Saturday, April 1, 2023

Kisah AKU n Ramadhan 2023 - Wk 1

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-11 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2023 ni.
Sabtu lepas, aku dan family ke Tropicana Gardens Mall. Ikut plan nak pergi AEON Rawang tapi semacam malas pulak since gerak pun lewat around jam 5.15pm. Tapi on the way tu tukar direction ke Damansara. Bukan apa, kat Rawang tu ada satu je shopping mall. Takut orang bertumpu kat situ, buat pulak hujung minggu. Memang pack lah ceritanya.
Sampai pun jam 6 petang, kami terus ke Kidzoona. Memang dah janji dengan Fariq nak bawak dia pergi playground minggu tu. Memang besar kat sini compare to Kidzoona Rawang. Buat pulak ada beberapa pengunjung je, memang mengganas lah Fariq main petang tu. Haha
Yang budak sorang ni pun bukan main syok dapat play kat sini..:-)
Iman didalam playhouse. Lama duduk dalam ni, dia suka main blok tu. Tapi yang peliknya kat rumah tak nak main pulak. Huhu
Hai, kami tumpang lalu ye.
Tumpang bergambar dirumah Iman. Huhu
Kat sini pun ada jugak benda ni.
Oi, benda tu untuk bergayut. Bukan bertumbuk. Haha
Syok main takde orang sangat, kira macam tempat tu dia yang punya lah..:-)
Yang syoknya kat sini ada kerusi untuk berehat, dan juga charger station. So kalau korang yang ada anak-anak dah besar dan tak perlu 100% pemantauan tu bolehlah chill kat area sini.
Kenapa kuda ni kaler biru, bukan kat rumah kaler merah ke abah?
Bukan main laju lagi hang bawak kereta ye, siap drift segala bagai. Nak kena pantau ni, karang dah besar nanti drive macam pelesit. Haha
Latihan menguatkan otot kaki. Iman dah boleh jalan beberapa langkah dah sekarang..:-)
Okay, turn Iman pulak naik car.
Bila nak habis dah, Acik Faris korang dah habis pusing satu mall. Saja bawak budak ni sekali sebab mak ayah balik kampung, kesian pulak bro ni buka puasa sorang-sorang. Tu yang mengajak jugak..:-p
Sekitar jam 7.15 petang, kami pun bergerak meninggalkan Kidzoona. Selfie dulu buat kenangan disini.
Sesi mencari port berbuka puasa. Adik pun dah recce, so takdelah mencari sangat. 
Iftar di Kenny Rogers Roaster. Wife aku ni yang nak, suka sangat makan Nasi Lemak Ohsem kat sini. Datang sini pergilah try makan restoran lain, Kenny jugak yang dia pilih. Haha
Apa benda si Fariq tu muka tak puas hati je..:-p
Member dah ngantuk, tu yang semua benda tak kena. Haha. Tu lah, abah suruh tidur tengahari tak nak, kan dah penat.
Si kecik ni selamat dah tidur. Huhu
Before balik wife meyinggah Mr DIY ada nak cari barang rumah. Sekali store kat sini bercantum dengan Mr TOY. Memang aktif balik lah si ketul baju putih tu tengok a ton of toys!
Sekitar jam 8.30 malam, kami pun bergerak pulang ke Rawang. Seperti yang dijangka semua ketiduran dalam kereta, tinggallah aku drive kereta sensorang.
Ni cerita hari Ahad, pergi Bazaar Ramadhan Bukit Sentosa nak cari makanan untuk bawak moreh. Hari tu turn lorong aku. Dalam gambar, Fariq trauma tengok mainan yang Acik Faris beli. Bhahaha

Hari Isnin pulak aku kena demam panas before Sahur. Muntah, cirit datang sekaligus beb! So aku WFH, malam tu pergi klinik dan dapat MC untuk hari Selasa. After hantar wife kerja memang aku tidur je sebab effect ubat. Bangun tidur tahu-tahu dah jam 1 petang. 

That's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2023 aku. 

P/S: Malam ni Newcastle lawan MU. Revenge time.

