Tuesday, May 7, 2013

Kisah AKU n PRU Malaysia Ke 13

Assalamualaikum semua, pagi tadi berakhirnya PRU Malaysia yang ke 13 menyaksikan BN mengekalkan kuasa mereka sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru. So, semalam aku balik kampung sebab mak aku mengundi DUN Bota & Parlimen Parit - ayah aku pulak kat Sg.Buaya lah, Parlimen Hulu Selangor. Balik kampung memang terasa kehangatan pilihanraya, perang poster, bendera, dan replika-replika memenuhi setiap markas.
Lepas je ayah aku mengundi kitorang terus ke Perak, 2 jam perjalanan je. Sampai-sampai terus jumpa opah aku kat markas - orang kuat keris lah katakan, huu. Sampai aku pun join dia sekali ..:-) Pukul 5 pengundian ditamatkan
Malam tu pergi jap markas - saja nak join..huu. Tapi tak sampai habis pun, sebab ikut opah amik barang-barang sikit. Tengok tv je lah..haa, nampak tu klasik tak berkain pelikat sahaja bersama topi BN yang opah bagi ..hee. Disebabkan nak tau result, sampai pukul 2 pagi aku tunggu dan keputusannya - BN menang dengan simple majority. 10 negeri ditawan - Sarawak, Sabah, Kedah, Perlis, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Johor  dan Pahang. Kelantan kekal ditangan PAS, DAP retain Penang, manakala Selangor ditangan PKR - eloklah, sorang satu..huu .
Ni Iman, anak makcik aku - nak dikatakan cerita malam keputusan tu dia ni susah nak tidur. Akupun tak sengaja mendendangkan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang menjadi lagu pembakar semangat ahli-ahli UMNO - uniknya, terus tertidur. Hari ni aku try lagi, and amazingly - Iman ni tidur pulak..huu. Nanti anak aku kalau nak bagi diorang tidur bagi dengar lagu ni je lah..haa
Antara koleksi-koleksi yang dapat dikutip sepanjang 2 hari dikampung. Ada topi, button badge, buku-buku, bendera Dacing, Sang Saka Bangsa dan juga yang paling penting untuk aku yang bergelar pelajar sains politik - sebuah buku yang mengandungi manifesto dan polisi Dato Seri Najib untuk penggal yang akan datang. Mulai hari ni, aku akan menilai pentadbirannya samada apa yang dijanjikan dapat ditepati - sebab pada PRU 14 insyallah aku akan mengundi buat kali pertama..huu
Anak muda bersama UMNO. Ayah aku dah la cakap aku kurang cerdik sokong UMNO, so what? Aku tak bising pun dia sokong PR. Hak menyokong parti bukanlah terletak pada tanggungjawab seorang bapa, ianya soal hak peribadi. Masing-masing berpegang pada idealogi yang berlainan.
Mengibarkan Sang Saka Bangsa sebelum bertolak pulang ke Selangor. Dah rasa macam Emilio Aguinaldo pulak dok kibar bendera "Three Stars & Sun" kat balkoni Aguinaldo's Mansion waktu declaration of The First Philippines Republic..:-p, hehe..aku ni dah terlebih belajar pasal Filipina ni..tu la pasal jadi camni..huu

Jadinya, itu je lah. Tahniah buat Barisan Nasional atas kemenangan , diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk terus membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Aku pulak, since PRU dah habis - sekarang ni akan fokus dalam menganalisis polisi DSN dan juga berusaha dalam menyatukan PAS didalam BN. Amin

Saturday, May 4, 2013

Kisah AKU n Kenapa Keris?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sudah pun tiba di Bandar Sungai Buaya untuk cuti sempena PRU 13. So, biasalah waktu otw nak balik, aku sembang-sembanglah dengan ayah aku pasal politik. Aku dan ayah juga sebenarnya berlainan pendapat. Tapi, disebabkan kami satu darah, so aku mengambil jalan mudah dengan berdiplomasi. Apa yang ayah cakap, aku iyakan je..huu, tapi tadi agak tersentap jugaklah. Ikuti perbualan kami ni:

