Sunday, February 15, 2026

Kisah AKU n Sepetang @ IJN Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Fuhh, entri kedua untuk malam ni.
Khamis lepas merasa uruskan budak dua ketul ni sekolah. Since ibu diorang ke IJN dengan adik beradik dia atas urusan keluarga. Seawal jam 5 pagi lagi diorang dah berangkat kesana. Ni Fariq dan Iman tengah breakfast before keluar rumah around 7.15.
Haha. Menguap lagi. Nasib lah sekolah diorang ni less than 5 minute driving from rumah. 
Iman duduk dalam kereta jap. Abah nak hantar abang dulu. As usual, aku memang akan park depan sekolah Iman, and berjalan kaki dengan Fariq ke sekolah rendah, while Ija ke sekolah agama untuk hantar Iman dan drop barang transit Fariq. 
Pagi Sabtu, barulah aku sempat ke IJN. Jap buat apa kat sini?
Mentua masuk sini. If korang ingat last year Krismas admitted to Hospital Jasin due to masalah jantung. Laa ni datang balik, tapi lagi teruk. Tu yang refer terus ke IJN.
Duduk kat ruang menunggu je, ramai sangat dalam wad. Karang tak pasal sakit balik..:-)
Pastu turun jap tengok apa perubahan yang ada kat IJN ni. Last aku datang sini tahun 2009, time tu Along buat bypass surgery.
Dah ada surau baru kat sini. Memang besar dan cantik.
Ini dalamannya. Nice kan?
Pemandangan KL skyline from Surau IJN
Lepas Zohor lunch dekat kafe. Then kami stay sampai jam 5 petang before balik Rawang. Ipar yang lain tinggal di homestay since diorang datang from Melaka. 
Malam pulak, berkesempatan hadir Majlis Ambang Ramadhan di Surau Mawarsari. Ada zikir dan selawat, solat berjemaah dan bersambung dengan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Harun.
Seperti biasa, ada makan-makan yang disediakan AJK Surau.
Fariq bersama rakan sekelas yang juga anak Mawarsari.
Aku makan lewat sikit, dok layan budak-budak ni.
Si Maryam dan Hasan pun ada join jugak. From IJN lagi kata nak duduk kat Sungai Buaya dengan sepupu.
Actually wife yang ajak, kalau ikutkan aku memang dah lemau dah semalam. Nak balik from IJN ke Rawang pun nak dekat sejam setengah. Pishangg..:-p
Okaylah, jom kita ke next activity untuk malam ni. Nak tahu apa, nantikan di next entry.

P/S: Alhamdulillah, Newcastle menang lawan Villa dengan skor 1-3 di tempat lawan, Villa Park. Macam shit referee game ni, obvious gila bias kat Newcastle.

No comments:

Post a Comment