Tuesday, June 9, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia - Wk12

Assalamualaikum,

Nampaknya bermula esok, PKPB dah no longer being enforced. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan or PKPP akan mengambil alih tugas PKPB bermula 10 Jun sampailah 31 Ogos. Banyak benda yang dilonggarkan sebagai contoh dah boleh rentas negeri, reopening of most economic sector, aktiviti rekreasi dan sukan pun kebanyakkan dah boleh on, dah boleh melancong dalam negeri, masjid dan sekolah pun boleh dibuka semula. Aku pulak masih bekerja dari rumah, tapi kena standby jugak  kot lah minggu ni dapat instruction untuk masuk pejabat semula. Okaylah, entri pagi ni aku nak taip content cerita minggu lepas, iaitu minggu kedua belas kita didalam MCO.
Minggu lepas wife dah start masuk office. Fariq for time being mak ayah jaga dulu before masuk taska minggu ini. Sekarang ni Ija dah kerja kat Sungai Buloh, jadi siapa yang hantar ambil cik adik manis ni?
Haha, encik ni lah. Kebetulan aku masih dalam status WFH. Masa quite fleksibel, kami gerak dari rumah ke Sungai Buloh dalam jam 8 pagi. Singgah beli breakfast, sampai office wife sekitar jam 8.30 pagi. Dalam jam 8.50 camtu biasanya aku dah sampai rumah.
Minggu lepas workstation aku kat meja makan. Haha. Bukan apa, kalau buat kerja kat atas takut tak dengar bro kurier hon nak menghantar barang. Berkotak jugak barang-barang mainan Fariq sampai last week. Huhu
Time lunch hour main Shogun 2 Total War dulu. Kalau takde meeting petang, memang boleh terlajak. Ni yang payah bila kerja dari rumah. Berjaya jugak habiskan game ni with the Unification of Japan by Satsuma Imperial Vanguard prior to the capture of Shogunate's Tosa on Summer 1880.
Jam 5.20 petang aku gerak dari rumah  untuk pick up wife. Ofis dia ni takdelah jauh sangat, dari Sungai Buaya amik highway PLUS then exit dekat Hospital Sungai Buloh. Dalam 5 minit pastu sampailah. Cuma kalau gerak lewat, takut jem dekat area MRT tu.
Biasanya, aku sampai sepuluh minit awal. 5.50 petang tu aku dah terpacak dekat depan office dia. 
Sambil menunggu tu sempatlah seround dua COD. Bukan apa, kat rumah tak sempat nak main. Plus, kekadang line selalu drop..:-)
Antara barang mainan Fariq yang sampai minggu lepas. Raifal M16, budak ni suka dengan pistol so aku belikan senapang terus. Huu. Rifle ni boleh tembak peluru gel tau with effective range around 50 meter. Bayangkanlah ada orang tembak kau depan-depan, mau berbekas jugak. Haha, so bila Fariq main aku keluarkan peluru gel tu. 
Hujung minggu, pembelajaran kelas memandu diteruskan. Kot lah dah sampai kereta nanti, dah boleh drive sendiri pergi kerja. Overall, prestasi semakin baik. Cuma, jangan paniklah kalau banyak kereta atas jalan. Takpe, nanti kita buat trial dekat highway. 

That's the wrap untuk entri pagi ni. Okaylah, dapat message ada meeting pulak jam 12 ni. Untuk korang yang tengah happy sebab dah boleh rentas negeri tu beringat sikit bila dah sampai kampung nanti. Amalkan penjarakkan sosial, pakai mask dan sanitize tangan. Elakkan berkumpul ramai sangat, karang kes naik tak memasal kena PKP balik. Ingat, kita sekarang hidup dalam normal baru where everything is not just about us. But, to the whole community and nation. #KitaJagaKita #NormalBaru

No comments:

Post a Comment