Monday, August 31, 2020

Kisah AKU n Cuti Hari Merdeka

 Assalamualaikum,

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang ke 63 tahun. Semoga nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni berkekalan hingga keakhir hayat. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan politik semasa dinegara kita ni. Jangan sampai bangsa dan agama kita dipijak oleh anasir-anasir luar. Ingat, walaupun kita bergaul dengan harmonis dengan kaum-kaum lain, seeloknya kita mestilah sentiasa siap siaga untuk sebarang kemungkinan. Okaylah, enough politic mumbling. Hari ni nak cerita sikit aktiviti kami sekeluarga time cuti Merdeka ni.

Jumaat lepas aku kerja cam biasa, pukul 6.30 petang dah sunyi ofis ni tapi aku kena stay lama sikit sebab plannya nak balik Melaka untuk cuti panjang ni. Memang tak lah Jon nak keluar jam 6.30 tu, konfirm jem punya.

Seperti yang dirancang, aku bergerak dari ofis sekitar jam 7.45 petang. Ingatkan dah loose sikit, rupanya boleh tahan jem jugak before Tol Sungai Besi nak ke Selatan. Sempatlah jugak menyinggah R&R Nilai pekena Nasi Lemak Manjo. Huhu

Minggu ni ke Port Dickson sekali lagi, plannya nak pick up anak bini kat sana yang dah ikut parents sehari lebih awal. Dari sana tidur satu malam before balik Serkam awal pagi Sabtu. Elok je sampai Ija cakap tak jadi balik sebab ada kenduri next week. So, balik minggu depan je. 

Hari Sabtu lepas Asar kami sekeluarga lepak kat PD Waterfront.

Selfie adik beradik, si Faris tu join jugak minggu ni..:-)

Cameraman of the day. Huhu

Dah lama tak dating berdua, sekali sekala merendek tepi pantai camni. Bahahaha

Fariq ni suka berjalan, tak suka sangat orang dukung. Eh, ada bodyguard lah kat belakang tu.

Ohh angin, kau kirimkan kalimah kasihku... Huhu~

Besar siot brader baju belang sebelah tu..:-P

Selfie time

Funny boy. Huhu

Dah-dah jom balik, lapar dah ni.

Before balik, singgah dinner di Citarasa Kampung @ Port Dickson.

Ceria menunggu makan, everyone love food..:-)

Fariq macam biasalah makan homemade food dulu ye.

Juadah seafood kami malam tu. Kenyang sampai kepagi esok beb.

Ahad aku dan family balik ke Rawang, wife ajak singgah jap Nilai 3 nak mencari karpet.

Hihi, sempat lagi. I ni bukan boleh nampak cermin besar camni..:-p

Dalam jam 1 petang, swing sekejap ke AEON Rawang untuk quick shopping dan lunch. Cari baju dan kasut sikecik ni, maklumlah budaknya semakin membesar. Takkan nak pakai baju fit macam ayah. Haha

Lunch di JM Bariani House. Eh bukan kalau singgah sini makan kat Spice of Penang ke? Yup, restorannya dah tutup, tu yang pergi Plan B. Walaupun pernah cakap tak nak masuk restoran Briyani ni dah, tapi I can't resist good food yang ada kat sini. Takpelah, benda lepas jangan dikenang..:-)

Wife pun suka makan sini katanya. Okaylah, next time boleh datang lagi. 

Sampai rumah jam 4 petang, dan semua ketiduran. Tau-tau dah nak masuk Maghrib. Buat pulak hujan semalam memang boeklah nak beradu.

That's the wrap untuk cerita quick retreat sempena cuti Hari Merdeka ni. Pasni kami sekeluarga plan nak bercuti ke Pantai Timur, plannya dalam tahun ni. Semoga dipermudahkan lah ye. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment