Monday, May 20, 2024

Kisah AKU n Selamat Hari Guru 2024

Assalamualaikum, 

Tanggal 16 Mei 2024 merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Of course, aku pun tak terlepas jugak nak meraikan hari yang special ni. Maklumlah dah jadi bapak ni nak tak nak kena bersama-sama juga nak mengucapkan terima kasih untuk insan-insan yang mengajar anak-anak aku kat taska. Yelah, nak mengharapkan aku yang ajar memang kelaut lah budak-budak tu. Huhu
Nak beli gold pendant memang jauh sekali lah. Huhu. Ada lah beli mug, cute notepad dan juga Ferrero Rocher. Okay lah kan, tapi tu lah bila dah beli baru terfikir awat lah aku tak beli merchandise TNG macam Charms tu. Baru rare sikit. Tapi apapun sempat jugak aku buat customized wish card tu, aku lukis tau. Haha
Buat tujuh set jugak malam tu. Empat packs untuk cikgu-cikgu Fariq di Little Caliph BSB, dan juga tiga packs untuk cikgu-cikgu Iman di Taska Anakku Sayang..:-)
Budak-budak ni pun buat artwork untuk cikgu-cikgu diorang.
Fariq bersama artwork Happy Teachers Day. Akhir kata, Selamat Hari Guru untuk guru-guru diseluruh Malaysia dan tak lupa jugak aku nak ucapkan selamat kepada insan-insan yang sabar mengajar aku di:
  1. Tadika KEMAS, Cheras Perdana (1997-1998)
  2. SK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana (1999-2000)
  3. SK Bandar Sungai Buaya, Rawang (2000-2004)
  4. SRA Felda Sungai Buaya, Rawang (2000-2004)
  5. SMK Bandar Sungai Buaya, Rawang (2005-2009)
  6. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (2010-2014)
Jasamu kusanjung. Baktimu kujunjung. Eceh-eceh, bermadah aku malam ni. Huhu
Ni cerita selingan. Wife ada last exam minggu ni, unlike last week aku tengok si Iman je. Laa ni dua ketul ni ada kat rumah. Pagi cam biasa bukak pool. Sambil tengok diorang mandi, bagi makan breakfast jugak.
Layankan je lah. Minggu depan kita naik Cameron ye.
Macam biasa lah pergi mendobi, bukan main seronok lagi tolong masukkan baju dalam dryer. 
Haa, dapat lah aiskrim abah belanja..:-p
Selfie anak beranak before ke destinasi seterusnya.
Basuh kereta. Mula-mula ingat nak basuh kereta time budak-budak tu mandi kolam pagi tu. Tapi lupa pulak sabun kereta dah habis. Okaylah dapat buang masa kat sini, wife habis exam jam 1 petang. Karang duduk rumah macam tongkang pecah jadinya, duduk kat luar ni at least diorang behave sikit. Haha

Okay tu jelah cerita malam ni. Ada satu lagi entri penutup EPL, tapi esok-esok je lah. Lemau dah ni. 

P/S: Newcastle menang lawan Brentford semalam. Tahniah, HWTL!

Thursday, May 16, 2024

Kisah AKU n Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan Tengah @ Ulu Yam

Assalamualaikum,

Aik tak tido ke, dah pukul 3 pagi ni? Saja nak menaip sementara  menunggu Newcastle lawan MU ni. Harapnya dapat menang untuk mengesahkan slot ke Eropah untuk season depan.

