Tuesday, April 25, 2023

Kisah AKU n Syawal 2023 - Day 1

 Assalamualaikum,

Telah berakhirlah Ramadhan tahun ini, kini Syawal yang mulia telah tiba. Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita ini sudah tentunya memberikan pengertian yang sempurna bagi umat Islam agar kita terus beribadah kepada Tuhan Maha Pencipta. Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat meraikan kemenangan ini.
Kali ni solat sunat Hari Raya dimulakan dalam pukul 8.30 pagi. So, aku bangun around jam 7.30 pagi, macam biasa buang air dulu kasi kosong perut. Karang time khutbah memulas pulak. Haha
Yang dua ketul ni bukan main lena lagi tidur.
Tapi tahun ni aku tak pergi Masjid Jamek Bota Kanan seperti kebiasaanya, since kali ni duduk hotel aku sempat bersembahyang raya di Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar. Just 1km from the hotel.
Ramai jugak jemaah yang hadir menunaikan solat hari raya hari tu.
Sampai hotel je wife dan anak-anak dah siap and ready untuk ke rumah Opah.
Dalam jam 10 pagi, kitorang pun bergerak ke destinasi raya pertama kami untuk Syawal 2023 ni.
Makan dulu before start sesi photoshoot. Kena buat awal, takut nanti orang datang beraya. Diorang kat sini bukan kisah pun. Asalkan dapat makan. Pfft.

Unlike tahun-tahun sebelumnya, tahun ni mak ada buat photobooth kat bawah rumah. Satu gambar kami caj RM1 untuk orang luar. Haha guraulah. Tapi kalau caj hari tu rasanya dah beratus collection..:-p
Jelingan manja Mikail. Huhu
Mak ayah bersama anak-anak.
Freestyle satu kali.
Opah bersama cucu-cucu yang hensem dan cute..:-)
Ni gambar wajib dekat tangga merah. 
Gambar penutup beramai-ramai. Ni je yang ada time pagi raya tu. Yang lain cam biasalah either petang raya or second day..:-)
Sesi yang dinanti-nantikan oleh budak-budak. Pembukaan kaunter duit raya..:-p
Execution - the Godfather's style. Huhu
Ngam-ngam habis bergambar tetamu start memenuhi perkarangan rumah Opah. Yang datang ni mostly family yang terdekat, serta jiran tetangga.
Menu utama tahun ni Laksa Perak, berserta lemang dan pelbagai aneka kuih Raya..:-)
Eh, cikk adik manis ni nak pergi mana?
Lepas Zohor camtu ada gap sikit, kali ni turn kami pulak beraya. Pergi satu rumah je, melawat Opah Nyah dekat Titi Gantung.
Tapi datang sini pun dah habis havoc since family adik beradik Opah yang lain pun memang datang beraya sini jugak. Padat hari tu. Huhu
Memang dengar orang-orang tua bersembang je lah ceritanya..:-p
Ni je lah yang sempat bergambar pun. Yang lain masih leka menyembang kat dalam rumah..:-)
Dalam jam 3 petang kami pun beransur pulang ke rumah semula. 
Sampai rumah, tak dan 10 minit duduk ada rombongan ahli keluarga lain yang datang. 
Tetamu terakhir meninggalkan rumah kami sekitar jam 4.30 petang. Lepas Asar aku dan Along decided untuk balik hotel dan datang semula later petang tu.
Untuk malam raya pertama, lepas Maghrib kami datang sini balik. Asal nak gerak dalam jam 6 petang, tapi hujan lebat tu yang ada delay sikit. Okay je, cuma unlike tahun lepas, tahun ni sendu sikit sebab takde karok session. Huhu
Dalam pukul 11pm, kami sekeluarga pulang ke hotel, ditemani family Along. Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2023 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n Go dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

No comments:

Post a Comment