Entri pertama Julai akhirnya tiba setelah tujuh hari! Nak kata banyak kerja kat ofis, biasa je. Tah lah, tetiba tak datang mood nak menaip.
Minggu lepas ada program Awal Muharam anjuran Masjid ar-Rahmah Sungai Buaya. Macam biasalah bila event camni memang kami akan join if ada kelapangan. Nampak tak brader baju merah dengan budak kecik tu. Tu aku dengan Fariq lah.
Mak pun join sekali. Ni gambar time diorang kat bahagian Muslimat.
Apa saja yang termenung tu? Tak sabar nak pergi lawatan katanya..:-P
Lepas solat Isyak berjemaah ada makan-makan. Tapi diorang bagi dalam pek sahaja which is okay jugak.
Fariq join lawatan under Little Caliph BSB. Tak silap pergi Beryl's Chocolate Museum di Seri Kembangan, lepas tu ke Lenggeng Eco Agro Farm di Negeri Sembilan. Mula-mula cuak jugak nak lepaskan dia jauh-jauh ni, buat pulak banyak kes dengan bas persiaran sekarang. Tapi tu lah, kena yakin dan percaya Allah akan lindungi dia berserta rakan-rakan dan guru..:-)
Hari Khamis ada TNGSB's physical townhall yang berlangsung di Nexus Convention Center. Just 5-min walking from our office. Uniknya kali ni ada lunch provided. Jimat duit, makan best pulak tu. Haha. Jam 1 petang, sesi townhall pun bermula dengan ucaptama from our CEO, Mr Praba. Siot time ni nama aku kena petik dengan CEO time dia present achievement team Parking yang memang consistently remarkable since 2022 ni. Tersipu-sipu jugak aku time tu. Bhahaha~
Fokus apa tu, sampai tak perasan member amik gambar.
Tengok presentation bos kami lah, Mr Mugilan. Buat check kot salah fakta or overpromise KPI tahun ni ke. Haha
Ada minum petang disediakan. Teh tarik ada, kopi ada. Aiskrim cup pun ada jugak bhai..:-)
Townhall bersambung dengan sesi Q&A pengurusan dan staf-staf. Finally sekitar jam 5.30 petang, our second townhall for this year ditamatkan dengan jayanya. Aku kalau 5.30 ni memang lewat dah, sudahnya sambung buat kerja kat ofis sampailah Maghrib.
Ni pulak cerita hujung minggu. Malam Sabtu aku dan adik follow ipar kami, Syazwan buat COD kat Rawang. Maklumlah sekarang ni banyak kes samun, so kitorang jadi bodyguard lah. Haha. Lepas settle tu bro Wan ajak karok. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, memang aku onz je lah. Haha
Sedikit gambar mewarnai our 2-hours of fun malam tu.
Since semua kebulur, order light snacks untuk isi perut.
Dalam jam 10.30 malam, we ended our sesi riadah malam tu. Tetiba tak jadi pergi makan, since dah kenyang. Mana taknya order crabstick, chicken wings, fishball..:-P
Hari Ahad, singgah Bukit Sentosa tuang minyak kereta Persona. Pastu pergi tailor nak alter baju sikit. Before balik lepak MyKori pekena ais kepal..:-)
Itu je lah cerita pembuka entri bulan Julai ni. In Sha Allah minggu depan ada satu lagi entri bersempena birthday Fariq yang akan berlangsung hujung minggu ni. Member nak pergi i-City lagi nak main snow, tahun lepas pun kat sini jugak. Layan je lah, karang bawak pergi tempat lain moody pulak.
P/S: Betul-betul boring takde EPL ni.
No comments:
Post a Comment