Ayah: Ayah tak fahamlah dengan abang, kecewa pun ada sebab abang tak macam belia lain yang berfikiran terbuka, tak senang percaya dengan kata kerajaan tu. Cuba tengok belia yang cerdik, dah buka mata dan fikiran diorang untuk terima reformasi rakyat. Kita tak nak kena tindas lagi. (So, ayah nak cakap aku ni tak cerdik lah sebab tak sokong reformasi?)
Aku: Kita masing-masing ada pendapat sendiri. Apa yang baik dari kerajaan abang ambil, apa yang buruk abang tolak - sama lah jugak macam pembangkang - kalau rasa benda yang diorang buat betul abang tak kata salah.
Ayah: Apa salahnya sokong PAS tu daripada UMNO. Kan ke lagi bagus, memperjuangkan Islam. Ceramah ada input yang baik. Daripada dengar ceramah yang mengutuk orang tak tentu pasal. (masing-masing sama je, jangan lah nak hentam satu pihak je)
Aku: Takpelah ayah, kitorang kalau tak suka at least tak ajak orang lain join. Macam ni lah, apa-apa pun result PRU nanti - kami terima je, jadi pembangkang pun masih boleh berkhidmat (Kita tengok je lah apa yang si Anwar tu boleh bagi kat kita nanti)

Kami pun menutup hujah masing-masing. Aku tak suka nak panjangkan, memang boleh aku bagi hujah-hujah tapi sama je lah macam aku cakap dengan kawan-kawan aku yang pro-opposition. Diorang akan bermati-matian kata itu salah, ini salah - plus, dah lah ayah penat-penat amik aku kat Shah Alam, takkan la aku nak sakitkan hati dia.
Maaf ayah, ada sebab kenapa abang lagi memilih keris daripada bulan. Bukannya sebab abang sokong korupsi, kronisme, kelucahan seperti apa yang dikata - tapi perjuangan dan matlamat asal penubuhan parti ni sedari zaman pre-independence lagi dalam usaha menuntut kemerdekaan, penyatuan bangsa Melayu, penubuhan Malaysia sehinggalah kini. Nikmat kemerdekaan yang dikecapi hasil perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu, pembangunan dipelopori pemimpin kami lebih besar nilainya dari reformasi PR yang belum tentu menjamin masa depan. At least, sepanjang 56 tahun kita merdeka, terlalu banyak yang disumbangkan oleh pemimpin kami, dan pembangunan berterusan dijangka dapat membawa kita ke Wawasan 2020 yang diimpikan
Sebab saya seorang mahasiswa UiTM. Saya terpanggil untuk merealisasikan destini anak bangsa kita, setakat ni kerajaan menjaga UiTM dengan baik - isu kuota untuk bukan bumiputera ditentang habis-habisan, malah kami dikecam oleh public dan dicop sebagai rasis, dana yang disalurkan untuk Yayasan Destini Anak Bangsa menunjukkan kesungguhan Dato Seri Najib dalam usaha membantu pelajar miskin untuk menyambung pembelajaran mereka di UiTM. Student intake digandakan daripada 5000 menjadi 10000 orang, kami amat berterima kasih. So, itulah reason kenapa keris menjadi pilihan dihati.
Ok lah, menutupi entri pada malam ni. Korang tengoklah video Jelajah YDAB UiTM, bukti pengorbanan dan jasa kerajaan dan UiTM dalam membela nasib bangsa kita. Selamat mengundi kepada yang layak. Kami terima apa sahaja keputusannya.
p/s : Dalam entri ni aku dah gunakan bahasa yang proper, aku tak menghentam teruk parti-parti yang aku tak suka. So, takde reason kenapa korang nak attack aku pasni..:-)

Thursday, May 2, 2013

Kisah AKU n 2 Mei 2013

Assalamuaikum semua, hari ni aku just nak bagitau yang diarimcbride.blogspot ni sudahpun berumur 3 tahun - cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam aku buat entri pertama pada 2 Mei 2010, huu. Selamat ulang tahun my dear blog!!

Isu sepanjang tahun 2012, macam biasalah ada yang tak puas hati dengan aku baik kat virtual mahupun dunia realiti - tak faham aku jenis orang-orang yang macam ni. Nak kata bahasa yang aku guna kasar rasanya takdelah sangat, cuma maybe lah 3-4 post yang berkaitan politik time aku hentam pihak terbabit memang aku sendiri tak nafi agak keterlaluan - biasalah, darah muda.

Tapi yang peliknya, ada yang kata aku buat blog ni untuk popular and tarik junior (seriously what the hell of you man?) tu yang kekadang buat aku naik angin jugak. Sori lah, kalau nak popular dah beribu-ribu follower aku tau, tapi korang tengoklah follower aku 140 pun tak sampai. Satu lagi kalaulah aku ni popular sangat, semua budak kat fakulti tu kenal aku, tapi - sebagai bukti aku ni tak seperti apa yang korang anggap - ada yang tak kenal aku ni SMF. Jadi, dimanakah logiknya tu?Tak popular kan..huu

So far setakat ni progress blog aku semakin menurun, kekangan masa I guess. Tapi, seperti tahun-tahun seblumnya aku janji aku untuk membiarkan blog ni terus hidup dengan entri yang diupdate..background tak update takpe, janji pengisian..kan?