Sunday, March 6, 2016

Kisah AKU n Congrats Brothers!

Assalamualaikum.

Lewat sikit update blog malam ni. Ingat nak update pagi tadi, tapi boleh pulak tertidur sampai 3 petang.
Ni nak cerita sikit double celebration yang aku mentioned dalam previous post semalam. Last night aku dan kawan-kawan ke Sri Rampai untuk aktiviti wajib awal bulan kami. Still dengan karok + dinner, cuma kami skip tengok movie for this week atas time constraint.
In addition of that, semalam kami juga meraikan some perkara menarik yang happened this week kat diorang.
Walaupun karok kat Sri Rampai ni murah. Tapi dari Sg. Buaya nak kesini macam tak berbaloi..haha. So, apa celebrationnya?
Okay, mula dengan Afiq (kiri) dulu. Dia dah resigned from his job kat Koperasi Bank Islam. Okay, takkan pasal ni nak celebrate kot? Motif sangat. Haha, kami celebrate since dia pun dah dapat kerja baru jadi AM kat Domino. Tahniah bro, nanti lepak bawak lah satu dua kotak pizza..hehe
So dengan si Dolah (kanan) ni celebrate apa pulak? Naik pangkat? Resigned? Tukar kerja? Semua salah! Haha, semalam birthday dia lah..:-)
Yang brader pakai baju merah tu takde nak celebrate apa-apa ke? Setakat ni takde benda yang nak diraikan. Nak celebrate kena warning letter minggu ni boleh tak? Haha
Habis karok dalam pukul 11.30. We had our dinner kat Pak Ya Steakhouse @ Setiawangsa. Tak lama pun mengeteh semalam, pukul 1.30 dah sampai rumah.
Petang tadi pulak aku ke Bukit Sentosa, dah lama rasanya nak gunting rambut ni. Semak je tengok..:-p
Tadaa! Macam takde beza pun dengan yang dulu. Adalah nampak pendek and kemas sikit.

Tu lah cerita malam semalam. Tahniah kepada Afiq atas job baru di Domino, kerja elok-elok bro. Untuk Dolah pulak, selamat hari lahir ke 24. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan juga berjumpa bakal isteri yang baik. Amin.

Saturday, March 5, 2016

Kisah AKU n Gods of Egypt @ AEON Rawang

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Pagi ni nak story sikit mengenai cerita semalam. But let's start dengan progress kerja minggu ni.
 Haishh..minggu ni macam biasa je. Still belum ada rezeki yang datang. Kadang-kadang memang dah rasa give up sangat working dalam line ni. Tertarik dengan satu quote 'It's never too late to shift your career, especially when you have no passion on doing that'

So semalam aku keluar sensorang. Tak jauh pun, pergi dekat AEON Rawang je. Tapi macam biasa lah, traffic jammednya Masha Allah! Haha
Sampai je kat sana, I had this for my dinner at JM Bariani House. Terbaik beb Beriani Daging ni. Family-friendly environment dan cozy. Harga agak costly sikit but overall aku bagi 4-star.

Semalam aku tengok filem Gods of Egypt. Cool cerita ni, menceritakan kisah deities dan mitologi Mesir Purba. Seronok tengok sebab dulu memang suka mengkaji sejarah dewa dewi tamadun Rome, Greek dan juga Egypt. A must watch movie untuk history geek..:-)
Habis movie, terus ke Bandar Sungai Buaya. It's brotherhood's time pulak. Sambung melepak lah sampai pukul 2 pagi kat kedai Siam tu..haha. Tak reti penat ke hang ni Ferdi? Hari Khamis satu hari kat hospital, semalam pulak satu hari takde kat rumah..:-p

Bukan apa, just get things balance. In sha Allah, everything will be okay. So, that's the story. Malam ni akan ada double celebration, sama-sama kita nantikan. Till then, take care guys!

