Thursday, July 24, 2025

Kisah AKU n Fariq's 6th Birthday 2.0

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share satu annual celebration yang disambut setiap tahun oleh family besar kami, birthday cucu nombor dua keluarga Tn Gani iaitu Fariq Ilham.
Pagi Sabtu ada Parents-Teacher Meet kat LC Bandar Sungai Buaya, since wife ada quiz. So aku je lah yang teman si Fariq ni nak mendengar progress dia kat Little Caliph ni.

Event bermula dalam jam 8 malam. Food counter malam tu ada Bihun Goreng dan juga nugget yang dimasak oleh mak, aku ada beli jugak bucket KFC untuk menambah makanan malam tu.
Seperti biasa event ni organized by Along dan Mak dimana malam Sabtu lepas kami buat mini-celebration birthday Fariq. 

Mak bersama the cucus.

Fariq bersama Mikail dan adik Iman. Tema malam tu ialah Star Wars, tak tahulah macam mana brader ni boleh terminat. Rasanya aku sorang je yang layan cite Star Wars ni. Menurun kot. Haha

Amik gambar my small family dulu before potong kek. Untuk kali ni aku mengayakan t-Shirt Jedi Order, berserta sweater yang seakan-akan Jedi robe. Huhu
Sesi gambar beramai-ramai untuk kenangan malam tu.
Suapan kek oleh ibunda tercinta kepada birthday boy yang diraikan malam tu.

Okay tunggu apa lagi ni?
Marilah makan, lapar weyh hari tu breakfast je..:-p
Sekali pas makan si Mikail ni open table game Upin Ipin Universe pulak. Memang si Fariq tu nak jugak lah cerita dia. 
Mikail tak bagi main. Haha. Dok lepaklah dua beradik ni dalam khemah tengok phone sambil the adults bersembang kosong.

Dalam jam 11 malam, we concluded our event.
Pagi Ahad tu birthday boy tuntut game Upin Ipin tu. Beli jugak lah kat PS4, melayang RM170. Huhu

Alright guys, itu sahaja cerita malam ni. Nak tidur dulu, karang terlajak pulak dah lambat wife aku masuk office nanti. Semoga berjumpa lagi dilain entri, till then take care semua.

P/S: Elanga dah announced. Instinct aku rasa macam Isak ni gone-case. Hopefully, tak betul lah. Sobs

No comments:

Post a Comment