lagi entry. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment