Saturday, April 22, 2023

Kisah AKU n Ramadhan 2023 - Day 29 & 30

Assalamualaikum,

Okay, meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2023 ni. 
Hari Khamis tu perabot baru aku sampai, ngam-ngam je sampai nak raya. Kalau ikutkan seminggu awal, tapi ada delay sikit. Nasib baik sempat, kalau tak memang aku putaq kepala si Andrew tu. Haha. Amacam cantik tak sofa baru kami..:-)
Ada dining table baru jugak untuk tetamu yang datang beraya di rumah kami tahun ni.
Sofa lama letak kat family hall atas rumah aku ni. PS3 Zone katanya. Hihi
Test lampu lip-lap sikit, barulah ada mood Raya..:-)
Packing barang. Untuk raya tahun ni aku bercuti sampai Selasa dua minggu depan. Plan stay kat kampung sampai raya kedua je, baki tu nak berehat kat rumah sebelum pulang beraya di Melaka pada Khamis depan.
Isi duit dalam sampul raya. Ni empat tahun lepas punya sampul sebenarnya. Tak silap aku Syahril yang bagi, time tu aku masih bertugas di Quatriz as RFID PMO.
Time nak packing lah bebudak ni aktif. Ingatkan dah nak tidur..:-p
Jumaat - aku bergerak dari rumah untuk pulang ke kampung sekitar jam 12 tengahari. While ahli keluarga lain telah pun selamat tiba pada jam 6 pagi hari yang sama. Saja gerak lambat, lemau actually since malam tu pergi basuh kereta dan mendobi.
Lalu highway je semalam exit Tapah. Sekitar jam 3 petang, kami selamat tiba di Seri Iskandar. Budak-budak pun masih dibuai mimpi lena lagi.
Asal tak balik kampung terus, ada apa kat Seri Iskandar ni?
Untuk tahun ni, aku dan family menginap di D'Hotel Seri Iskandar. Maklumlah family pakcik makcik pun dah penuh rumah Opah tu, terpaksalah cari hotel. Nak raya kampung punya pasal, tak kisah lah spend duit sikit.
Dapat lah rehat sekejap dalam 2 jam before kami move to the next activity sebelum pulang ke rumah Opah.
Memang luas bilik hotel ni compare dengan yang biasa kami stay sebelum ni. Tapi tengoklah price, yang ni keras sikit. Huhu
Hai, boleh hantar Chicken Chop and Fresh Orange tak?
Amboi dik Iman, terkejut ke tengok muka sendiri. Haha
Seronok dapat tidur hotel..:-)
D'Hotel ni if korang nak tahu bersambung dengan D'Mall Shopping Center. So, kami meluangkan masa melawat mall ni sekejap wife ada benda nak cari katanya.
Compare dengan mula-mula mall ni dibuka dulu sekitar tahun 2015, sekarang boleh tahan banyak kedai yang ada. Jangan terkejut mall ni ada pusat karok, bowling alley dan LFS cinema, AEON Rawang pun takde semua ni dalam satu bumbung. Huhu
Cari baju extra untuk anak-anak sebelum bergerak menuju ke Bota Kanan sekitar jam 6.20 petang.
Sampai kampung around 6.45pm. Dapat jugak merasa beraya hari pertama disini. Dah berapa tahun raya kat Melaka je dan juga dirumah sendiri time MCO a few years back.
Tahun lepas Iman balik dia kecik lagi, sekarang dah boleh berjalan. Huhu
Opah kata tahun ni tak buat lemang pun, beli kat orang je.
Anak-anak lah seronok sebab halaman rumah luas. Tengok si Fariq tu kecik besar je tengok adik dia. Haha
Jam 7.30 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Perak Tengah sekaligus menamatkan Ramadhan bagi tahun 2023 ini.
Malam lepas Isya, budak-budak dah start main bunga api.
Fariq macam biasalah suka main bunga api dan mercun pop-pop.
Huhu, terkedu diorang tengok mercun besar yang Acik Fendi bawak from KL. 
Pekak telinga sekejap. Haha
Bro Faris melancarkan roket keudara.
Dalam jam 9.30 malam, sesi berbunga api dan membakar mercun ditamatkan. 
Pekena Mee Hailam Parit. Memang sedap tak terkata tuan-tuan..:-p
Yang si Iman ni bukan main banyak makan Tepung Pelita ni, jangan sakit perut sudah nanti. Huhu
Dalam pukul 10pm, kami sekeluarga pulang ke hotel, ditemani family Along. Memang aku booked dua bilik sekali untuk family dia jugak.

Baiklah, mengulungi entri pagi ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2023. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

In Sha Allah seperti yang dijanjikan, stay tune untuk dua lagi entri wajib Diari Syawal 2023 ni

No comments:

Post a Comment