Thursday, December 31, 2020

Kisah AKU n Confirmed!

Assalamualaikum,

Seperti biasa, hari Khamis baru kita update blog. Mungkin boleh consider jadikan hari official untuk update kot, sebab biasanya Khamis memang free sikit. Okay, hari ni nak update satu entri yang cukup bermakna dalam hidup aku - as the title suggested, Alhamdulillah setelah sembilan bulan bekerja di Touch 'n Go, akhirnya aku berjaya jugak dapat confirmation. Lewat tiga bulan due to Covid-19 but still bersyukur. Letter yang diterima dari HR pada 23 Disember 2020. Mula-mula cuak jugak nak bukak email tu, sekali nampak ada word congratulation. Terus double click, haha. Maklumlah, time Covid ni staff movement kat sini boleh tahan jugak - ada yang resigned, ada yang terminated due to redundancy dan banyak lagilah. Pendek kata, memang cuak memikirkan nasib yang bakal menimpa. Ada jugak rasa macam nak cari kerja backup sepanjang probation tu, tapi still yakin yang semuanya akan baik-baik sahaja which is eventually betul.

Dapat message from my ex-GM Tolling, En. Azmi. In Sha Allah, I'll continue to perform and provide better service to Touch 'n Go even though berkhidmat di department lain sekarang. Tapi yang tak tahan tu ada mentioned Quatriz, okaylah. Kita bagi jugak credit dekat company yang aku dah mencurah bakti selama hampir 4 tahun tu. Credit where credit's due.

Jumaat lepas cuti Krismas, aku dan family meluangkan masa pulang ke kampung wife di Melaka. Dah lama tak balik, dua bulan jugak rasanya since bermulanya CMCO Lembah Kelang bulan Oktober hari tu.

Kat kampung tak banyak pun benda aku buat, biasanya pas Maghrib melepak dengan Zedd mengopi kat kedai depan Surau sementara nak menunggu Isyak.

Fariq lah yang syok dapat main dengan sepupu. Huhu

Pagi Ahad balik Rawang sebab ada janji nak belanja dinner, kebetulan family Along pun ada sekali. Kongsi rezeki sikit dah dapat confirmation tu..:-)

Dalam jam 6 petang, kami sekeluarga singgah di restoran favourite kami, Mohd Chan @ Bukit Sentosa.

Apa muka camtu Fariq? Haha

Lepas Maghrib ada sambutan hari jadi di rumah Ayah. Birthday siapa tu?

Walaupun senyum tapi bukan birthday budak ni.

Tapi hari lahir yang ketiga tahun untuk anak buah aku si Mikail yang kacak ni. 

Upacara memotong kek Didi & Friends.

Yang si kecik ni pun nak jugak. Haha

Mak ayah bersama cucu-cucu yang aktif semuanya..:-)

Gambar kenangan beramai-ramai.

Malam lepak sini jap, dalam jam 10 camtu baru balik rumah. Itupun sebab Mikail dah nak masuk tidur.

Itu sahaja cerita hari ni, esok kami sekeluarga nak ke Port Dickson pulak nak celebrate New Year kat sana. Haha.

P/S: Semalam Newcastle draw lawan Liverpool. Okaylah dapat seri dengan defending champion. Huhu

No comments:

Post a Comment