Thursday, March 3, 2016

Kisah AKU n A Day @ KPJ Rawang

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak share sikit pengalaman menjaga patient di KPJ Rawang. What? KPJ ada kat Rawang? Haha, tak caya kan. Aku pun asalnya macam tak percaya jugak sebuah KPJ akan dibina kat bandar Rawang ni. Back then on 2013, development medical center ni started together with the erection of "Rawang One", berhampiran Terminal Bas dan KTM Rawang. Time tu rasa bangga teramat, sebab Rawang akhirnya dah nampak macam sebuah bandar yang real dengan fasiliti yang sepatutnya ada untuk sebuah bandar seperti AEON Anggun, NSK Trade City, development of new business centre seperti Mutiara Business Park, Rawang Baru dan macam-macam lagi. Memang real estate market kat Rawang time tu meletup-letup!
Okay, jom get back to our story. Nak dijadikan cerita, pagi tadi time aku nak bersiap pergi kerja. Tiba-tiba aku diminta oleh ayah untuk hantar dia ke KPJ Rawang for medical treatment for his injury (diagnosed with trigger finger last week which I don't know). Aku terus sent message to Jenny and request for EL. Pukul 8, shortly after being approved kami terus ke KPJ.
Sesampainya kat sana (which is first time aku datang sini..huu), kami diminta menunggu dalam masa lebih kurang 1 jam for registration. Registration apa bendanya sampai satu jam, pelik. Had my breakfast sementara menunggu, kiut je nasi lemak pagi tadi..haha
Patut lah lama, rupa-rupanya hari ni merupakan operation day untuk jari ayah. Ingatkan registration biasa je. rupanya sekali dengan admission, operation, insurance segala bagai. Tepat jugak keputusan nak apply EL sebab konfirm memang seharian aku kat sini. Around 10.30 AM, kami dibawa ke Day Ward di Floor 2. Ni wad untuk orang yang balik hari, normally untuk patient yang undergo minor operation.
Ayah dijangka masuk OR around pukul 1. Teman sekejap sementara tunggu mak dengan along datang sebab aku ada urusan dengan CIMB yang perlu disettlekan tadi. Since diorang pun lambat sampai, ayah suruh aku gerak dulu takut jalan sesak kat KL. 
Urusan di CIMB Menara UAB, Masjid Jamek. Nak amik geran Myvi aku tu. Ayah suruh naik public, tapi rasa tak berbaloi pulak. Alang-alang dah bawak kereta, guna je lah..:-)
See. Naik kereta lagi cepat. Dalam 1.30 petang aku dah sampai Rawang. Mana taknya, dah jalan pun clear je..:-)
Sampai je KPJ, nampak mak dengan Along dah menunggu kat Waiting Room. Katanya, ayah dah masuk OR shortly after aku sampai. 
Menunggu dengan sabar dan kelaparan. Since ni considered as minor operation, prosedur pembedahan mengambil masa selama setengah jam sahaja.
Ayah dibawa masuk kedalam wad semula selepas pembedahan berjaya.
Operationnya memang sekejap tapi nak menunggu tu yang lama. Kata ayah, Doktor Chong akan datang recheck pukul 5 petang untuk approve discharge.
Mak dengan along balik around 3 PM, and left me to uruskan any rising matters berkenaan hospitalization, insurance AIA etc.
Pukul 3.30 baru nak keluar lunch. Boleh pulak terserempak dengan brader ni kat CIMB Rawang..haha. Apa lagi, terus makan sama-sama sambil berborak. Memang kawan sehidup semati beb!
Balik ke KPJ, aku merayau-rayau sekitar hospital ni. Semua tingkat aku explore tadi. Mana taknya, baru first time datang..huu. Bagus hospital ni, ada coffee house Gloria Jean, in addition of cafeteria yang sedia ada. Ada several convenient store, surau dan juga ruang menunggu yang selesa.
Sepatutnya ayah discharge pukul 6 petang after Dr. Chong bagi green-light, tapi proses clearance untuk AIA insurance dan medication memakan masa yang extraordinary lambat. so menunggu lah aku kat lobi tu sampai pukul 8 malam. Tak pasal-pasal habis aku tengok satu episod "Tundukkan Playboy Itu"..haha
8 PM - aku dan ayah meninggalkan KPJ Rawang. Lemau beb, bateri henset pun nyawa-nyawa ikan je tinggal.

Jadi itulah dia pengalaman aku menjaga ayah di KPJ Rawang. Nice hospital with an excellent facilities, friendly staffs dan juga good service except for insurance process. But it's okay, still have room for improvement in near future. Okay lah, nak berehat ni. Esok start kerja balik..:-)