Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk hari ke-11 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2023 ni.Sabtu lepas, aku dan family ke Tropicana Gardens Mall. Ikut plan nak pergi AEON Rawang tapi semacam malas pulak since gerak pun lewat around jam 5.15pm. Tapi on the way tu tukar direction ke Damansara. Bukan apa, kat Rawang tu ada satu je shopping mall. Takut orang bertumpu kat situ, buat pulak hujung minggu. Memang pack lah ceritanya.Sampai pun jam 6 petang, kami terus ke Kidzoona. Memang dah janji dengan Fariq nak bawak dia pergi playground minggu tu. Memang besar kat sini compare to Kidzoona Rawang. Buat pulak ada beberapa pengunjung je, memang mengganas lah Fariq main petang tu. Haha
Yang budak sorang ni pun bukan main syok dapat play kat sini..:-)
Iman didalam playhouse. Lama duduk dalam ni, dia suka main blok tu. Tapi yang peliknya kat rumah tak nak main pulak. Huhu
Hai, kami tumpang lalu ye.
Tumpang bergambar dirumah Iman. Huhu
Kat sini pun ada jugak benda ni.
Oi, benda tu untuk bergayut. Bukan bertumbuk. Haha
Syok main takde orang sangat, kira macam tempat tu dia yang punya lah..:-)
Yang syoknya kat sini ada kerusi untuk berehat, dan juga charger station. So kalau korang yang ada anak-anak dah besar dan tak perlu 100% pemantauan tu bolehlah chill kat area sini.
Kenapa kuda ni kaler biru, bukan kat rumah kaler merah ke abah?Bukan main laju lagi hang bawak kereta ye, siap drift segala bagai. Nak kena pantau ni, karang dah besar nanti drive macam pelesit. Haha
Latihan menguatkan otot kaki. Iman dah boleh jalan beberapa langkah dah sekarang..:-)
Okay, turn Iman pulak naik car.
Bila nak habis dah, Acik Faris korang dah habis pusing satu mall. Saja bawak budak ni sekali sebab mak ayah balik kampung, kesian pulak bro ni buka puasa sorang-sorang. Tu yang mengajak jugak..:-p
Sekitar jam 7.15 petang, kami pun bergerak meninggalkan Kidzoona. Selfie dulu buat kenangan disini.Sesi mencari port berbuka puasa. Adik pun dah recce, so takdelah mencari sangat.
Iftar di Kenny Rogers Roaster. Wife aku ni yang nak, suka sangat makan Nasi Lemak Ohsem kat sini. Datang sini pergilah try makan restoran lain, Kenny jugak yang dia pilih. Haha
Apa benda si Fariq tu muka tak puas hati je..:-pMember dah ngantuk, tu yang semua benda tak kena. Haha. Tu lah, abah suruh tidur tengahari tak nak, kan dah penat.
Si kecik ni selamat dah tidur. Huhu
Before balik wife meyinggah Mr DIY ada nak cari barang rumah. Sekali store kat sini bercantum dengan Mr TOY. Memang aktif balik lah si ketul baju putih tu tengok a ton of toys!Sekitar jam 8.30 malam, kami pun bergerak pulang ke Rawang. Seperti yang dijangka semua ketiduran dalam kereta, tinggallah aku drive kereta sensorang.
Hari Isnin pulak aku kena demam panas before Sahur. Muntah, cirit datang sekaligus beb! So aku WFH, malam tu pergi klinik dan dapat MC untuk hari Selasa. After hantar wife kerja memang aku tidur je sebab effect ubat. Bangun tidur tahu-tahu dah jam 1 petang.
That's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2023 aku.
P/S: Malam ni Newcastle lawan MU. Revenge time.
No comments:
Post a Comment