Sunday, March 6, 2016

Kisah AKU n Congrats Brothers!

Assalamualaikum.

Lewat sikit update blog malam ni. Ingat nak update pagi tadi, tapi boleh pulak tertidur sampai 3 petang.
Ni nak cerita sikit double celebration yang aku mentioned dalam previous post semalam. Last night aku dan kawan-kawan ke Sri Rampai untuk aktiviti wajib awal bulan kami. Still dengan karok + dinner, cuma kami skip tengok movie for this week atas time constraint.
In addition of that, semalam kami juga meraikan some perkara menarik yang happened this week kat diorang.
Walaupun karok kat Sri Rampai ni murah. Tapi dari Sg. Buaya nak kesini macam tak berbaloi..haha. So, apa celebrationnya?
Okay, mula dengan Afiq (kiri) dulu. Dia dah resigned from his job kat Koperasi Bank Islam. Okay, takkan pasal ni nak celebrate kot? Motif sangat. Haha, kami celebrate since dia pun dah dapat kerja baru jadi AM kat Domino. Tahniah bro, nanti lepak bawak lah satu dua kotak pizza..hehe
So dengan si Dolah (kanan) ni celebrate apa pulak? Naik pangkat? Resigned? Tukar kerja? Semua salah! Haha, semalam birthday dia lah..:-)
Yang brader pakai baju merah tu takde nak celebrate apa-apa ke? Setakat ni takde benda yang nak diraikan. Nak celebrate kena warning letter minggu ni boleh tak? Haha
Habis karok dalam pukul 11.30. We had our dinner kat Pak Ya Steakhouse @ Setiawangsa. Tak lama pun mengeteh semalam, pukul 1.30 dah sampai rumah.
Petang tadi pulak aku ke Bukit Sentosa, dah lama rasanya nak gunting rambut ni. Semak je tengok..:-p
Tadaa! Macam takde beza pun dengan yang dulu. Adalah nampak pendek and kemas sikit.

Tu lah cerita malam semalam. Tahniah kepada Afiq atas job baru di Domino, kerja elok-elok bro. Untuk Dolah pulak, selamat hari lahir ke 24. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan juga berjumpa bakal isteri yang baik. Amin.

No comments:

Post a Comment