Sunday, March 27, 2016

Kisah AKU n Quick Retreat @ Nilai

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak share mengenai my quick vacation kat Nilai with my family. Okay, so kat office macam mana sekarang? Getting better?
Minggu ni kat office nampak encouraging since our team sekarang tengah work on event baru - Housing Asia Week 2016. Event mengenai residential/housing property market kat Asia Tenggara ni, menyentuh tentang aspek social and senior housing, transit-oriented township, ASEAN-ANZ Expansion dan banyak lagi. Best buat event property ni, even kat Trueventus dulu aku earned confirmation and easy money kat property event lah. Good old time..:-)
Okay, back to main content dalam entri ni. Dalam pukul 10 pagi semalam, kami sekeluarga dah keluar dari Sungai Buaya. Singgah breakfast kat Rawang sebelum meneruskan perjalanan ke Nilai.
Perjalanan ke Nilai from Rawang mengambil masa kira-kira 1 jam setengah, depends kat jalan yang korang lalu dan juga traffic condition. Kalau keluar awal pagi dan tak sesak, 1 jam dah boleh sampai.
Arrived around 12 at noon. Kami menginap di Time Hotel yang terletak di tengah pusat bandar, berhampiran Dataran Nilai.
Aku booked family room kat hotel ni dua hari lepas. Sebenarnya kami nak melawat Faris, dah lama tak datang sini plus, esok dia nak ke Perak ada kursus kat sana.
Dah lama tak bercuti dengan family, asyik dengan brotherhood je. Rasanya last time kat Avillion Melaka, waktu tu aku masih lagi menuntut kat UiTM di semester ke-enam. June 2014 tak silap aku, nak dekat 2 tahun jugak tu.
Bilik ni memang simple, tapi interior design memang kemas dan cantik.
Pose wajib dalam bilik hotel. Cari lah mana-mana entri aku tidur hotel, mesti ada gambar macam ni..haha
2PM, mak ayah ke Nilai 3 pakai Myvi aku. Nak berjalan-jalan. Since ada wifi free kat sini, apa lagi memang satu petang tu menghadap laptop cari benda nak download..hehe
Diorang balik sekali dengan bro ni. Nak join tidur sini katanya, haha..konfirm lah aku tidur bawah..lol
 
Malam tu kami ke Giant Nilai. Rare design Giant kat sini, parking kat tengah-tengah, surrounded by 4 blocks of 2-storey building.
Kalau tak amik gambar tak sah. Dasar jantan gila kamera..haha
Nak renew stok rumah budak ni. Biasalah budak universiti, time family datang lah nak memborong. Kalau tak, memang terkulat-kulat lah beli kat kedai runcit sikit-sikit..huu
Had our dinner kat one of restaurant kat situ..:-)
Rasanya dnner kat TESCO Rawang hari tu pun pakai baju ni jugak. Dah takde baju lain ke?
Seawal jam 7 pagi, aku dah hantar adik ke Nilam Court. Pagi tadi dia dah nak gerak ke Perak untuk kursus USIM tu. Singgah breakfast kat nearby restaurant, and isi minyak. Senang, nanti balik shoot terus ke rumah je..:-)
Kami check-out dari Time Hotel around 1PM. Bye-bye Nilai for a good quick retreat. Memang takde benda sangat kat sini lagi-lagi untuk orang muda macam aku, tapi okay lah since aku pun just nak berehat and escape dari office's workload je.
Sampai rumah around 3PM. Solat Zuhur pastu tertidur sampailah pukul 7 tadi. Letih benor tu, bukan apa - panas gila cuaca sekarang ni. So, secara automatik badan kita pun dah jadi letih and cepat penat.

Itu lah cerita trip simple aku minggu ni. Esok start kerja balik. Harap-haraplah boleh masuk registration form baru this week untuk event Housing Asia tu. Amin.

No comments:

Post a Comment