Thursday, December 31, 2020

Kisah AKU n Memories 2020

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2020 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2020 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2020 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2020 aku. 

January
Nothing

February
Nothing

March
Tanggal 17 Mac merupakan hari terakhir aku bertugas di Quatriz setelah hampir 4 tahun menaburkan khidmat bakti disini.
18 Mac merupakan tarikh yang akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan penguatkuasaan Movement Control Order yang dilaksanakan mengekang penularan wabak Covid-19. Berkurung dari rumah je lah.
23 Mac - hari pertama bertugas di Touch 'n Go Sdn Bhd. Report duty dari rumah je. Masuk-masuk terus work from home.


April
Nothing

May

2 Mei - hari lahir blog Diarimcbride yang kesepuluh!
Ramadhan didalam suasana Covid-19, memang lain dari yang lain. Jadi imam Terawih bersama keluarga, at least adalah pahala lebih sikit. Selalunya jadi makmum je.
20 Mei, first time datang bertugas di office assist team Production buat RFID tag packaging. 
Raya pertama bersama isteri dan anak tersayang. Tahun ni beraya di Rawang sebab Covid-19 punya pasal, kalau ikut turn sepatutnya beraya di Perak.

June
Dengan pengenalan RMCO pada bulan Jun, family Along dapat jugak pulang beraya ke Rawang. Huhu
Bulan Jun jugak aku dah start bertugas di HQ Touch 'n Go @ Bangsar South.

July
Angkat kereta baru untuk wife. Huu
14 Julai 2020 merupakan hari lahir Fariq Ilham yang pertama, sambutan secara sederhana di Secret Recipe @ Bukit Sentosa..:-)
Field trip pertama di Touch 'n Go, kena monitor our new sub-agent di Alor Setar, Kedah yang participate dalam program JomRFID anjuran PLUS Berhad.
Tak sampai seminggu pastu, kena pergi Alor Setar balik untuk replenish stok agent tu. Kali ni pergi dengan Afiq since dia pun nak restock FC Penang Quatriz. Haha

August
Raya Aidiladha kedua with my small family di Serkam..:-)
First hangout dengan Afiq dan Dolah sejak aku menamatkan zaman bujang. Lepak kat Low Yat je, kebetulan nak cari barang untuk business kecil kami. Takde pun karok ke apa. Huhu
Cuti Hari Merdeka di Port Dickson.

September
Quality time with family di Setia City Mall.

October
Selamat Hari Lahir ke 23 to my beloved wife, sambutan simple di AEON Rawang dan juga penguatkuasaan Conditional Movement Control Order di Lembah Klang, kerja dari rumah lagi. Huhu

November
10 November 2020 was our second anniversary.

26 November 2019 merupakan hari lahir aku yang ke 28, disambut dengan simple with a good dinner at Mohd Chan @ Bukit Sentosa. Huhu

December
CMCO Hulu Selangor ditamatkan. Alhamdulillah, tapi still bekerja dari rumah sebab KL masih dalam CMCO.

Alhamdulillah, setelah sembilan bulan. Akhirnya aku berjaya juga earn my confirmation di Touch 'n Go. Sumpah memang cuak sebab time MCO aku punya probation kena extend, buat pulak every month dengar ramai yang resign; voluntary and involuntary. 

. Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2020 merupakan tahun kesepuluh aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post ada pengurangan yang drastik, tapi still above 50 tu acceptable lah kan.
  2. KerjayaTahun ni merupakan anjakan paradigma dalam karier aku. Resigned dari Quatriz setelah hampir 4 tahun bekerja, still without any promotion dan increment. Masuk Touch 'n Go with promotion on seniority dan juga kenaikan gaji serta yang penting, confirmation as permanent staff. Alhamdulillah.
  3. Family: How to rate? Rasanya selagi takde gaduh besar dalam family. Aku consider okay sahaja relation dengan keluarga. Nak bawak berjalan, MCO pulak. Kalau ikutkan November tahun 2020 kitorang planned nak ke Cherating. Hotel pun dah booked, cuma tulah takde rezeki nak pergi sebab mak ada operate jari kaki yang patah.
            Dari 3 azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2020 aku ni mostly tercapai considering hardship time MCO and what not. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2020 ni and of course I'm expecting 2021 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            No comments:

            Post a Comment