Assalamualaikum,
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini dan menyambut Aidil Adha pada tahun 2024 ini. Semoga raya korban tahun ini diisi dengan ibadah dan juga aktiviti bermanfaat yang diberkati Allah. Amin In Sha Allah. Baiklah, dipagi yang redup ni, aku nak berkongsi sambutan Aidil Adha family aku bagi tahun ni.
Petang sebelum Raya tu, aku dan ayah keluar mendobi, pastu mencari lemang dan ketupat palas. Mana mau nak membakor lemang, dah dok rumah teres..:-pHari Ahad tu kami sekeluarga juga berpuasa sunat Hari Arafah. So petang tu kami datang ke rumah ayah untuk berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Pagi Raya jam 3 pagi aku dah bangun and ready with a cup of Nescafe and Maggi. Amboi awalnya, saja nak tengok EURO group-match between England vs Serbia. For this time around, aku akan menyokong team England sebagai tanda taat setia untuk our mother country. Hahaha.
Tapi game tu punya boring sampai aku habis main EURO tournament dalam FC Mobile. So my prediction final EURO tahun ni - England vs Spain dengan keputusan berpihak 1-0 kepada England, courtesy from Anthony Gordon's goal. Huhu
Pagi Isnin bersamaan dengan 17 Jun 2024, takbir Raya berkumandang di surau-surau sekitar Bandar Sungai Buaya. Aku dan keluarga menunaikan solat Hari Raya di Masjid ar-Rahmah dalam jam 8 pagi. Family aku je yang pergi sini, family member lain semuanya ke Surau an-Nur Mawarsari.
Boleh tahan ramai jemaah semalam, sampai solat kat luar sini semalam. Tapi memang dah bawak Fariq ni memang aku prefer solat saf belakang. Senang sikit nak bergerak and pantau anak jantan sorang ni.
Habis solat dan khutbah Raya sekitar jam 8.45 pagi. Kami sekeluarga stay sekejap untuk next program yang dijadualkan bermula jam 9 pagi.
Program apa tu? Dah nama pun raya korban, mestilah ada sesi sembelihan lembu korban. Anak-anak yang nak tengok sebenarnya, aku ni tiap-tiap tahun tengok darah-darah ni..:-)
Sempatlah menziarah lembu yang akan dikorbankan anjuran masjid. Tahun ni ada 10 ekor dengarnya.
Stay sampai jam 9.40 pagi jugak nak tengok semua lembu.
Dalam jam 10 pagi kami beraya dirumah ayah. Juadah kami tahun ni agak variety jugak - ada mi kari, daging masak kicap, ayam rendang berserta lemang dan juga aneka kek dan kuih.Tengok apa sampai terliur tu dik. Huhu
Budak dua orang ni lepak kat atas makan nugget. Haish ni lah budak-budak zaman sekarang, tak pandai nak beraya..:-P
Layan dapat pekena lemang + ketupas palas berserta rendang ayam mak. Marvelous.
Budak ni yang paling penat sekali. Huhu
Tak dan nak amik gambar kenangan, hospital call mak. Katanya dah boleh admit jam 12 and doktor nak jumpa dulu untuk briefing, tu yang semuanya menggelupur bersiap. Family Along pun nak terus balik PD.
Adik dan ayah yang hantar mak ke hospital petang semalam. Ikut plan nak gerak pas Zohor, tapi dah hospital call awal, kenalah jugak gerak awal.
Ada lah satu gambar kenangan dengan wife. Anak-anak dah tidur, tak sempat nak berphotoshoot semalam..:-p
Petang tu aku ke Hospital Sungai Buloh melawat mak. FYI, mak ada buat prosedur Sacroiliac Joint Injection kat sini follow up from her spinal surgery last year.. If takde apa-apa complication, In Sha Allah petang ni boleh discharge.
Aku datang dengan ayah je, ada lah dalam sejam lebih lepak dengan mak menyembang. Yang baiknya, kali ni mak dapat bilik first class ada privacy sikit. Huhu.
Menutup entri raya Haji tahun ni, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, mari kita doakan agar para-para Haji kita selamat pergi dan pulang dan juga dikurniakan haji yang Mabrur. Dan untuk kita yang belum berkesempatan menjadi tetamuNya, teruskan berdoa dan tingkatkan amal ibadah agar diciptakan peluang untuk kesana pada tahun yang mendatang. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment