Thursday, September 10, 2020

Kisah AKU n Majlis Kesyukuran @ Serkam

 Assalamualaikum,

Hujan pulak petang ni, nak balik confirm jem. Elok rasanya nak update blog sekarang. Nak redah karang basah pulak. Maklumlah, dah parking kat open space sekarang. Tak larat bro nak bayar parking RM20 sehari kat building ni. Sudahnya decided park semula kat LRT Kerinchi, okaylah RM8 sehari. Banyak jimat tu. Boleh exercise sikit since nak kena menapak almost 800m dari office. Huhu

Okaylah nak story sikit cerita last week. Bulan September semua staf TNG kena pakai pin ni, countdown to celebrate Hari Malaysia iaitu tanggal 16 September.

Kuat menjerit budak ni sekarang. Haha

Farid never forget favor. Malam hari Jumaat aku meluangkan masa menolong Dolah pacakkan signage untuk ke venue wedding adik dan kakaknya. Yelah, 4 tahun lepas dia ni lah yang menolong buat benda sama time wedding kakak aku.

Adalah a few location yang sesuai kami pasang malam tu dalam range Plaza Tol Sungai Buaya ke Simpang 3 Sungai Choh. 

Last location di traffic light Koskan before balik, nak dekat jam 1 pagi jugak settle. Nak minum memang tak sempatlah sebab kedai banyak dah tutup.

Pagi Sabtu, aku dan family balik Serkam untuk menghadiri majlis doa selamat untuk kesyukuran atas rumah yang baru siap renovate dan juga majlis kecil ipar aku yang baru melangsungkan pernikahannya a few months yang lepas. Gerak dari Sungai Buaya dalam jam 7 pagi.

Since gerak awal pagi, budak kecik ni tak mandi pun. Huhu

Dah nak sampai Plaza Tol Jasin baru bangun. Huhu

Sampai jam 11.30 pagi, majlis dah pun berlangsung. Kami lewat sikit sebab wife ajak menyinggah kat Nilai nak cari karpet untuk rumah yang baru siap renovate tu. Layankan je lah. Memang sampai je terus bergerak ke kaunter masing-masing lah. Tengok lauk pauk cukup ke tak, bagi goodies, beramah mesra dengan tetamu yang hadir dsb.

Majlis selamat berlangsung dengan jayanya dan bersurai sekitar jam 3 petang. Acara yang ditunggu-tunggu, kemaslah apa lagi. Terduduk jugaklah sekejap lepas settle semua. Maklumlah, biasa kalau family aku terus hire caterer je buat majlis camni. Laa ni kena buat sendiri end to end. Huhu

Haa, nasiblah budak ni tidur belah petang time mengemas tu. Tau-tau dengar suara nangis dari dalam rumah. Nak berjalan rupanya..:-)

Esoknya dalam jam 11 pagi kami sekeluarga bergerak pulang ke Sungai Buaya. 

Itu je lah quick entry petang ni. Biasanya lepas Maghrib baru aku gerak balik, maklumlah jalan kat KL ni bukan boleh percaya pun. Kekadang tu elok, tapi bila datang gila dia sampai berjam sangkut, tapi bagus apa solat dulu. Huhu. Sampai rumah terus mandi, Isyak pastu makan. Kat TNG ni aku jarang bawak kerja kat rumah, kalau ada pun biasanya tak melebihi satu jam pun..:-)

P/S: Amboi Newcastle time transfer window ni, dah sign 4 new players - welcome to the Magpies for Jeff Hendrick, Callum Wilson, Ryan Fraser and Jamaal Lewis.

No comments:

Post a Comment