Sunday, February 15, 2026

Kisah AKU n Suhla's Wedding @ Taman Velox, Rawang

Assalamualaikum,

Tengah layan Newcastle lawan Villa ni eloklah aku menaip sebelum bertambah busy. Seperti title entry diatas, minggu lepas aku berkesempatan attend wedding anak kepada rakan sekerja wife.
Before kami ke majlis, macam biasa pagi Ahad bawak Fariq pergi swimming class. Iman main playground je, dah besar sikit nanti abah masukkan dalam kelas ye.
Sejam je kelas swimming ni. 
Dalam jam 11 tu kami terus bergerak ke venue majlis yang terletak di Taman Velox, Rawang. Awal sampai, so tak ramai tetamu lagi.
Tak payah queue pun, amik makanan then terus makan. 
Kaget brader ni dengar live performance artis Jawa yang hos majlis import from Indon. Temanya aku fikir ada kearah Jawa, tengok nama tuan rumah pun nama Jawa. Huhu
Jawa pun Jawa lah., yang penting ada teh tarik..:-)
Dalam jam 11.30 camtu kami bergerak meninggalkan majlis. Memang panas betul sekarang ni. Maklumlah nak dekat masuk Ramadhan.
Seperti yang dijanjikan to the kids, wife ajak ke AEON Rawang nak tebus baucer AEON yang dia dapat time annual dinner hari tu. So, promise belikan the kids toys baru since voucher tu dah nak expired.
Singgah ngopi di Old Town White Coffee before bergerak pulang ke Sungai Buaya
Some cerita selingan, Isnin tu kereta buat hal pulak. Bearing problem. Lagi nak puasa ni, lagi banyak RM melayang. Haha
Ni pulak cerita Selasa, ada full day townhall kat Nexus Connexion, Bangsar South. 
Malam tu ada mini reunion dengan brothers. Last gathering bulan 5 tahun lepas kot, time Dolah kahwin. Nak dekat 9 bulan jugak tu.
Malam hari Jumaat tu, family Acu Keon datang rumah ayah. Nak transit Opah kat sini dulu before balik ke Perak hujung minggu ni. Dah alang-alang kat sini, diorang buat birthday celebration Opah dan juga anak perempuan Acu Keon, Azra. 
Haha, dah kenapa tu? 
Sementara orang tua menyembang, yang diorang ni elok main bersama. Bagus, ni lah yang kita nak. 

To conclude the entry, tahniah kepada Suhla dan pasangannya Akmal. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

P/S: Come on Newcastle. Tunjukkan semangat melawan. We can do it!

No comments:

Post a Comment