Monday, June 23, 2025

Kisah AKU n Simulasi Haji Cilik Tadika & SRI Wahdah 2025

Assalamualaikum,

Lama tak update? Busy minggu lepas dengan workload di pejabat. Plus, last week pun takde cerita apa sangat. Okaylah, as the title suggested, aku nak update satu program anjuran Tadika & SRI Wahdah Bandar Sungai Buaya, sekolah anak perempuan aku si Iman tu.

Hari Jumaat tu ipar aku, Hafsah ada datang rumah dengan husband dia. Diorang ada majlis kat Sabak Bernam, so tumpang bermalam kat sini. Malam tu ajak diorang dinner kat Bukit Sentosa.

Before tidur, ajak si Amin ni main seround dua game FIFA. Tapi banyak pulak gangguan from budak dua ketul ni. Huhu

Sabtu - program berlangsung di Masjid Perodua, 10-min drive from rumah aku. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai sini. Takdelah awal sangat since pendaftaran bukak jam 7.30 - 8 pagi. Ni kira dah hujung-hujung jugak.

Sesi pendaftaran. 

Before start ada taklimat dari tenaga pengajar dan juga Ustaz yang akan mengendalikan simulasi Haji ni.

Pelajar dibahagikan mengikut warna. Aku pun tak sure ikut kategori apa since tengok ada je budak-budak yang dah besar. Takkan budak 3 tahun besar camtu kot. Huhu

Amik gambar dulu sambil mendengar taklimat.

Simulasi yang dianjurkan ini memberi ruang untuk pelajar mengenal rukun-rukun Haji. Ni gambar tengah kutip "batu" untuk melontar Jamrah.

Tengok apa tu?

Ralit tengok budak-budak ni buat tawaf mengelilingi Kaabah.

Lovely wife yang memang suka program-program camni..:-)

Lepas Tawaf, aku keluar jap pergi the nearest 7-CAFE. Fariq mengadu lapar sebab breakfast provided untuk pelajar je. Makan light breakfast sambil tengok diorang buat Saie dan Tahallul.

Masuk dewan solat semula untuk penyampaian sijil dan sesi bergambar.

Selfie before conclude our program pada hari tu.

Tak terus balik rumah pun, kami ke Bukit Beruntung untuk menghadiri jemputan majlis persandingan cikgu Fariq dan Iman waktu di Taska Anakku Sayang dulu.

Okay lah tu, dapat free-lunch. Hehe

Tahniah untuk Cikgu Acha dan pasangannya. Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga.

Baiklah, itu sahaja cerita untuk malam ni. Nak tidur awal sikit, esok ada meeting pagi kat office. Semoga berjumpa dilain entri yaww.

P/S: Boring siott takde EPL. Next game Newcastle friendly lawan Celtic, dalam bulan Julai

No comments:

Post a Comment