Friday, March 24, 2023

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2023

Assalamualaikum,

Semalam tanggal 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2023!
Tapi before kita start, suka jugak aku nak berkongsi kisah hari pertama Fariq bersekolah di tadika baru iaitu di Little Caliph @ Bandar Sungai Buaya.
LC ni dekat sangat dengan rumah aku, kalau drive dalam 2-3 minit dah sampai.
Sesi bergambar bersama ibubapa. Hari Isnin tu aku WFH, tu yang pakai casual je. Tengok bapak lain siap berkemeja segala bagai. Huhu
Muka ngantuk. Tu lah siapa suruh tidur lambat, kan dah lemau. Haha
Punyalah jem time budak sekolah nak balik. Kalau camni Fariq masuk sekolah rendah nanti balik jalan kaki je lah..:-p
Unlike tahun lepas, Ramadhan kali ni aku berpeluang bersama anak dan isteri. Tahun 2022 wife aku berpantang di kampung, so puasa pun sorang-sorang je dulu. Huhu
Ginilah rutin setiap kali Ramadhan, jalan kaki je untuk menunaikan Terawih di Surau an-Nur Mawarsari.
Memang ramai jemaah kali ni, seiring dengan penambahan penduduk disini. Tapi sempatlah jugak dapat solat kat ruang utama ni. Biasanya dapat duduk luar je.
Untuk tahun ni, kami di TNG masih mengekalkan hybrid workforce. Aku still kena datang office at least 3 kali seminggu, while the rest boleh bekerja WFH. Masa bekerja start jam 8.30 hingga 4.30pm, tapi atas budi bicara my direct supervisor, aku biasanya sampai ofis jam 9.30 dan akan keluar jam 3.30 petang. Cuma bila dah settle urusan ambil anak bini tu, kebiasaanya aku akan sambung kerja sampailah masuk waktu berbuka.
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga datang balik kampung..:-)
Ni apa benda pulak? Untuk pengetahuan korang, ayah aku ada sebuah Nissan Sunny tahun 1990 yang faithfully served my family sampailah tahun 2005 dan totally ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2015. Tak silap aku lah sebab seingat time aku pergi kerja kat KL Sentral, kami masih lagi drive kereta ni untuk ke Terminal Bas Bukit Beruntung.
So ceritanya baru-baru ni ada orang from the nearest workshop nak beli kereta ni. Dia nak guna buat apa tu aku pun tak taulah, harapnya tak guna untuk buat benda mengarut lah ye. Ni time kena tow. Goodbye old friend, thanks for your service selama hampir 30 tahun bersama kami.
Menutup entri pertama Ramadhan 2023 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Thursday, March 23, 2023

Kisah AKU n Iman's 1st Birthday

Assalamualaikum,

Awal pagi ni aku nak berkongsi sikit sambutan hari lahir yang pertama buat anak perempuan aku, Iman Nur Syahadah yang memasuki umur satu tahun pada tanggal 19 Mac 2023 yang lepas.
Pagi Sabtu ayah ada datang untuk pass hadiah daripada Along untuk Iman dan Fariq. Dia tak dapat balik Rawang minggu tu since Syazwan ada promotion interview.
Petang tu sekitar jam 6 petang, aku dan family dah ke Bukit Sentosa untuk sambutan kecil birthday si Iman ni. Ingat nak ke IOI Mall, tapi kami postponed sebab plan nak kesana time bulan Ramadhan nanti. Pergi Secret Recipe je. 
Haha, apa benda pakai topeng tu. Topi ada, tapi Iman rimas. So takdelah pakaikan pun..:-p
My beloved wife yang terbukti merupakan ibu yang baik untuk anak-anak kami..:-)
Ada budak merajuk sebab tak dapat makan Aglio Oglio abah dia. Huhu. Dah abah kata pedas, nak try jugak.
Selfie sikit untuk kenangan bersama.
Malam tu kami sampai rumah dalam jam 8.30 malam. Mak ayah kata nak datang rumah untuk buat satu lagi celebration kecil untuk Iman.
Iman dan Fariq bersama atuk opah yang caring..:-)
Sesi memotong kek buat kali kedua untuk hari tu.
Seronok Iman main belon. Huhu
Try baju baru, a gift from atuk dan opah pulak..:-)
Selamat Hari Lahir to Iman Nur Syahadah, semoga membesar dengan jayanya, menjadi anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah
Pagi Ahad buat spring cleaning sikit sementara belum masuk bulan puasa ni. 
Malam pulak berkesempatan menghadiri Ceramah Perdana Ambang Ramadhan di Masjid ar-Rahmah Kampung Sungai Buaya.
Seperti yang aku jangka, memang terjumpa pun brader Dolah ni. Menyembang sambil pekena Kari Kambing. Tapi tak lama pun lepak, adalah dalam sejam. Nanti ada masa kita ngeteh lagi hujung minggu pas Terawih. Huhu.

Itu sahajalah untuk cerita malam ni. Nak kena tidur awal sikit karang terlajak sahur mau moody satu hari..:-P