Wednesday, June 26, 2024

Kisah AKU n Restoran Rasa Xin Jiang @ Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Sementara tengah layan final group match England vs Slovenia ni rasanya sempat lagi nak update berkenaan my first visit to the newest Chinese Muslim restaurant di Bukit Sentosa iaitu Restoran Rasa Xin Jiang. Sebelum tu nak cerita sikit some of earlier activity hujung minggu lepas
Sabtu lepas sempat meluangkan masa ke taska Iman, ada hari report card. Dapatlah tengok sikit performance anak dara aku ni. Overall semuanya okay. Cuma cikgu cakap Iman ni macam akak-akak sikit kat taska tu. Huhu
Huhu. Tengok hasil kerja Iman sepanjang belajar kat sana..:-)
Lepas tu sempat menyinggah KRT Taman Kasturisari, katanya ada kaunter bergerak Tabung Haji. Memang elok jugaklah dapat buka akaun TH untuk Iman, as well as update maklumat akaun aku tu.
Okay, baru lah kita masuk ke main entry. Nak dijadikan cerita petang Ahad tu aku ke Bukit Sentosa nak pam minyak and pergi farmasi. Teringat ayah ada cakap pasal restoran anak buah jiran kami, En Malik tu. Alah, En Malik yang ada restoran mi tarik jugak dekat Rawang tu. Laa ni anak buah dia pun ada bukak sebijik jugak kat sini.
Antara Xinjiang-based cuisines dan juga minuman yang ada with a very affordable and reasonable price. Menu kat sini banyak sikit compare dengan restoran uncle dia. Of course, dah datang sini mestilah nak pekena their signature hand-pulled noodle, cuma hari tu aku tapau je since datang sorang.
Tapi sementara nak menunggu order tu layan jugaklah Steam Dumpling diorang yang marvelous ni
As a Muslim friendly restaurant, kat sini juga ada surau kecil yang disediakan untuk menunaikan solat, dekat area ada langsir hijau tu.
Malam tadi pulak aku bawak family makan sini. Macam biasalah baru gaji pergi Bukit Sentosa restock barang-barang rumah, tu yang menyinggah jugak. Maklumlah cik isteri pun dah jadi mi tarik lover sekarang ni..:-p
Fariq dengan Iman makan nasi goreng hari tu. Just nice for the kids. Tak pedas and quite flavorful, lagi syok if makan dengan fried dumpling..:-)
Abaikan muka aku tu, tengah menahan pedas sebenarnya since malam tu aku try mi tarik lada..:-P
Aku last customer malam tu, so budak-budak ni bebas main lah since dah takde customer. Mentang-mentanglah kedai jiran korang.. Haha
Ada lah dapat kupon RM5 off untuk next visit. Banyak jugak tu. Huhu

So itu sahaja ceritanya. Baiklah, untuk warga Hulu Selangor dan kawasan sekitarnya, if berkesempatan bolehlah melawat Restoran Rasa Xinjiang ni yang beralamat di Jalan Bunga Kertas 1D, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. 

P/S: Bapak boring tengok England ni main.

No comments:

Post a Comment