Monday, February 23, 2026

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2026

Assalamualaikum,

Tanggal 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadhan 1446 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2026!
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah sendiri. Biasanya aku kerumah ayah, tapi awat tahun ni kat rumah sendiri pulak? Sat lagi aku cerita.
Dah masuk Ramadhan ke-empat, Fariq surprisingly masih mengekalkan momentum berpuasa penuh. Syabas. Tapi minggu depan akan lagi mencabar since sekolah resume. Semoga bertabahlah ye anak.
Nak tahu reason kenapa tak kerumah ayah? Seawal hari pertama lagi aku diserang demam panas. Malam tu jugak ke klinik, ambil darah. Sah kena jangkitan kuman dalam darah, tapi tak kritikal lah. Dapatlah MC untuk Jumaat tu.
So minggu pertama ni memang berterawih kat rumah je lah. Belum sempat buat dengan jemaah surau An-Nur pun tahun ni.
Menutup entri pertama Ramadhan 2026 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment