Sunday, October 16, 2016

Kisah AKU n Bring It On!

Assalamualaikum,

Mendung je minggu ni. Dah lah, tak payah nak mengarang mukadimah sangat. Semua orang tau hang ni fail buat intro.:-p
Minggu kedua di Bangsar South. Parking kat LRT Kerinchi, breakfast dengan ayah dulu then baru naik office. Gitu lah rutinnya sejak kerja kat KL ni.
Hang ni kalau sehari tak selfie tak boleh ke? Apa boleh buat, hobi. Huhu.
Arguably antara minggu terpenat dalam my career. Traveling between 3 offices (HQ, TPM, TNGO), belum campur attend meeting luar lagi. Memang setiap hari sampai rumah almost jam 10. Berapa kali skip workout..:-(
Once a very dedicated employee since my first job at Trueventus lagi, bekerja dari rumah is never a problem for me. Pukul 4 pagi jugak tidur Jumaat lepas to finish off what left for minggu ni.
 Malam semalam dinner dengan family kat 'Salam Hotel'. Orang Bukit Sentosa je yang tau tempat ni. Huhu
Sis ni teringin nak makan Western katanya. So, memang aku recommend kat sini je. Sedap and harga berpatutan.
Nak tau kenapa orang sini panggil 'Salam Hotel'? Simple. Sebab restoran mamak ni ada air-conditioned room. Sesuai untuk family ataupun orang yang tak merokok macam aku ni.
Pagi tadi spent almost setengah hari plan untuk tentatif program wedding Along. Buat tentatif, arrangement lagu, etc. Mostly technical and multimedia punya kerja. Dari zaman study kat UiTM lagi orang suruh buat benda-benda aneh ni..:-)

Tak banyak cerita pun, faham-faham je lah hidup si lone ranger ni. Haha

P/S: Ingat nak gunting rambut, tutup pulak saloon amoi tu. Serabai dah rambut aku ni.

Sunday, October 9, 2016

Kisah AKU n Shopping @ Nilai 3

Assalamualaikum,

Letih gila hari ni. Memang lepas update blog ni aku ingat nak tidur terus je. Esok ada workshop kat TPM for 2 days, so memang kena gerak awal pagi. Okay lah, cerita minggu ni. Simple je, berjalan-jalan dengan family kat Nilai 3..:-)
Setelah hampir 3 bulan, tumpas akhirnya dengan Polis Bantuan TPM, kena clamp jugak Myvi biru aku tu Rabu lepas. Offence: Illegal Parking.
Minggu ni aku start attach dengan Touch N' Go for 3 weeks for one of our project. Memang claim bakal masyuk lagi bulan ni. Haha
Sempat lunch dengan bekas rakan-rakan sejawat di Trueventus. Mengimbau kenangan ketika bekerja di Plaza Sentral..:-)
Ahad - Seawal jam 7.30 AM lagi kami sekeluarga dah bergerak dari Sungai Buaya ke Nilai untuk melawat adik dan shopping barang persiapan untuk majlis resepsi Along nanti.
Since adik ada program pagi tu. Jadi, kami ke Nilai 3 terlebih dahulu. Ni dah bajet macam kat Paris ni pehal, siap ada Eiffel Tower segala bagai..:-p
While diorang bershopping, aku merayau kat seluruh kawasan Nilai 3 tu. Memang besar, tapi kebanyakkan premis jual benda yang lebih kurang je.
Awal sangat sampai, so agak lengang sikit tadi. Premis pun ada yang baru nak bukak. 
Dah macam pekan koboi aku tengok tempat ni. Aku siap boleh berhenti main telefon kat tengah-tengah jalan tu tadi.
Ingatkan aku dah habis cover satu Nilai 3 tu diorang dah habis shopping lah. Rupa-rupanya belum lagi. Ni kat dalam premis Porcelain Inn which is one of the largest wedding chain store yang ada kat Malaysia, since dalam family aku je yang aktif FB. Tak pasal-pasal register membership PISB ni. Takpelah, kot lah turn aku kahwin nanti datang sini je lah. Huhu
Merenung masa depan. Boring sebenarnya. Haha
Pukul 12 - kami tiba dihadapan rumah sewa adik di Nilai. Dulu duduk apartment, sekarang ni stay kat teres pulak. Untunglah, aku dulu sampai habis belajar duduk kat Flat PKNS tu..:-p
Bawak family lunch kat KFC. Lepas lunch singgah rumah Acu Nani sekejap and terus shoot ke Bandar Sungai Buaya. Sampai rumah around 4PM, terlelap sampailah nak ke Maghrib.
Apo bondo ni? Tadi melepak minum malam dengan ayah kat Bukit Sentosa. Lepas tu, kami pusing cari hotel-hotel yang ada untuk penginapan keluarga bakal abang ipar aku untuk majlis kahwin bulan 12 ni. Maklumlah, rombongan bertandang dia datang dari Batu Pahat, Johor. Takkan nak datang balik hari kot. Kalau aku pun tak sanggup.

