Thursday, May 2, 2013

Kisah AKU n 2 Mei 2013

Assalamuaikum semua, hari ni aku just nak bagitau yang diarimcbride.blogspot ni sudahpun berumur 3 tahun - cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam aku buat entri pertama pada 2 Mei 2010, huu. Selamat ulang tahun my dear blog!!

Isu sepanjang tahun 2012, macam biasalah ada yang tak puas hati dengan aku baik kat virtual mahupun dunia realiti - tak faham aku jenis orang-orang yang macam ni. Nak kata bahasa yang aku guna kasar rasanya takdelah sangat, cuma maybe lah 3-4 post yang berkaitan politik time aku hentam pihak terbabit memang aku sendiri tak nafi agak keterlaluan - biasalah, darah muda.

Tapi yang peliknya, ada yang kata aku buat blog ni untuk popular and tarik junior (seriously what the hell of you man?) tu yang kekadang buat aku naik angin jugak. Sori lah, kalau nak popular dah beribu-ribu follower aku tau, tapi korang tengoklah follower aku 140 pun tak sampai. Satu lagi kalaulah aku ni popular sangat, semua budak kat fakulti tu kenal aku, tapi - sebagai bukti aku ni tak seperti apa yang korang anggap - ada yang tak kenal aku ni SMF. Jadi, dimanakah logiknya tu?Tak popular kan..huu

So far setakat ni progress blog aku semakin menurun, kekangan masa I guess. Tapi, seperti tahun-tahun seblumnya aku janji aku untuk membiarkan blog ni terus hidup dengan entri yang diupdate..background tak update takpe, janji pengisian..kan?

10 comments:

  1. Happy bday diari mcbride
    apa kata mr. Farid buatkan gathering untuk pembaca2 setia sempena meraikan 3tahun blog ni?? *Just an opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiyu2..huu, xde lah smpai fikir cmtu sbb p'baca-p'baca yg setia pn xtau brpa ramai plus follower yg ad pn bknnya kenal sgt pn..btw, tengs utk opinion..:-)

      Delete
    2. Most welcome!
      Bukan apa,selalu baca tulisan di blog saja. Ingin juga bertemu tuannya :-)

      Delete
    3. oh yeke, b'debar pulak rasanya..haa. siapakah gerangan anonymous ni?

      Delete
    4. Itu rahsia.hehe
      anonymous kn?? Hmm..
      Cukup sekadar mr farid tahu bahawa saya di fac yg sama dgn mr farid. :-)

      Delete
    5. oh yeke, part berapa tu? kalau camtu memang selalu la jumpa saya..haa~

      Delete
    6. Part 3. Selalu jumpa, tp dr jauh ja.
      Takut nk dekat sbb mr. Farid kn popular.
      Saya ni biasa2 ja. :-)

      Delete
    7. eh, ap pulak..sy x la popular mna..klau popular dh berebut org nk amik otograf n b'gmbar dgn sy..huu

      Delete
    8. Saya nak sebenarnya!! hehhe
      Tapi, saya bukan smf mcm Mr. Farid. huhu :'(
      But.. Through this blog, I realize that..
      Mr. Farid ni xsombong orangnya, baik hati dan penyayang.. hihi
      hmm.. maaf bertanya.
      Mr. Farid & Miss Y mcm mana ek? Korang masih lagi bersama??

      Delete
    9. haa, klau cmtu jmpa je lah..meh sy bg otograf skit..huu, org ramai ckp sy sombong, ruthless dan ego - awk pulak ckp sy ceni..segan la plak..:-p

      alhamdulillah, kami masih lg b'sama ..npa? awk nk jd yg second ke? haa

      Delete