Hari Selasa aku ada meeting kat PLUS. Dah lama tak datang sini, tak silap aku last meeting tahun 2020. Maklumlah aku kan team Parking, highway ni cerita lama. Huhu
Ada meeting dengan one of subsidiary PLUS yang merupakan system integrator dalam parking sector jugak, cuma dah tak berapa aktif. Meeting dengan diorang basically untuk faham their direction dalam sektor ni.
Malam tu Abg Wan, sepupu ayah ada datang rumah. On the way nak menghantar maknya a.k.a nenek sedara aku ke KLIA untuk menunaikan Haji untuk tahun 2024 ni. Diorang singgah Rawang, sempatlah aku melawat jugak.
Semalam seperti biasa aku WFH,. Ayah ajak aku ke KKB nak renew roadtax, aku pun on je lah. Tapi tu excuse je, sebenarnya ayah nak introduce aku dengan port nasi kandar baru. Haha. Ni lah kedai tu - Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan Tengah or famously known as Zul Nasi Kandar yang terletak di Taman Batu 30, Batang Kali.
Time aku sampai around 12pm tu orang tak ramai lagi, elok je dah amik makanan berduyun orang datang. Huhu. Ni namanya muka orang bawak rejeki..:-p
Orang kata restoran ni famous dengan ayam bawang dia, so tu lah yang kami try hari tu. Memang surr! Kat sini diorang pun ada letak bawang goreng yang digoreng fresh dari kuali. Time amik gambar ni baru perasan ada satu ramuan takde. Apa tu? Mestilah bendi. Takde bendi, bukan nasi kandar lah tuan-tuan. Huhu. Terus patah balik mintak bendi..:-)
Tersandar member. Huhu. 
Setel makan dalam 12.40pm camtu kami meneruskan perjalanan ke KKB. Sampai je JPJ tengok kaunter tutup, lunch break katanya. Cipet betul. Dah gaji naik 13% tu apalah salahnya buat shift sikit bukak kaunter time lunch hour. Kata berkhidmat untuk rakyat. Pfft

Okay untuk sesiapa yang nak datang pekena nasi kandar kat sini boleh lah kealamat dibawah: 

Zul Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan Tengah
No. 5, Gerai MDHS, Jalan 2, Taman Batu 30, Batang Kali, 44300 Hulu Yam Lama
https://maps.app.goo.gl/621DfnPwAHEMQbUn7

Sunday, May 12, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Wk5

Assalamualaikum,

Eh ada entri Raya lagi ke? Haa, ni last kot. Kira penutup lah, asalnya tak plan nak pergi pun. Tapi wife ajak, kita pun layankan je lah.
Jom start dengan cerita hari minggu. Hari Rabu, ada sambutan hari raya di TNG HQ Bangsar South.
Ramai orang kat Lv3, so bawak makanan kat ofis kami di Lv6 je.
Petang semalam aku sempat hadir open house rumah abang Afiq, sempat jumpa brother dua orang ni. Lama tak jumpa bhai
Malam tu pulak, aku ditemani wife dan my daughter, Iman bergerak ke venue event yang terletak di Masjid ar-Rahmah Felda Sungai Buaya dalam pukul 7 petang. Solat Maghrib berjemaah disusuli dengan majlis doa selamat, then solat Isyak baru boleh menjamu selera.
Fariq tak join, dia ikut mak ayah ke rumah Along di Port Dickson minggu ni. Ada majlis doa selamat sikit. Ni haa gambar dia dengan kostum Goku. Tah macam mana pulak boleh minat Dragon Ball. Pfft
Ni pulak gambar diorang after majlis tadi. Maaflah tak dapat join, Ija ada exam minggu ni.
Walaupun hujan, still ramai tetamu semalam yang datang masjid untuk meraikan sekali anak kariah yang akan ke Mekah untuk menunaikan Haji. 
Wife lah yang seronok bab-bab makan ni. Huhu. 
Thumbs up to pengurusan masjid untuk event yang well organized ni. Event ni sebenarnya merupakan acara tahunan disini yang menggabungkan 12 buah surau-surau di kawasan Sungai Buaya ni, termasuklah Surau an-Nur di Taman Mawarsari.
Sambil-sambil menjamu selera, ada persembahan qasidah jugak dari Maahad Tahfiz Darul Quran Sungai Buaya
Solehahnya budak sorang ni tolong suapkan ibu makan. Huu
Sempat amik gambar dengan bro Dolah, Afiq tak dapat join pulak semalam ada hal katanya.
Bergambar kenangan bersama keluarga before bergerak pulang sekitar jam 10 malam. 

Okaylah, nak tengok bola jap. Malam ni Newcastle lawan Brighton, hopefully bolehlah score satu lagi kemenangan.

P/S: Aduh macam draw je. Harap-harap Chelsea and MU kalah game diorang. Amin...:-)