Ada entri Raya ke ni bro? Biasanya title start dengan Syawal 2020 ni cerita pasal Raya je. Okaylah, dah habis kerja ni, sementara nak menunggu wife ni elok jugak aku update cerita Sabtu lepas. Ya, pasal Raya lah ni..:-)
On the way balik, singgah Domino tapau dua xtra large Pizza, Chicken Wings dan lasagna. Alang-alang tengah ramai kat rumah tu boleh buat party sikit. Haha
Jumaat lepas I bid farewell to my home workstation yang telah berkhidmat sejak tiga bulan yang lepas. Starting today, aku dah pun bertugas full time dipejabat. Confirm akan rindu bahang bilik ni time cuaca panas, kekadang tu terlelap time division meeting dan juga banyak lagi lah memories kat sini. Haha
Okay, cerita Raya lah pulak. Hari Jumaat lepas family Along balik lepas sekatan rentas negeri dilonggarkan oleh kerajaan berikutan pengenalan PKPP yang menggantikan PKPB. Memang Sabtu hari tu Raya 2.0 lah geng. Dapat jugak kami semua berkumpul bagi Syawal tahun ni. Gambar keluarga kecil aku, untuk kali ni dressing baju yang sama je. Mana beli baju baru pun raya kali ni.
Mak ayah bersama tiga orang anak mereka yang mantap. Haha. Malas nak letak gambar formal, kita ambil yang freestyle punya.
Mak ayah bersama family Along. Mau pulak si Mikail tu amik gambar, kalau tak memang payah benar nak dapat gambar yang tak bergerak. Huhu
Mak ayah bersama family aku. Thumbs up sikit lah Fariq. Masam je..:-p
Adik bongsu bergambar dengan mak ayah. Bila nak makan Nasi Minyak ni bro? Dengar cerita duit dah berpuluh ribu. Takpe, baru 24 tahun. Muda lagi tu.
Faris bersama anak-anak buah. Yang si kecik tu kuat makan, yang banyak rambut tu punya lah payah nak makan.
Rasanya last ambil gambar bertiga time wedding Acu Keon kat Kuala Selangor. Tak masalahnya apa benda si Faris tu jelir lidah pulak. HeheMak ayah bersama menantu yang dikasihi..:-)
Haa, tengok si Fariq tu. Biasanya kalau takde mood or dah mengantuk macam tu lah gayanya.
The Jejans of Gani's Family.
Syawal ke 20. No problem. Raya kan sebulan?Dikesempatan ni kami ramai-ramai sambut birthday Fariq jugak. Anak teruna aku ni bulan depan bakal masuk umur setahun dah. Besar dah si Fariq ni, dulu mula-mula lahir besar lengan aku je.
Menutupi sambutan Raya 2.0 kami tahun ni, ada makan-makanlah sikit. Mak buat Nasi Minyak, dimakan bersama rendang daging dan ayam cili. Ada jugak dua batang lemang untuk menyerikan lagi suasana Raya kami.
Pagi Ahad bukak pool ni, budak dua orang tu teringin nak mandi kolam. Tapi time PKPP ni memang tak dapatlah nak menyinggah Bukit Beruntung Golf Club tu.
Sejuklah ayah, nak keluar. Dah habis kecut ni. Hihi
Petang tu aku dan Ija ke Tesco jap, banyak groceries nak restock ni. Maklumlah dah lama jugak tak beli barang dapur.
Aku ni bukan main beli stok pasta, daging burger, cheese segala bagai. Tak sedar dah start kerja, tah bila nak masuk dapurnya. Huu
Itu je lah cerita untuk Syawal kedua puluh dua aku. Memang cantik sangat PKPB ditamatkan, so anak-anak diperantauan yang terkandas sebelum ni boleh pulang kepangkuan ibu bapa termasuklah kakak aku tu. Bak kata Count Dooku, a surprise but a welcome one. Huu
No comments:
Post a Comment