Tuesday, July 7, 2020

Kisah AKU n Adapting New Norms

Assalamualaikum,

Okaylah quick entri sebelum nak masuk meeting jam 2.30 ni. Sebenarnya aku dah draft semalam, cuma tak attach gambar lagi. Saja nak berkongsi beberapa normal baru yang aku experienced minggu lepas.
Cerita dipejabat minggu lepas bermula dengan Townhall session bersama SLT. Our CEO, Mr. Syahrunizam berucap buat kali terakhirnya kepada semua staf-staf Touch 'n Go. 30 Jun 2020 merupakan hari terakhir beliau bertugas dan akan memulakan kerjaya barunya di UEM Edgenta sebagai Managing Director. Selamat Maju Jaya bos! May the Force be with you.
Setelah empat bulan, dapat jugak akses kad permanent ni. Pasni senanglah nak pakai vending machine kat Level 9 tu. Huu
Malam hari Khamis aku dan isteri sempat meluangkan masa ke Pasar Malam Bandar Sungai Buaya. Biasanya lepas kerja kitorang balik rumah, kebetulan hari tu terawal sikit. Tu yang sempat menyinggah, rasanya last aku kesini around four years back. Time last day kerja kat CapSource. 
In adapting new norms, pengunjung kenalah pakai mask. Suhu akan diperiksa, untuk siapa yang bawak mobile phone boleh scan barkod MySejahtera di entrace pasar. Kalau tak bawak henset, bolehlah tulis nama, IC dan nombor telefon. Just in case ada apa-apa senanglah KKM nak contact nanti.
Beli makanan yang light je malam tu. Kadang-kadang bila letih kerja, balik rumah tau nak landing atas katil je..:-)
Ni apahal pulak? New norm kebendanya ni?
Haa, ni lah satu lagi normal baru untuk aku. Ada dua kereta yang nak maintain. FYI, ni kereta wife aku tau - Proton Persona Executive 1.6 AT. Aku pick up je on behalf hari Jumaat tu. Kebetulan WFH, wife pulak kerja tak dapat nak ambil sekali.
Sian Blueniey aku kena berpanas. Nanti aku ingat nak buat ataplah, tak sampai hati tengok kesayangan aku ni berhujan panas. Tapi okay apa, at least dia duduk dalam pagar rumah lagi.
Ya, ni satu lagi new norm yang orang lelaki kena ikut. Solat Jumaat dah dibenarkan di masjid dan surau sekitar negeri Selangor. Nak masuk kawasan masjid kena pakai mask, bawak sejadah sendiri dan cam biasalah - amik suhu, tulis nama etc. 
Biasa kita dengar pak Imam cakap rapatkan saf, laa ni takde rapat-rapat. Sekali tengok dah macam papan dam pun ada formasinya. Nak buat camna, ni pun SOP yang kita kena patuh jugak.
Lepas solat biasanya ngeteh jam kat mamak dengan big boss. Nasib baiklah Jumaat WFH, so ada masa spend time dengan bapak aku ni.
Kasi surprise kat wife, amik dia di office naik kereta baru. Untunglah, dua minggu lepas fon baru. Ni kereta baru pulak. Huhu
Petang Ahad aku dan keluarga pergi Tesco jap, cik adik ni jeles sebab company dia tak bagi stationary cam Touch 'n Go. Dekat Tesco ni pulak kalau dulu kena beratur kat luar, sekarang ni masuk je. If korang nak masuk Tesco store baru kena periksa suhu semua tu.
Kat rumah bukan main seronok nak berjalan, bila kat luar lepas kelantai sikit mau mengelupur mintak dukung. Haha. Ingatkan berani sangat..:-p
Dua-dua pakai baju Star Wars. Biasalah, father-son kenalah berkongsi minat yang sama. Nanti dah besar support Newcastle jugak tau. Haha
Syok tak Fariq naik kereta baru ni? For time being, aku yang drive dulu Persona ni sampailah wife berani. Tapi dia pulak cakap dah biasa drive Myvi tu sebab memang belajar dengan kereta tu before this. Mana-mana je lah, cik abang okay je drive kereta mana pun. Tapi kalau nak bagi full ownership Persona ni I terima je dengan tangan terbuka. Bahahaha.

Yup, that's some of new norms yang kita sebagai rakyat Malaysia kena patuh untuk mengelakkan ancaman Covid-19 ni dari terus merebak. Of course, dalam entri ni ada dua je yang aku tulis - new norms ketika solat Jumaat dan another one ketika berada ditempat awam. Yang kereta baru tu new norm aku sendiri tau. Korang jangan pergi beli kereta pulak pasni..:-p

No comments:

Post a Comment