Before tidur aku nak mengupdate blog ni, mula-mula terasa malas pulak nak menaip. Tapi kalau tak update karang jadi bad habit pulak. Dulu kan dah janji nak update blog setiap minggu. Baiklah, minggu ni aku dan keluarga berkesempatan pulang ke kampung isteri di Serkam. Untuk makluman ni kali pertama kami pulang after MCO tamat. Rasanya seingat aku dah nak dekat empat bulan tak balik sini.
Apapun jom start dengan cerita dipejabat. Kerja rutin,prepare daily report, attend meeting/discussion, brainstorm for proposal presentation, costing, telcon etc.
Malam hari Jumaat aku sempat melepak dengan brother Afiq dan Dolah dekat kedai Siam. Lama bhai tak datang ngeteh sini bertiga. Seingat aku last gather bertiga ni...ermm, entahlah. Lupa dah. Yang aku ingat last karok dengan diorang ni Jun 2019. Huhu
Aku gerak dari Sungai Buaya ke Melaka sekitar jam 10 pagi Sabtu. Clear sepanjang perjalanan. Cuaca pun elok.
Haa, budak ni boring pulak jalan jauh. Biasanya naik kereta dari rumah ke taska je.
Tengok muka tu. Pishang. Bhahaha
Sampai Serkam around 12.30. Ija ajak balik minggu ni sebab satu family ada termasuklah Ibrahim dan pasangannya yang baru mendirikan rumah tangga beberapa minggu lepas.
Renovation rumah masih in-progress. Since ada pengantin baru, family aku terpaksalah bermalam dibilik lain. Kasi chance sikit.
Lepas Zuhur memang terlelap aku kat sofa depan rumah, rasanya bangun pun dah nak masuk Asar. Mana taknya, malam tu mengopi tak ingat doniaa.. Haha
Fariq main dengan sepupu lah ye. Dah cam Upin Ipin aku tengok deme berdua ni..:-p
Dalam jam 11 pagi Ahad kami memulakan perjalanan pulang ke Rawang. Ayah bagilah Fariq bawak jet pejuang ni. Huhu
Dah pergi duduk belakang dengan ibu. Kereta ni untuk driver yang handal je.
2pm - sampai Bukit Sentosa singgah kedai henset. Wife punya Samsung dah out of commission. 4 tahun rasanya dia pakai, sampailah Sabtu lepas rosak tak boleh on.
Happy birthday in advance ya! Belikan Realme 6i untuk dia. A very good smartphone with 128GB storage, 4GB RAM, kapasiti bateri 4500mAh, quad camera setinggi 48 megapixel with wide angle function. Memang pembelian berbaloi lah kan.
Huu, mentang-mentang henset baru, tak pandang cik suami dah ni. Takdelah, ni tengah setting dan recover contact. Biasalah tu, kita ni kalau beli or format phone pun mesti at least sejam jugak nak set balik.
Itu je lah kot entri malam ni. Untuk aku, setakat ni pakai je lah Samsung J2 Pro tu. Eh bukan hang pakai ASUS Zenfone 3 tu ke, asal tukar pulak? Haha, rosak lah chor! Apo lagi. Macam-macam rosaknya - first screen crack, then camera tercabut (haha), pastu kaki bateri pulak cabut. Laa ni, bila call orang tak dengan voice aku pulak. Siot betul, total harga repair dah macam nak beli henset baru. Sudahnya, pakai je lah henset backup aku tu. Pfft
No comments:
Post a Comment