Okaylah. Itu je cerita malam buta ni. Ngantuk dah ni, gua nak tidur dah, Goodnight folks!

Tuesday, October 4, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Goodbye Langkawi!

Assalamualaikum,

Ini merupakan entri terakhir untuk Travelogue Langkawi aku bersama Quatriz. Terima kasih kepada sesiapa yang sanggup baca dari awal sampai akhir. You guys memang the best! Okay lah, tak nak cerita panjang, sekarang pun dah pukul 1 pagi. Esok nak masuk kerja balik and I'm sure it will be another Gloomy Tuesday. Haha
Okay, sambungan entri yang lepas. Selepas membeli belah untuk kali keduanya di Pekan Kuah, kami dibawa ke Dee Thai Restaurant untuk lunch. Ni lah lauk kami untuk hari tu - Siakap 3 Rasa, Udang Masak Cili, Mixed Vege, Sotong Goreng Tepung, Lala Phatphet, Claypot Beancurd dan juga Sirap Limau. Puas dah makan ikan 2-3 hari ni..:-p
Bukan main seronok anak si Izuwan tu..:-)
Awat muka sedih je Shah? Macam tak nak balik KL je. Kalau tanya aku pun, memang tak ready lagi nak balik. Banyak tarikan yang belum aku lawat, instead of shopping sampai 2 kali. Aku berpendapat baik satu slot diisi dengan melawat Makam Mahsuri dan tempat-tempat bersejarah yang lain. That's why Langkawi ni hailed as Pulau Lagenda. Tak tahu lah orang lain, tapi untuk pencinta sejarah macam aku ni. Memang 'orgasm' sikit kalau melawat tempat-tempat bersejarah. Hehe
Bas sempat lalu di kawasan pembunuhan Mahsuri. Ada sebuah tugu keris yang dibina oleh Authority untuk mengenang peristiwa itu. Sedih beb bila En. Azam bukak cerita pasal lagenda Mahsuri. Rasa nak mengalir air mata aku ni, tapi sebab takde siapa dalam bas tu yang amik port sangat. Aku pun tahan je lah rasa tu, karang orang kata over pulak. Haha
Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 2 petang.
Dari kiri - Kak Azie, Arif, Zaaba dan Shahrul.
Posing wajib kat airport. Jadi model luggage sekejap..:-p
While waiting for some of our friend yang nak wrap luggage. With Kak Nurul and Kak Amelia.
Another quality picture from Arif's GoPro. Rasa macam nak kena beli sebijik jugaklah..:-)
 Wefie seround!
Sempat selfie before kena tegur dengan crew. Haha, suka hati lah..:-p
Penerbangan AK6313 berlepas dari LGK jam 4.30 petang. Ketiduran aku sepanjang flight hari tu.
Mendarat di KUL sekitar jam 5.30 petang tanpa sebarang gangguan.
Tengah tong-tong nak bayar parking. Satu kereta kena dalam RM140 jugak, kira sorang kena bayar around RM45. Okay lah tu, dari parking kat TBS, pastu naik ERL. Lebih kurang je kot harga dia.
Bersama Shahrul, sharing the same department with me. This trip merupakan yang terakhir buat dia dan Quatriz. He resigned from his post about a couple of weeks ago for a better opportunity. Godspeed bro for your future endeavor. In Sha Allah, bulan 2 next year aku datang majlis hang dekat Temerloh..:-)
Jalan sesak dari KLIA ke Bukit Jalil. It took us almost an hour. Sampai rumah Saiful dalam pukul 7.40 PM, dan aku terus memandu pulang ke Rawang. Singgah TESCO untuk solat Isya and cari KFC, muak beb makan ikan hari-hari. Ni cari Zinger pulak.
Souvenir yang sempat aku beli kat Langkawi. I'm a family guy, so tak kisah lah duit habis asalkan family dapat buah tangan dari pulau lagenda ni. Haa, cawan Wifey tu jangan fikir lain eh. Tu aku beli untuk akak aku, dia kan nak kahwin dah bulan 12 ni. So, a part of hadiah kahwin dia dari aku..:-)
Dan untuk aku sendiri, memang jujur beli satu keychain je buat kenangan. Plus, dapat baucer Giant RM 100 untuk lucky draw (itu pun bagi kat Mak). Nevertheless, apa yang aku dapat ialah kenangan dan memori bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz. That's already precious for me, and of course, aku bawa pulang sekali knowledge mengenai sejarah, hikayat, mitos dan lagenda pulau ini. At least, kalau diberi peluang dah ada family boleh lah cerita kat anak-anak buat bedtime stories. Huhu.

Okay lah, maka berakhirlah 10 entries untuk Travelogue Langkawi aku. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengalamanku berada kat pulau bersejarah ini. Okay lah, nak tidur dah. Esok gua nak kena pergi Bangsar South, ada kerja sikit kat sana untuk 2 minggu ni. Semoga berjumpa di lain entri, till then. Take Care!