Thursday, July 30, 2020

Kisah AKU n Biz Trip @ Alor Setar

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak berkongsi pengalaman pertama aku join business trip dekat Touch 'n Go ni. Kat mana pulak kali ni? Ya betul, ke Kedah lah kita! Hang mai Loq Staq, kepala hang aku putaq. Bhahaha
Petang Selasa yang lepas aku sempat pick up Fariq kat taska dulu sebelum bergerak ke Kedah. 
Sekitar jam 5 petang, aku memulakan perjalanan jauh ke Alor Setar. Dah lama beb tak drive long haul camni. Kalau ikut kiraan Google, perjalanan memakan masa 5 jam kalau tak stop rehat.
Around 7, aku berehat di R&R Sungai Perak. Bukan rehat makan pun, cuma baring dalam kereta. Penat hari tu, sebabnya pagi tu aku kerja cam biasa. Ada meeting, pickup tag, reader, uniform untuk vendor kami yang akan bertugas kat sana. Maklumlah, special arrangement lah katakan. Sampai R&R Gurun dalam jam 10.30 malam, makan dulu before pushing another 40km to Alor Setar.
Travelling with Touch 'n Go, aku berpeluang stay 3 malam dekat our hotel panel, Sentosa Regency Alor Star. Memang besar bilik ni. Dulu kalau travel dengan Quatriz, kena bajet-bajet sikit sebab kena upfront payment.
Keesokan paginya sekitar jam 8 pagi, aku dah tiba di site kami di BHPetrol Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Plannya jumpa dengan vendor kami disini untuk setup FC operation bagi menyokong pelaksanaan pilot program RFID di Utara.
Basically, tugas aku adalah memantau gerak kerja dan juga assist dalam hal teknikal dan business since ini merupakan tugasan pertama vendor baru kami ni.
Pemantauan juga meliputi aspek SOP MKN berkenaan garis panduan ketika Covid 19 ni.
Tapi tu lah, memang ramai orang. Dari original duty memantau, aku terpaksalah jugak roll the sleeve dan membantu sekali. Yelah, pengalaman dekat site dah ada.
First day, 50 promo tag berjaya dijual. Before balik hotel, singgah pekena Kuey Teow Bandung Loq Staq dulu.
Second day, lagi dasyhat. 120 promo tag terjual. Jumlah mendadak ni due to the removal of lorong Smartag yang membuatkan highway user terpaksa queue panjang. Tak menang tangan hari tu. Tengok queue bukan main panjang lagi kat sini.
Second day kitorang tutup operasi jam 9 malam jugak. Lepas buat scanning dan upload document singgah makan bersama since that was my last day monitor operasi Spectruck ni. Bergambar kenangan bersama team RFID Spectruck yang awesome ni. One of the best team yang aku monitor sepanjang berkecimpung dalam RFID ni. Well done guys!
Pekena the famous Nasi Lemak Royale Alor Setar.
Lepas makan, tak balik hotel pun. Aku tidur nak dekat dua jam jugak dalam kereta before meneruskan perjalanan balik ke Rawang. Haha, tak penat ke gila. Cam biasa, bila perjalanan jarak jauh ni mesti letak gambar family kat screen saver kereta. Biar beringat sikit. Huhu
Dalam jam 12 malam jugak aku gerak. Gelap bai. Nasib baiklah tak hujan.
Sampai Plaza Tol Sungai Buaya sekitar jam 5 pagi. Alhamdulillah, selamat juga sampai disini after a non-stop 5 hours drive. Memang balik je terbungkang sampailah jam 9 pagi. Huu

Jumaat tu aku kerja dari rumah cam biasa. Memang syok kerja diluar pejabat ni. Adalah freedom sikit dari terperuk dalam office. Tak nafikan, lepas aku masuk team RFID kat Quatriz dulu memang aku suka kerja-kerja outstation ni as compared to office works. Itu je cerita malam ni, ingat nak bersambung next entry tapi ada urgent hal pulak nak kena settle. So, till meet you guys ya. 

No comments:

Post a Comment